backup og meta

Risau Tengok Anak Kumpul Poster & Gambar Selebriti Kegemaran? Ini Apa Yang Anda Boleh Buat!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 27/09/2022

    Risau Tengok Anak Kumpul Poster & Gambar Selebriti Kegemaran? Ini Apa Yang Anda Boleh Buat!

    Rasa risau apabila anak terlalu obses dengan selebriti? Malah ada yang sanggup menampal poster artis berkenaan di dinding bilik tidur atau menghabiskan wang ke setiap konsert yang dianjurkan oleh idola mereka itu.

    Ini adalah sebahagian daripada pertumbuhan normal mereka. Walau bagaimanapun, dalam sesetengah kes, kegilaan ini boleh melepasi tingkah laku standard remaja, malah boleh menghampiri kepada bahaya kerana obsesi itu.

    Dalam artikel ini, kami sediakan beberapa tip yang boleh membantu anak remaja anda menangani obses dengan selebriti.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.

    Sindrom obses dengan selebriti 

    obses dengan selebriti

    Menurut ahli psikologi, James Houran di Southern Illinois University School of Medicine, sindrom selebriti adalah keadaan psikiatrik, yang dilihat sebagai minat yang tidak sihat pada selebriti.

    Keadaan ini menjejaskan bukan sahaja kepada remaja, tetapi juga pelbagai usia yang lain.

    Mengagungkan selebriti dilihat sebagai keghairahan peribadi dan patologikal garis sempadan, kerana ia termasuk simptom seperti mempercayai secara tidak rasional kehidupan selebriti, diikuti dengan kemurungan, kegelisahan, stres dan mempunyai hubungan tegang dengan ibu bapa sendiri.

    Golongan remaja ini juga sukar untuk didekati dan kelihatan mengasingkan diri.

    Bila ibu bapa perlu bertindak?

    Semasa perkembangan kanak-kanak, adalah normal untuk mereka mempunyai minat terhadap sesuatu atau terpesona dengan selebriti.

    Apabila kanak-kanak percaya yang selebriti itu sedar akan kewujudan mereka, anak-anak ini akan lebih menderita ‘patologikal garis sempadan’ iaitu tahap paling teruk dalam sindrom mengagungkan selebriti.

    Jika anda lihat anak remaja anda mempunyai perasaan seperti mereka mempunyai hubungan peribadi dengan seseorang selebriti, atau menjauhkan diri dari keluarga, ini masa yang tepat untuk anda bertindak.

    Baca juga:

    Bagaimana untuk membantu anak menangani obses dengan selebriti 

    obses dengan selebriti

    Terdapat banyak cara untuk membantu anak bagi menangani obsesi mereka.

    Seandainya anak anda tidak sampai tahap obses dengan selebriti, tetapi mereka menunjukkan beberapa tanda, maka anda boleh mengikuti langkah-langkah ini untuk elak menjadi lebih teruk.

    • Pastikan punca yang membuatkan mereka terpesona kepada selebriti bukan disebabkan kebosanan
    • Galakkan anak mencuba aktiviti baru seperti bersenam, menyertai kelab di sekolah dan lain-lain
    • Galakkan anak mempunyai kerja sambilan
    • Bantu anak anda mengenal pasti kekuatan atau kegemaran mereka
    • Hadkan masa online anak
    • Wujudkan aktiviti keluarga seperti membeli-belah bersama-sama atau berkelah pada hujung minggu.
    • Berikan anak anda lebih tanggungjawab di rumah untuk mengalih tumpuan mereka daripada kegilaan terhadap selebriti.

    obses dengan selebriti

    Perkara penting yang anda perlu lakukan adalah dengan meluangkan masa bercakap dengan anak.

    Biarkan mereka faham bahawa minat kepada selebriti bukanlah perkara yang tidak baik, tetapi ada banyak lagi hal lain yang mereka boleh tumpukan dalam kehidupan ini.

    Remaja tidak seharusnya meluangkan masa meminati seseorang dan seterusnya menjadi obses.

    Cuba untuk menjadi ibu bapa yang terbuka dan jujur apabila menunjukkan kebimbangan terhadap anak remaja anda. Berikan anak remaja anda galakan dan maklum balas positif untuk membantu membina keyakinan diri mereka.

    Jika anak mendapat kemurungan atau kegelisahan, berjumpa dengan pakar bagi mendapatkan rawatan secepat mungkin.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Muhamad Firdaus Rahim

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 27/09/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan