Minggu demi minggu

Terus Menyusukan Anak?

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Menyusukan kanak-kanak mungkin berbeza sedikit dengan penyusuan bayi. Tambahan pula, sewaktu usianya setahun, anak anda telah mendapat kebanyakan nutrien yang diperlukan daripada makanan pejal. Ramai yang sudah boleh meminum susu lembu. Jadi, tiada peraturan khusus tertentu tentang berapa banyak atau berapa kerap kanak-kanak patut disusukan.

Penyusuan kanak-kanak: trend yang tidak asing lagi

Menyusu sewaktu anak anda bukan bayi lagi bukanlah trend baru. Bahkan, ia sangat normal dan biasa untuk perkembangan anak tersebut.  WHO mencadangkan penyusuan eksklusif selama 6 bulan pertama kehidupan dan penyusuan patut berterusan (dengan makanan pejal) sehingga umur anak anda dua tahun.

Bagaimana pun, antara kebaikan penyusuan berterusan ialah ransangan nutrisi yang dapat diberikan kanak-kanak, terutamanya yang cerewet. Tambahan pula, dipercayai bahawa komposisi susu ibu berubah untuk menepati keperluan nutrisi anak anda. Walaupun jika anak anda makan dengan cerewet, mereka boleh mengatasi kekurangan dengan penyusuan. Anda perlu berhati-hati supaya penyusuan tidak mengganggu pemakanan makanan pejal anak anda.

Mengapakah anda patut terus menyusukan anak anda?

−Menghalang penyakit. Susu anda akan berterusan membantu menyokong sistem imun anak anda supaya mereka kurang berisiko menghidap selsema, jangkitan telinga, alergik, dan penyakit lain. Dan sekalipun mereka jatuh sakit, penyusuan dapat membantu mereka sembuh dengan lebih cepat.

−Kesihatan yang lebih baik di masa hadapn. Kajian telah menunjukkan bahawa bayi dan kanak-kanak yang menyusu badan mempunyai pelbagai manfaat kesihatan apabila mereka membesar, termasuklah tekanan darah rendah dan kolesterol rendah. Mereka juga mempunyai risiko menjadi terlebih berat badan atau obes atau mendapat diabetes jenis 2.

−Ransangan otak. Pakar percaya bahawa lebih lama dan kerap anak anda menyusu, lebih pandai mereka akan jadi disebabkan asid lemak omega-3, atau DHA yang unik dalam susu ibu.

−Selesa. Seperti punting, penyusuan susu ibu dapat menenangkan kanak-kanak yang meragam dan membolehkannya bertenang.

Waktu rehat. Kanak-kanak mempunyai pelbagai perkara untuk dilakukan! Meneroka dunia, belajar kemahiran baru, dan banyak lagi. Penyusuan kanak-kanak boleh memberikan waktu rehat yang diperlukan setelah seharian yang diperlukan.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

enEnglish

Rujukan
Anda mungkin berminat dengan artikel berikut