Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Dari semua perkataan yang anak anda belajar tahun ini, terdapat satu perkataan kegemarannya: “TIDAK.” Kanak-kanak prasekolah banyak berkata “tidak” kerana mereka sedang menerokai kebebasan untuk menyuarakan pendapat (kadangkala mereka malah berkata “tidak” apabila ingin memaksudkan “ya”). Kadangkala kanak-kanak itu mengatakan “tidak” hanya disebabkan mereka marah atau bergelut ingin menyampaikan pandangannya. Anak anda juga mungkin belajar jika dia mengatakannya dengan kuat dan paksaan, mak dan ayah akan memberikan perhatian atau mengikut permintaannya.
Berikan anak anda pilihan dan ajarkan mereka beberapa alternatif: “Apakah berlawanan bagi ‘tidak’? ‘Ya’!” “Awak boleh kata ‘tidak’, atau ‘ya’. Cuba teka apa antara duanya? Awak boleh kata ‘mungkin’!” Galakkan mereka menjawab dengan suara yang perlahan. Ini adalah langkah pertama untuk mengajar anak anda menjadi matang.
Dengan peningkatan dalam diagnosis autisme dan masalah kelewatan pembesaran yang lain, sangat mudah untuk anda rasa bimbang dengan tingkah laku anak anda yang aneh. Sila bertanya doktor tentang perkara yang anda lihat:
Anda boleh menjangkakan doktor anak anda akan mengukur:
Jika anda bimbang tentang diet anak anda yang lemah – sebab dia tidak akan mengambil sayur atau hanya ingin mengambil makanan yang sama setiap hari – anda mungkin mahu memberikannya suplemen untuk mengurangkan kerisauan tersebut.
Menjelang umur 2 tahun, anak anda seharusnya menjadi seorang yang gembira. Dia mempunyai memori yang baik. Jadi anda perlu menyediakan dirinya sebelum tadika. Tetapi adakah anda tahu bahawa kanak-kanak kecil juga boleh mengalami stres? Perangsang stres yang biasa ialah mempunyai terlalu banyak aktiviti yang dirancang untuknya dan ia boleh menyebabkan kanak-kanak menjadi degil. Walaupun pembesaran anak anda adalah penting, anda harus memberikan masa untuk anak anda melakukan apa yang diingininya. Hal ini merangsang rasa ingin tahu dan kreaviti anak anda yang akan meningkatkan perkembangan mental.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Disemak secara perubatan oleh
Panel Perubatan Hello Doktor
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen