backup og meta

Adakah Perbuatan Mengusik dan Membuli itu Berbeza?

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 15/05/2023

    Adakah Perbuatan Mengusik dan Membuli itu Berbeza?

    Mengusik dan membuli adalah perbuatan yang menjadikan individu lain sebagai mangsa dengan bergurau, berjenaka atau lebih teruk lagi menghina, mencaci dan mengutuk karakteristik mereka. Kadangkala, mengusik dan membuli juga boleh melibatkan fizikal. Namun begitu, terdapat perbezaan di antara mengusik dengan membuli.

    Perbezaan mengusik dan membuli

    Mengusik dikaitkan dengan perbuatan bergurau dan berjenaka. Perbuatan mengusik kebiasaannya tidak akan menyentuh isu agama, bangsa, fizikal atau pelbagai karakteristik individu lain. Membuli pula bukan lagi perbuatan bergurau dan berjenaka sebaliknya perbuatan membuli ini dilakukan memang untuk mendatangkan kesan yang mendalam kepada mangsa buli. Perbuatan membuli sememangnya menyentuh isu agama, bangsa, fizikal dan pelbagai karakteristik individu lain.

    Mengusik akan jadi positif sekiranya:

  • Ia berlaku di antara dua individu yang sudah mempunyai hubungan yang sangat rapat
  • Usikan mempunyai nada yang gembira dan diselangi dengan senyum atau ketawa.
  • Individu yang diusik tidak berasa terganggu.
  • Bolehkah mengusik beransur menjadi membuli?

    Perbuatan anak anda bercanda bersama kawan-kawannya boleh merapatkan hubungan, namun ia juga boleh menjadi punca keretakannya. Mengusik boleh beransur menjadi membuli sekiranya ada di antara teman mereka yang diusik mula berasa terganggu dengan usikan tersebut.  

    Mengusik akan beransur menjadi membuli apabila:

    • Bahan usikan mula berubah daripada yang menyenangkan hati kepada yang menyakitkan hati.
    • Mula terdapat ketidakseimbangan kuasa: kanak-kanak yang mengusik berkuasa terhadap mereka yang diusik.
    • Usikan tersebut berlaku secara berulang-ulang.
    • Kanak-kanak yang diusik terasa hati dan bersedih dengan usikan tersebut. Anda perlu tahu bahawa ada kanak-kanak terutamanya kanak-kanak lelaki tidak gemar untuk menunjukkan perasaan mereka.

    Apa yang boleh dilakukan oleh ibu bapa?

    1. Pastikan anak anda faham bahawa perbuatan mengusik membuli adalah perbuatan yang tidak wajar untuk dilakukan

    • Berbincanglah dengan kanak-kanak yang selalu mengusik dan dapatkan puncanya. Gunakan informasi yang anda dapat untuk berbincang dengan mereka tentang cara yang betul bercanda dengan kawan. Kanak-kanak ini mungkin cenderung menggunakan kuasa untuk menyakiti individu lain sepertimana mereka mungkin alami di rumah. Dalam kes ini, ia amat penting untuk berbincang berkenaan kelakuan mereka yang tidak boleh diterima di dalam kalangan kawan-kawan anak anda dan perlu diubah dengan segera.
    • Berbincanglah dengan kanak-kanak yang selalu diusik dan selami perasaan mereka. Biarkan mereka tahu bahawa mereka juga layak untuk dihormati. Jika kanak-kanak ini sudah hilang keyakinan diri, berbincanglah dengan mereka dan praktiskan cara untuk mereka menghadapi pengusik dan meminta mereka untuk berhenti melakukannya. Pastikan mereka tahu bahawa anda selalu ada untuk membantu mereka sekiranya usikan ini masih berlaku.

    2. Mempercayai naluri anda

    Jika anda berasa bahawa usikan itu berbaur negatif terhadap sesiapa sahaja yang terlebat, maka segera lakukan penyiasatan. Kebanyakan sekolah mempunyai polisi yang jelas untuk dilakukan apabila berdepan isu-isu seperti ini. Komunikasi yang baik di antara anda dan cikgu di sekolah akan menjadi antara cara paling efektif untuk menghentikan perbuatan mengusik dan membuli di sekolah.

    3. Memperbaiki kelakuan anda

    • Jika anda sebagai ibu bapa sendiri mahu mengusik anak anda, pastikan impak usikan tersebut adalah positif.
    • Ingat bahawa anak anda yang masih belum memahami usikan dan mungkin akan terasa hati dengan usikan anda.
    • Guna pengalaman yang anda ada dalam menghadapi usikan dan ajarkan ia kepada anak anda.

    Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 15/05/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan