backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Tanya Doktor
Simpan
Senarai kandungan

Penjagaan Bayi Bulan Ke-28

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 28/11/2019

Perkembangan & Pelakuan

Apa yang patut anak saya lakukan semasa tempoh ini?

Sama ada anak anda seorang yang ramah atau pendiam, dia akan mula menunjukkan minat terhadap kanak-kanak lain. Persahabatan pertama ini adalah sangat bermakna bagi anak anda. Ia juga membantu kanak-kanak prasekolah melatih skil sosial dan menambahkan kepelbagaian dalam permainan mereka. Jika anda anda menghadiri penjagaan harian, dia mungkin sudah cenderung kepada seorang kanak-kanak yang menjadi teman sepermainan kegemarannya.

Kanak-kanak prasekolah berjalar sangat banyak dan pantas. Adakah anda boleh tahu jika anda anda seorang yang diberi kelebihan di umur ini? Pakar pembelajaran mengatakan kadangkala jelas sejak kecil bahawa seorang kanak-kanak itu belajar lebih cepat dari kawan-kawannya. Tetapi bagi kebanyakan kanak-kanak, tanda-tanda dia diberi kelebihan akan terlihat semasa di umur persekolahan.

Anak anda mampu mengawal pergerakannya dengan lebih baik. Kini, dia boleh bermain dengan objek kecil dengan lebih mudah dan menyusun blok bangunan tanpa perlu mengetuknya. Dia juga boleh fokus dengan lebih lama sehingga 20 minit.

Apa yang patut anak saya bersedia lakukan?

Untuk membantu membina persahabatan pertama:

  • Kumpulan bermain yang kecil. Terlalu banyak kanak-kanak di dalam satu tempat boleh menyerabutkan keadaan dan menggalakkan pergaduhan. Kanak-kanak beraksi cemerlang di dalam kumpulan mengikut umur mereka. Jadi, kanak-kanak 2 tahun paling baik bermain secara berpasangan.
  • Bermain dalam tempoh yang pendek. Terutamanya dengan kawan baru, jangan biarkan mereka bermain lebih dari setengah jam ke 1 jam di umur ini.
  • Campurkan dengan umur yang berbeza. Anak anda yang berumur 2 tahun boleh belajar banyak dari kanak-kanak yang lebih tua dan lebih muda.
  • Elakkan alat mainan jika boleh. Berlari di luar rumah atau bermain menggunakan objek biasa – kotak – menggalakkan interaksi tanpa memiliki apa-apa alat mainan yang boleh menyebabkan pergaduhan. Gunakan perkataan “kawan” untuk bercakap tentang kawan anda dan anak anda.
  • Temu Janji Doktor

    Apa yang patut berlaku kepada anak saya semasa menemui doktor?

    Jika anda melihat anak anda sedang melalukan masturbasi, jangan panik. Masturbasi adalah perkara yang normal. Ia tidak membahayakan fizikal, meningkatkan risiko penyakit atau merupakan tanda anak anda akan menjadi gila seks. Masturbasi dalam kanak-kanak kecil tidak bersifat seksual kerana mereka tidak tahu apa makna seks. Mereka melakukannya kerana sedang menerokai badannya.

    Walau bagaimanapun, apabila ia sangat kerap dilakukan, ia mungkin petanda kepada masalah. Ia mungkin menjadi tanda bahawa anak anda bimbang dan mengalami emosi tidak stabil. Jika anda rasa bimbang, sila dapatkan nasihat doktor.

    Apa yang harus saya maklumkan kepada doktor?

    Di umur ini, anda mungkin terfikir bila harus memasukkan anak anda ke prasekolah. Memilih sekolah yang betul mungkin agak susah. Berikut adalah beberapa tip untuk memastikan prasekolah yang anda pilih akan membantu pembesaran anak anda:

    • Pastikan prasekolah tersebut bersih. Prasekolah adalah tempat yang kondusif bagi kuman. Kanak-kanak prasekolah adalah yang paling mudah menyebarkan penyakit tertentu seperti penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) dan kutu kepala. Anda perlu tanya kekerapan alat mainan dan tikarnya dibasuh.
    • Anda harus pergi ke sekolah tersebut. Anda boleh dapatkan evaluasi yang lebih baik tentang persekitarannya. Adakah terdapat tempat bermain? Adakah kelasnya cukup besar? Berapa banyak pelajar yang ada bagi setiap kelas?
    • Berbincang dengan guru sekolah tersebut. Membina hubungan yang baik dengan guru anak anda adalah sangat penting. Anda juga boleh bertanya soalan tentang aktiviti harian sekolah tersebut.

    Terdapat banyak metod mengajar dan jenis-jenis sekolah. Anda harus mencari yang terbaik untuk anak anda.

    Apa Yang Dijangkakan

    Apa yang saya bimbangkan?

    Menonton televisyen dalam tempoh yang singkat – di bawah 2 jam bagi kanak-kanak 2 tahun – tidak membahayakan anak anda. Tetapi anda harus tahu bahawa waktu yang berlebihan telah terbukti boleh melambatkan perkembangan bahasa, menyebabkan obesiti dan masalah memberikan fokus dan perhatian.

    Melayan karenah anak anda yang aktif selamat 24 jam adalah memenatkan. Tetapi kanak-kanak berumur 1 ke 2 tahun adalah cenderung kepada kemalangan seperti lemas dan keracunan. Jadi, sila lebih berhati-hati di waktu yang stresL pada waktu pagi, sebelum makan malam, semasa majlis, sewaktu bercuti, semasa menerima tetamu atau ketika anda sedang terkejar-kejar. Ini adalah waktu di mana perhatian anda paling kurang.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 28/11/2019

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan