backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Tanya Doktor
Simpan
Senarai kandungan

Penjagaan Bayi Bulan Ke-17

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh JX Chan · Disemak pada 27/04/2022

Pembesaran & Tingkah Laku

Apa yang patut anak saya lakukan semasa tempoh ini?

Anak anda kini berumur 17 bulan dan anda mungkin menyedari satu suara yang keluar dari anak anda. Ya, ia adalah suara menjerit. Sehingga kini, anda mungkin rasa bahawa anda sangat bertuah kerana tidak mempunyai anak yang suka menjerit. Percaya atau tidak, sekarang anda sudah mempunyai anak yang suka menjerit. Jangan risau kerana fasa ini tidak akan berkekalan. Anak anda sedang menerokai suaranya dan mencuba berapa tinggi suaranya boleh pergi. Dia mungkin suka perhatian segera yang didapatinya jika menjerit. Cara terbaik untuk mengendalikannya adalah dengan menghiraukannya. Semakin banyak anda memberikan perhatian, semakin suka dia menjerit.

Apakah yang anak saya patut bersedia untuk lakukan?

Semakin banyak otot lidah dan mulut anak anda berkembang, semakin bagus lafaz dan percakapan mereka. Bantu mereka dengan mengulangi apa yang mereka sebut. Contoh ini membetulkan sebutan dan membantu ayahnya serta orang lain yang tidak faham semasa mendengar. Dengan masa dan kesabaran, mereka selalunya akan dapat mengatasi situasi tersebut.

Anak anda mungkin menjerit ke telinga anda. Jelaskan pada mereka bahawa menjerit menyakitkan telinga dan beritahu mereka bahawa anda tidak boleh memberikan respon sehingga mereka menggunakan suara biasa. Tatapi sila berhati-hati supaya tidak menjerit semasa memberikan arahan. Anda juga boleh katakan, “Itu suara luar awak. Kalau main di padang barulah guna suara tu.” Malah, jika anda benar-benar ingin mendapatkan perhatian anak anda, cuba rendahkan suara anda seperti berbisik semasa bercakap dengan mereka.

Cuba untuk sediakan campuran makanan yang baik setiap kali makan. Jika anda memberikan pelbagai jenis pilihan makanan yang sihat dari kumpulan makanan yang berbeza, anak anda akan berpeluang mendapatkan nutrisi yang diperlukan walaupun mereka mengambil sayur pada satu hari dan bijiran pada hari yang lain. Perkara yang lebih dari dari campuran nutrisi yang ada di dalam makanan atau apa yang diberikan pada hari tertentu adalah apa yang anak anda ambil sepanjang minggu. Bayi secara semula jadinya bagus dalam memilih nutrisi dan jumlah yang diperlukan jika diberikan pilihan makanan yang sihat.

Temu Janji Doktor

Apa yang patut berlaku kepada anak saya semasa menemui doktor?

Anda boleh berbincang denan doktor berkenaan perkara berikut:

Bagaimana keadaan tidur anak anda?

Kebanyakan bayi pada umur ini tidur sekitar 11 jam di waktu malam dan 2 jam di siang hari. Waktu tidur kebiasaannya menjadi satu perkara yang susah kerana mereka lebih suka menjadi aktif pada umur ini. Anak anda mungkin tidak mahu tidur kerana takut kepada gelap dan berseorangan.

Bagaimana keadaan pemakanan anak anda?

Doktor akan bertanya soalan ini untuk mengenal pasti jika anak anda mendapat makanan yang seimbang dan pelbagai. Doktor mungkin mengesyorkan snek sihat untuk dihidangkan atau cara-cara untuk membuatkan anak anda duduk dan makan memandangkan kebanyakan kanak-kanak berumur 18 bulan sangat susah untuk diberi makan.

Adakah anak anda menunjukkan sebarang tanda sudah bersedia untuk latihan membuang air di tandas?

Ramai kanak-kanak mengalami pembesaran skil fizikal dan kognitif yang diperlukan untuk latihan membuang air di tandas, seperti mampu membuka seluar mereka dengan mudah, antara umur 18 dan 24 bulan. Tetapi, sebahagiannya masih belum bersedia sehingga berumur 4 tahun.

Adakah anak anda sudah berjalan?

Menjelang umur ini, anak anda seharusnya sudah mengambil langkah pertamanya. Kanak-kanak belajar berjalan antara umur 9 ke 18 bulan. Jika anak anda berjalan di atas jari kakinya atau menyenget ke satu sisi, sila maklumkan kepada doktor untuk mengevaluasi skil motornya.

Adakah anak anda telah mula banyak berkata “tidak” atau mengamuk?

Kebanyakan kanak-kanak berumur 18 bulan telah mula mengatakan “tidak” dan mereka suka menggunakan perkatan ini. Ia adalah tanda berdikari dan perkembangan bahasa.

Apa yang harus saya maklumkan kepada doktor?

Anda harus tahu apa yang patut dijangkakan semasa menemui doktor. Doktor mungkin melakukan perkara berikut:

  • Mengukur berat dan tinggi anak anda untuk memastikan pembesaran pada kadar yang sihat;
  • Memeriksa jantung dan pernafasan;
  • Memeriksa mata dan telinga;
  • Mengukur ukur lilit kepala untuk menjejaki pembesaran otak anak anda;
  • Memberikan vaksin termasuk DTaP, hep A dan mana-mana vaksin yang tidak diambil;
  • Mengajar anda tentang kesihatan anak anda seperti bagaimana ingin mengesan simptom jangkitan telinga, demam dan selesema;
  • Menjawab sebarang persoalan yang anda ada tentang latihan membuang air di dalam tandas atau disiplin;
  • Memberikan nasihat tentang pembesaran, perangai dan tingkah laku anak anda;
  • Ujian darah untuk menyaring anemia dan keracunan plumbum jika anak anda berisiko tinggi.
  • Apa yang diharapkan

    Apa yang saya bimbangkan?

    Anda mungkin bimbang tentang kemalangan yang anda anda mungkin alami. Kemalangan kebiasaannya berlaku semasa tempoh yang sibuk atau tempoh transisi atau stres: sewaktu pagi, sebelum makan malam, semasa majlis keramaian atau semasa menerima tetamu atau bercuti. Ini adalah waktu di mana perhatian ibu bapa cenderung untuk terganggu.

    Antara kemalangan yang biasa berlaku adalah jatuh dari tingkap, tangga, meja dan kerusi yang mereka panjat. Terbakar sering berlaku apabila mereka memegang cawan atau periuk panas. Selain itu, keracunan juga boleh berlaku.

    Hanya dengan menyedari fakta ini sudah boleh membantu anda bertenang dan menjadi lebih berjaga-jaga. Anak anda yang berumur 17 bulan masih belum cukup dewasa untuk bermain di taman jika anda tahu yang anda tidak mampu memerhatikan mereka selama beberapa mint.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Muhamad Firdaus Rahim

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh JX Chan · Disemak pada 27/04/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan