backup og meta

Anak Kesayangan Ibu Atau Bapa, Normal@Pilih Kasih?

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 17/11/2019

    Anak Kesayangan Ibu Atau Bapa, Normal@Pilih Kasih?

    “Kau anak kesayangan Mak, memanglah tak kena marah. Bukan macam aku, silap sikit aje kena tengking”, wujudkah simptom anak yang lebih menjadi kesayangan ibu atau bapa?

    Anak kesayangan

    Sebenarnya isu anak kesayangan ini sememangnya wujud dalam kalangan sesebuah keluarga. Ia ditafsirkan sebagai anak yang menjadi kegemaran sama ada ibu atau ayah berbanding anak-anak yang lain. 

    Namun, jika ditanya mengenai perkara ini kepada mana-mana ibu bapa, sudah tentu jawapan berunsur penafian akan diterima. Malahan jarang sekali wujud ibu atau bapa akan mengaku bahawa mereka mempunyai anak tertentu sebagai kegemaran. Ini kerana ia sudah tentu tampak seperti satu perkara yang tidak adil kepada anak-anak yang lain. 

    Berdasarkan satu kajian yang dilakukan oleh pakar sosiologi, Katherine Conger dari University of Calfornia menyatakan lebih 70 peratus bapa dan 74 peratus ibu dilaporkan akan melebihkan layanan kepada seorang anak. 

    Kajian yang diterbitkan di dalam Journal of Family Psychology ini menyatakan, setiap anak-anak berasa bahawa mereka menerima layanan yang berbeza dan tidak adil. Kebanyakan daripada individu yang terlibat dalam kajian ini merasakan bahawa abang, kakak ataupun adik yang bongsu merupakan anak kegemaran, ujar Conger.

    Kepercayaan

    Rasanya jika ditanya pada mana-mana anak, mereka akan beranggapan bahawa terdapat adik-beradik tertentu yang mendapat layanan lebih baik dan istimewa berbanding mereka. Ia biasanya melibatkan anak yang pertama atau si adik yang paling bongsu.

    Penulis rasa, kalau soalan ini ditanyakan kepada anda, mesti anda juga merasakan perkara yang sama sewaktu zaman kanak-kanak dahulu, bukan? Haaa…tak nak mengakulah tuuuu…

    Itu adalah perkara normal. 

    Malahan isu anak kesayangan ini juga boleh menjadi antara faktor pergaduhan dalam kalangan adik-beradik, khususnya melibatkan anak-anak yang masih kecil. In the end, ibu atau bapa yang pening nak melayan pergaduhan antara anak-anak. Sabar banyak-banyak ya para ibu bapa sekalian.

    Layanan seimbang

    Sebagai ibu bapa, mempunyai anak kesayangan bukanlah satu kesalahan sosial dan anda tidak perlu berasa bersalah. Tetapi sebaik-baiknya anda tidak boleh terlalu menonjolkan sangat favoritism anda untuk mengelakkan daripada timbul rasa tidak puas hati dalam kalangan anak-anak yang lain.

    Berikan layanan secara adil kepada setiap anak-anak, sama ada dari segi emosi, fizikal atau mental. Sentiasa memberitahu anak-anak anda betapa anda sayangkan mereka, sama ada melalui perbuatan ataupun secara lisan. Jika mungkin ada anak yang lebih memerlukan perhatian anda, jelaskan secara baik kepada anak-anak yang lain agar tiada rasa iri hati atau cemburu. 

    Terimalah perbezaan pada setiap anak dengan hati yang terbuka. Ini kerana setiap anak mempunyai keistimewaan dan kelebihan yang tersendiri. Sebagai ibu bapa, anda haruslah sentiasa berusaha untuk berlaku adil dan saksama.

    Anda mungkin berminat untuk membaca artikel:

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 17/11/2019

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan