backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Tanya Doktor
Simpan
Senarai kandungan

Penjagaan Bayi Bulan Ke-16

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh JX Chan · Disemak pada 27/04/2022

Pembesaran & Tingkah Laku

Apa yang patut anak saya lakukan semasa tempoh ini?

Anak anda lebih mudah terkejut atau takut. Cara terbaik untuk membantu anak anda adalah dengan menenangkan mereka. Satu pelukan dan membenarkan perasaan mereka – “Wah, kejutan tu menakutkan betul, kan?” – sudah mencukupi. Tunjukkan kepada anak anda bagaimana dia boleh menutup telinga untuk mengawal dirinya. Anak anda akhirnya akan mengatasi ketakutan kepada bunyi apabila dia memahami dari mana bunyi tersebut datang dan ia adalah tidak membahayakan.

Waktu tidur akan menjadi lebih mudah jika anda membuat rutin yang boleh anak anda bergantung kepadanya. Rutin tidur yang bagus adalah cukup panjang untuk membuatkan anak anda bertenang tetapi tidak terlalu lama atau rumit sehingga menjadi beban ke atas anda – atau mustahil diikut oleh penjaga anak anda. 20 ke 30 minit adalah tempoh yang sesuai.

Anak anda masih memerlukan rehat sekitar waktu yang dahulunya menjadi waktu tidur pagi. Sediakan snek dan lakukan aktiviti yang senyap seperti mendengar musik yang menenangnya, membaca buku atau rehat di atas sofa (bukannya katil yang akan membuatkan mereka tidur). Elakkan dari menaiki kereta pada waktu yang dahulunya waktu tidur mereka – anak anda mungkin akan tertidur dan melangkau waktu tidur tengah hari dan meragam pada waktu malam.

Temu Janji Doktor

Apa yang patut berlaku kepada anak saya semasa menemui doktor?

Anda harus beritahu doktor tentang apa-apa tanda tingkah laku abnormal. Jika anak anda kelihatan sihat dan normal, sila lihat jika telah tiba waktunya untuk pemeriksaan berkala. Anak anda mungkin takut untuk berjumpa doktor dan menyangka akan mendapat suntikan vaksin lagi. Anda boleh lakukan perkara berikut untuk menenangkan anak anda:

  • Jangan datang lebih awal dari temu janji anda. Jadikan waktu itu berlalu pantas dengan berkomunikasi dengan anak anda sebanyak yang boleh.
  • Bawa mainan kegemarannya agar waktunya akan terisi dan dia akan berasa selesa.
  • Cuba dapatkan doktor yang sama setiap kali temu janji. Ini akan membuatkan anak anda kenal doktor tersebut (dan sebaliknya) dan persekitarannya.
  • Alih perhatian bayi anda semasa menerima suntikan.

Apa yang harus saya berbincang dengan doktor?

Semasa berumur 16 bulan, anda perlu tahu bahawa anak anda tidak memerlukan tidur pagi. Sebaliknya, dia memerlukan snek ringan untuk mendapatkan tenaga. Semasa umur ini, tidur tengah hari sudah cukup untuk membuatkan anak anda bertenaga dan sihat.

Anda harus cuba untuk menjadualkan tidur tengah hari lebih awal. Tidur lewat tengah hari boleh menjejaskan tidur malam. Tetapi pastrikan dia tidak melangkau tidurnya. Seperti anda, anak anda akan meragam dan marah jika tidak mendapat rehat yang cukup.

Apa yang diharapkan

Apa yang saya bimbangkan?

Anda mungkin bimbang tentang berapa kerap anak anda menonton televisyen. Menurut Akademi Pediatrik Amerika (AAP), televisyen atau DVD adalah tidak disyorkan sehingga berumur 2 tahun. Ini termasuk menggunakan Ipad. Cuba untuk kurangkan waktu anak anda menonton televisyen. Menonton dalam tempoh yang sekejap tidak akan menjejaskan tetapi anda tidak mahu anak anda menjadi ketagih.

Galakkan aktiviti di luar seperti bermain bola, berenang atau berlari di padang permainan. Anda juga boleh memainkan musik untuk mereka menari atau menyanyi.

Membaca buku juga disyorkan. Semakin banyak interaksi dengan anak anda, semakin banyak mereka akan belajar konsep dan perkataan baru. Semua aktiviti ini lebih baik dari rancangan televisyen.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Disemak secara perubatan oleh

Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh JX Chan · Disemak pada 27/04/2022

advertisement iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

advertisement iconIklan
advertisement iconIklan