Berperang Nak Kejutkan Anak Bangun Sahur? Ini 11 Tip Ibu Ayah Boleh Cuba

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Diterbitkan pada 27/04/2020

Tibanya bulan Ramadan pasti ada ibu bapa yang berasa susah hati memikirkan cara untuk kejutkan anak bangun bersahur.

Jangan risau, ini 11 tip untuk membantu anda.

Kejutkan anak bangun bersahur

Mengejutkan anak bangun dan bersahur sememangnya 1 cabaran bagi mereka yang bergelar ibu bapa, biasanya kaum ibu yang kena menghadap tugas mencabar ini. 

Memang liat si kecil untuk membuka mata dan bersahur. Apatah lagi waktu bersahur itu masih terlalu awal untuk mereka bangun.

Mencabar kesabaran ibu betul dan ada masanya seperti mahu berperang!

Namun, apabila memikirkan cabaran berpuasa keesokan harinya, ditambah pula perlu membiasanya si kecil untuk berpuasa, maka terpaksa juga kejutkan anak.

Cara mengejutkan anak bangun bersahur juga penting bagi menentukan mood mereka dalam menjalani ibadah puasa untuk sepanjang hari itu. Salah kejut, gamaknya muncunglah sampai waktu berbuka.

Tetapi kalau kena gayanya, In shaa Allah si kecil akan lebih bersedia untuk bangun dan bersahur serta lebih bertenaga pada bulan Ramadan ini.

11 cara kejutkan anak bangun bersahur pada bulan Ramadan

Runsing juga memikirkan cara terbaik untuk mengejutkan si kecil bangun bersahur, bukan? Usah risau, Hello Doktor ada caranya. 

Berikut antara cara yang boleh dicuba. Semoga berjaya membangunkan si manja tanpa rengekan atau tangisan!

  1. Jelaskan pengertian puasa

Sebaiknya beberapa hari sebelum ketibaan bulan Ramadan, parents semua boleh mempersiapkan fizikal dan mental si kecil. Bagaimana?

Perjelaskan tentang pengertian puasa kepada anak menggunakan bahasa yang mudah difahami dan ringkas.

Terangkan apa yang tidak boleh dilakukan ketika puasa, waktu bangun sahur, berapa lama perlu menahan diri daripada makan dan minum serta waktu tepat untuk berbuka.

  1. Ubah waktu tidur

Waktu tidur adalah penting untuk memudahkan tugasan ibu bapa untuk mengejutkan anak bangun dan bersahur. 

Semakin lewat si kecil masuk tidur, maka akan bertambah sukar untuk membangunkannya. 

Sebaiknya, jika anda sudah biasa tidur lewat pada bulan-bulan biasa, ajaklah mereka untuk tidur lebih awal pada bulan Ramadan. 

11-tip-kejut-anak-bangun-bersahur

  1. Pesanan sebelum tidur

Antara 1 tip untuk memudahkan tugasan mengejutkan anak bangun bersahur adalah perlu memberikan peringatan awal kepada mereka sewaktu masuk tidur.

“Sayang, esok mama akan kejut awak untuk bangun sahur pukul 5 pagi, okay?”, antara contoh peringatan yang boleh anda lakukan.

Ini adalah cara untuk membolehkan anak menetapkan mindset untuk dirinya sendiri dan memudahkan kerja anda. Cubalah.

  1. Bangunkan dengan kata positif

Biasanya kalau 2 3 kali kejutkan anak tetapi mereka tetap tidak mahu bangun, pastinya anda akan menaikkan suara, bukan?

Haaa…itu bukan cara yang betul ye mommies.

Banyakkan bersabar. Cuba bangunkan mereka dengan lembut bersama kata-kata positif.

Ia bukan sahaja untuk kebaikan anak, tetapi sudah tentu demi menjaga emosi anda sendiri.

Kejutkan mereka secara perlahan sehingga berada dalam posisi duduk.

Apabila si kecil telah membuka mata, pimpinlah mereka sehingga ke meja makan. 

  1. Mengehadkan masa skrin

Sempena bulan puasa, apa kata anda hadkan penggunaan gajet serta masa skrin anak-anak? 

Ia bukan sahaja untuk memastikan si kecil mendapat tidur yang mencukupi tetapi turut akan memudahkan anda mengejutkan anak bangun bersahur pada bulan Ramadan ini.

  1. Pancing dengan makanan

Walaupun kebiasaannya pada waktu sahur, anak mungkin akan kurang berselera, namun tiada salahnya untuk anda mencuba tip ini.

Sediakan menu sahur kegemaran si manja dan katakan kepadanya seperti, “Kalau Husna nak makan makanan ini, esok kenalah bangun sahur”, itu pastinya akan membuat si kecil tidur cepat dan bersemangat untuk bangun. 

  1. Masak menu sahur bersama

Biasanya untuk menu bersahur anda akan menyediakan lebih awal. Ia sudah tentu untuk menghindarkan anda daripada menjadi kelam-kabut jika terlewat bangun.

Jadi apa kata anda libatkan si kecil waktu menyediakan menu bersahur kegemarannya.

Berikan dia peluang untuk mencuba dalam proses memasak agar mereka akan lebih bersemangat untuk bangun dan menikmatinya waktu sahur nanti.

bulan Ramadan

  1. Jangan memaksa

Setelah anak bangun, membasuh buka dan duduk di meja makan, usah memberikan arahan kepadanya untuk makan.

Sebaliknya, letakkan sahaja makanan di hadapannya. Lebih penting, jangan memaksa mereka untuk makan.

Pastinya nanti, mereka akan makan juga walaupun sedikit. 

  1. Berbual dan berborak

Ada masanya situasi yang terlalu sunyi akan menyebabkan anak diselubungi rasa mengantuk ketika bersahur. 

Untuk mengatasinya, apa kata anda berbual dengan mereka sambil makan. Tetapi elakkan topik yang membosankan, okay?

  1. Menerima kesannya

Sekiranya anda sudah mencuba pelbagai cara, tetapi si kecil masih sukar dan terlalu liat untuk bangun, usah terus memaksa.

Mungkin untuk hari ini, mereka perlu belajar menerima kesannya akibat tidak bersahur.

Ia pastinya akan membuatkan mereka lebih berkeinginan bersahur keesokan harinya. 

  1. Ganjaran

Sekiranya si kecil berjaya bangun dan bersahur, apa kata anda memberikannya ganjaran.

Sebagai balasan anak bangun bersahur, berikan dia pilihan untuk menentukan makanan yang diingini pada waktu berbuka nanti.

Pastinya ia akan menaikkan semangat untuk berpuasa. 

Bersabar dan terus mencuba

Pada awal-awal bulan Ramadan, pastinya anak akan lebih sukar untuk dikejutkan. Namun jangan berputus asa, teruskan mencuba untuk mengejutkan anak bersahur.

Semoga perkongsian tip di atas akan memudahkan ibu bapa sekalian untuk bangunkan si kecil bersahur sepanjang bulan puasa ini. Harap tiadalah yang perlu berperang, ya?

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy"

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Melancap Ketika Puasa? Ini Yang Anda Perlu Tahu!

Jika anda ingin berhenti melancap pada bulan puasa, inilah masanya. Anda boleh ikut 9 tip yang dikemukakan dalam artikel ini.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli

Puasa Terbatal Jika Buat Ujian Swab COVID-19? Ini 17 Perkara Boleh & Tidak Boleh Dilakukan Jika Berpuasa

Adakah ujian swab COVID-19 boleh dilakukan semasa puasa Ramadan? Ketahuinya di sini dengan lebih lanjut sama ada ia boleh sebabkan batal puasa ataupun tidak

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Perayaan 04/05/2020

Selalu Sakit Semasa Berpuasa? Ketahui 5 Penyakit Lazim Berlaku Di Bulan Ramadan

Bulan Ramadan sudah tiba! Jika anda tidak berpada-pada ketika makan berbuka, anda boleh mendapat 5 penyakit bulan puasa lazim ini. Ketahuinya.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli

Tak Tahu Nak Masak Apa Masa Sahur? Ini 7 Menu Simple Boleh Cuba Sepanjang Ramadan Ini!

Bagi mereka yang masih tercari-cari menu untuk sahur sepanjang bulan Ramadan ini, ini 7 menu sahur simple yang boleh anda cuba. Sedap dan jimat masa!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Perayaan 30/04/2020