‘Maaf’, antara perkataan wajib yang anda perlu ajar pada anak anda selain perkataan ‘tolong’ dan ‘terima kasih’. Walau bagaimanapun, mengajar anak mengungkapkan perkataan maaf tidak semudah yang disangka, apatah lagi jika anda sudah terlewat mengajarnya. Kanak-kanak yang sudah faham akan maksud perkataan maaf mungkin akan sukar mengungkapkannya kerana mereka berasa ego. Bagaimanapun, sesetengah kanak-kanak pula amat mudah untuk mengucapkan “Minta maaf” atau “I’m sorry” semata-mata bagi memuaskan hati ibu bapa mereka. Disebabkan itulah, ibu bapa perlu mendidik anak mengungkapkan kata maaf (dan juga memahami maksud kata maaf) sejak anak kecil lagi.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen