Biadap Di Media Sosial, Isu Yang Semakin Tenat Dan Kritikal

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 23/06/2020 . 2 minit bacaan

Adab pengguna di media sosial semakin kritikal, benarkah?

Baru-baru ini, hangat di media sosial mengenai tindakan seorang individu wanita memuat naik status di laman Twitter untuk membunuh rakan sebiliknya. Dan, tambah ‘mengharukan’ lagi, rakan sebiliknya itu merupakan adik kepada selebriti yang sedang meningkat naik, Naim Daniel.

Buli siber

Kami di Hello Doktor tidak mahu membincangkan mengenai kes itu, tetapi apa yang menjadi kebimbangan adalah mengenai adab pengguna di laman media sosial pada masa kini yang semakin meruncing. 

Sebelum ini kita dikejutkan oleh kematian selebriti K-pop ternama yang merupakan seorang pelakon dan penyanyi terkenal, Sulli. Beliau dikatakan membunuh diri akibat tekanan buli siber yang dilaluinya selama ini. 

Masalah buli siber ini cenderung berlaku di dalam kalangan individu di sekeliling berbanding individu yang tidak dikenali. Ini bermakna, individu yang menimbulkan masalah buli siber ini adalah mereka yang anda kenali dan mungkin individu yang sentiasa bersama anda. Tetapi tidak dinafikan ia juga boleh berlaku berpunca daripada mereka yang tidak dikenali.

Faktor utama yang menjadi punca kepada isu buli siber ini adalah adab pengguna yang semakin hilang. Jadi, apakah adab penting yang harus diamalkan ketika bergaul di media sosial? Jom ketahuinya.

Adab di media sosial

Tahukah anda sebenarnya akhlak pengguna ketika di media sosial melambangkan nilai moral dirinya yang sebenarnya? Jadi berikut adalah beberapa adab yang perlu diamalkan ketika melakukan sebarang aktiviti berkaitan media sosial.

  1. Batasan

Anda harus ingatkan kepada diri anda, apa yang anda kongsikan di media sosial bukan sekadar menjadi tatapan anda seorang. Tetapi ia boleh dilihat oleh individu lain dan dikongsikan kepada khalayak lain.

Jadi jangan membuat sebarang status atau perkongsian di media sosial yang boleh menyakiti atau melukai hati dan perasaan individu lain. Hindari sebarang penyataan yang boleh mewujudkan salah faham.

  1. Nilai moral

Sebagaimana anda menjalani realiti kehidupan seharian anda, seharusnya itulah juga cara yang perlu dilakukan di dalam media sosial. Kedua-dua kehidupan ini, sama ada di media sosial atau kehidupan sebenar mempunyai undang-undang dan kod etika yang harus diikuti.

Mungkin anda sering terlupa, di sebalik skrin komputer, tablet atau telefon pintar itu, tetap wujud satu figura yang dipanggil manusia yang sama seperti anda. Jika anda ingin untuk dihormati, maka anda perlu memulakan langkah dengan menghormati individu lain terlebih dahulu. 

  1. Platform dunia siber

Menggunakan media sosial yang berbeza seperti Facebook, Twitter, Instagram atau sebagainya memerlukan adab yang berlainan. Ini kerana kumpulan khalayak di dalam Facebook mungkin berbeza dengan khalayak di Instagram atau Twitter anda.

Begitu juga dengan media sosial seperti WhatsApp atau Telegram. Platform yang berbeza memerlukan adab penggunaan bahasa yang berbeza dan berlainan. Maka anda perlu lebih berhati-hati dan mengetahui had batasannya.

Kesimpulan 

Kita boleh menilai peribadi seseorang individu berdasarkan cara penggunaan laman media sosial. Jadi jika anda ingin dinilai sebagai individu dengan nilai moral dan akhlak yang baik, maka berkelakuan seperti itu di medan sosial. 

Dalam masa yang sama, ketika menggunakan media sosial, pastikan anda menjaga aspek keselamatan anda dengan tidak sewenang-wenangnya berkongsi sebarang maklumat peribadi, perbankan atau sebarang info yang tidak seharusnya dikongsikan kepada umum. Jadilah pengguna media sosial yang bijak dan mempunyai adab serta etika. 

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Anda mungkin berminat untuk membaca artikel:

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Buli Siber: Pernahkah Anda Melakukannya?

    Buli Siber merupakan satu perlakuan yang tidak beretika yang seringkali dianggap sebagai perkara remeh tetapi membawa kesan kepada mangsa

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Helma Hassan
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mental 04/07/2018 . 3 minit bacaan

    MENYEDIHKAN, Inilah Realiti Buli Siber Di Malaysia – Kena Hentikan Sebelum Parah!

    Gejala buli siber di Malaysia kini kian membimbangkan. Ikuti artikel ini untuk mengetahui mengenai perkara ini dengan lebih lanjut!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Helma Hassan
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mental 04/07/2018 . 3 minit bacaan

    Kesan Buruk Penggunaan Gajet kepada Remaja

    Media sosial dan teknologi mengubah cara manusia berinteraksi. Kini jarak dan tempat tidak lagi menjadi halangan untuk kekal berhubung. Dengan hanya satu klik di hujung jari, jaringan interaksi sosial maya membolehkan ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Helma Hassan
    Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat 25/06/2018 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    telefon pintar

    Tip Kurangkan Penggunaan Telefon Pintar

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 06/12/2019 . 3 minit bacaan
    elektronik

    Peranti Elektronik Menyebabkan Pengambilan Gula Yang Tinggi

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 03/11/2019 . 2 minit bacaan
    buli siber

    Buli Siber Memburukkan Kualiti Tidur, Kemurungan

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Shelby
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 10/05/2019 . 2 minit bacaan

    Bagaimana Ingin Menggunakan Media Sosial dengan Bijak?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim
    Diterbitkan pada 30/10/2018 . 2 minit bacaan