Kawal manisan atau pencuci mulut. Jika anda menawarkan pencuci mulut sebagai ganjaran, anak anda mungkin fikir bahawa pencuci mulut adalah makanan terbaik, yang mana boleh meningkatkan keinginan anak anda untuk makan makanan yang manis. Anda mungkin boleh pilih untuk menyediakan pencuci mulut satu atau dua kali dalam masa seminggu, dan perkenalkan juga pilihan pencuci mulut yang lebih berkhasiat seperti buah dan yogurt.
Jangan sediakan lain-lain hidangan
Menyediakan hidangan berasingan untuk anak anda akan menggalakkan lagi kelakuan negatif mereka terhadap makanan dan menyebabkan kesan yang bahaya, termasuklah menggalakkan mereka menjadi cerewet makan. Malahan, anda perlu menggalakkan anak anda untuk tetap berada di meja makan pada setiap waktu makan, walaupun anak anda tidak mahu makan. Sentiasa sediakan anak anda pilihan makanan yang sihat sehinggalah mereka sudah biasa dan mengutamakan makanan sihat dalam diet mereka.
Jika anda khuatir akan tabiat memilih makanan anak anda mengganggu perkembangan dan tumbesarannya, berjumpalah dengan doktor anak anda. Dan, sentiasa ingat bahawa tabiat makan kanak-kanak tidak boleh berubah sekelip mata, namun setiap langkah kecil yang anda ambil setiap hari boleh membantu menggalakkan anak mengamalkan tabiat makan yang sihat.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen