backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Tanya Doktor
Simpan
Senarai kandungan

Penjagaan Bayi Bulan Ke-31

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 28/11/2019

Perkembangan & Pelakuan

Apa yang patut anak saya lakukan semasa tempoh ini?

Dari semua perkataan yang anak anda belajar tahun ini, terdapat satu perkataan kegemarannya: “TIDAK.” Kanak-kanak prasekolah banyak berkata “tidak” kerana mereka sedang menerokai kebebasan untuk menyuarakan pendapat (kadangkala mereka malah berkata “tidak” apabila ingin memaksudkan “ya”). Kadangkala kanak-kanak itu mengatakan “tidak” hanya disebabkan mereka marah atau bergelut ingin menyampaikan pandangannya. Anak anda juga mungkin belajar jika dia mengatakannya dengan kuat dan paksaan, mak dan ayah akan memberikan perhatian atau mengikut permintaannya.

Apa yang patut anak saya bersedia lakukan?

Berikan anak anda pilihan dan ajarkan mereka beberapa alternatif: “Apakah berlawanan bagi ‘tidak’? ‘Ya’!” “Awak boleh kata ‘tidak’, atau ‘ya’. Cuba teka apa antara duanya? Awak boleh kata ‘mungkin’!” Galakkan mereka menjawab dengan suara yang perlahan. Ini adalah langkah pertama untuk mengajar anak anda menjadi matang.

Temu Janji Doktor

Apa yang patut berlaku kepada anak saya semasa menemui doktor?

Dengan peningkatan dalam diagnosis autisme dan masalah kelewatan pembesaran yang lain, sangat mudah untuk anda rasa bimbang dengan tingkah laku anak anda yang aneh. Sila bertanya doktor tentang perkara yang anda lihat:

  • Kurang komunikasi. Anak anda mengulangi perkataan tapi tidak terlibat di dalam perbualan atau tidak memberi respon kepada namanya;
  • Gagal membaca riak wajah atau komunikasi non-verbal yang lain;
  • Gagal melakukan kontak mata;
  • Cubaan mengelakkan sentuhan atau hubungan sosial;
  • Minat yang sangat terhad;
  • Menggunakan alat mainan dengan cara yang sesuai (menyusun makanan mainan berbanding bermain masak-masak);
  • Terlebih atau kurang sensitiviti terhadap stimulasi sensori seperti suara atau sentuhan;
  • Hilang skil bahasa atau sosial yang pernah dikuasai sebelum ini.
  • Apa yang harus saya maklumkan kepada doktor?

    Anda boleh menjangkakan doktor anak anda akan mengukur:

    • Berat untuk memastikan anak anda sihat;
    • Kadar degupan jantung dan pernafasan;
    • Telinga dan mata.

    Apa Yang Dijangkakan

    Apa yang saya bimbangkan?

    Jika anda bimbang tentang diet anak anda yang lemah – sebab dia tidak akan mengambil sayur atau hanya ingin mengambil makanan yang sama setiap hari – anda mungkin mahu memberikannya suplemen untuk mengurangkan kerisauan tersebut.

    Menjelang umur 2 tahun, anak anda seharusnya menjadi seorang yang gembira. Dia mempunyai memori yang baik. Jadi anda perlu menyediakan dirinya sebelum tadika. Tetapi adakah anda tahu bahawa kanak-kanak kecil juga boleh mengalami stres? Perangsang stres yang biasa ialah mempunyai terlalu banyak aktiviti yang dirancang untuknya dan ia boleh menyebabkan kanak-kanak menjadi degil. Walaupun pembesaran anak anda adalah penting, anda harus memberikan masa untuk anak anda melakukan apa yang diingininya. Hal ini merangsang rasa ingin tahu dan kreaviti anak anda yang akan meningkatkan perkembangan mental.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 28/11/2019

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan