backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Tanya Doktor
Simpan
Senarai kandungan

Penjagaan Bayi Bulan Ke-29

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 23/11/2021

Pembesaran & Tingkah Laku

Apa yang patut anak saya lakukan semasa tempoh ini?

Berebut alat mainan biasa berlaku apabila dua kanak-kanak prasekolah bermain bersama. Mereka ingin melindungi barang mereka. Skil berkongsi tidak datang secara semula jadi.

Ciri khas bagi umur ini adalah pengulangan. Anak anda mungkin mahu makan makanan yang sama berulang kali, memakai pakaian yang sama setiap hari atau melakukan sesuatu perkara dalam urutan yang sama. Sila ingat bahawa apa yang mereka cuba lakukan adalah untuk merasai dunia ini. Melakukan perkara yang sedikit berulang kali adalah cara mereka mengawal sesuatu di dalam kehidupan yang serabut ini. Dalam kata lain, ritual memberikan mereka keselesaan.

Anak anda sedang membentuk cara berfikir yang dinamakan pemikiran simbolik. Secara mudahnya, mereka boleh melihat perkara di dalam minda mereka. Semakin banyak hubungan baru di dalam otak mereka yang terbentuk dari pengalaman dan tabiat, mereka semakin baik dalam membayangkan objek terbabit: rupa anak patung, arah jalan ke rumah nenek, makanan semalam.

Apa yang patut anak saya bersedia lakukan?

Untuk mengelakkan pergaduhan, anda harus:

  • Menunjukkan model berkongsi dan gunakan perkataan “kongsi”: “Awak nak kongsi biskut saya?”
  • Hentikan pergaduhan dengan mengalihkan objek yang menyebabkan pergaduhan tersebut dan mengalihkan kanak-kanak terbabit kepada perkara lain: “Kereta ni nak rehat sekajap. Jom kita main tiup buih”
  • Tunjukkan kepada mereka kanak-kanak besar yang sedang berkongsi.
  • Sembunyikan permainan kegemaran anak anda semasa ada kanak-kanak lain bermain bersama. Kanak-kanak berumur 2 tahun kebiasaannya tidak membenarkan orang lain menggunakan perkara yang digemarinya.
  • Sediakan aktiviti yang melibatkan aktiviti berkongsi di mana setiap kanak-kanak boleh melakukan bahagian masing-masing seperti bermain dengan tanah liat atau melukis gambar.
  • Berikan anak anda pujian apabila mereka berkongsi. Galakan positif adalah guru yang sangat baik.
  • Bantu anak anda mengekalkan memorinya di dalam otak dengan menanyakan soalan yang diketahuinya. Minta anak anda mengingat semula perkara-perkara kecil: “Awak makan aiskrim vanila atau coklat tadi?” Di waktu malam, cakap tentang harinya bersama-sama: “Lepas tu awak buat apa? Bagi tahu saya!”
  • Temu Janji Doktor

    Apa yang patut berlaku kepada anak saya semasa menemui doktor?

    Kanak-kanak menghisap jarinya kerana ia menenagkan dirinya. Anak anda mungkin mempunyai tabiat ini sejak di dalam perut. Kini, dia menghisap jarinya semasa penat, takut, bosan, sakit atau cuba mengadaptasi kepada cabaran seperti hari pertama berjumpa pengasuh atau sekolah. Dia juga mungkin menghisap jari untuk membantunya tidur.

    Apa yang harus saya maklumkan kepada doktor?

    Bawa anak anda berjumpa doktor gigi secara berkala untuk memastikan giginya sihat dan bersih. Jika gigi anak anda masih berbau, dapatkan pemeriksaan doktor gigi.

    Apa yang dijangkakan

    Apa yang saya bimbangkan?

    Kanak-kanak dan dewasa kadangkala mengalami nafas berbau. Penyebab utamanya ialah:

    • Mulut kering. Jika anak anda bernafas melalui mulut, bakteria di dalam mulutnya lebih cenderung untuk berkembang biak.
    • Objek asing. Kacang, mainan kecil atau objek lain yang anak anda letakkan di dalam hidungnya boleh menyebabkan nafas berbau. Ini adalah kerap berlaku khususnya bagi kanak-kanak suka meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya.
    • Kurang kebersihan. Bakteria normal hidup di dalam mulut dan bertindak balas dengan makanan yang tertinggal di antara gigi, gusi, lidah atau permukaan tonsil di belakang tekak anak anda. Ini menyebabkan nafas berbau terutamanya jika makanan tersebut berada lama di dalam mulut anak anda.
    • Makanan makanan berbau. Jika anak anda suka makanan seperti bawang putih dan bawang merah, ia boleh menjejaskan bau nafasnya.
    • Penyakit seperti jangkitan sinus, tonsilitis atau alahan bermusim boleh menyebabkan nafas berbau. Sesetengah kanak-kanak yang mengalami penyakit refluks esofagus mempunyai nafas berbau.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 23/11/2021

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan