backup og meta

Apabila Diam Tidak Lagi Berharga

Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 03/12/2019

    Apabila Diam Tidak Lagi Berharga

    Kadangkala, ibu bapa berasa rimas apabila anak mereka terlalu bising dan berharap mereka diam seketika. Walaupun begitu, apa yang terjadi sekiranya anak anda menjadi terlalu diam? Pernahkah anda mendapati anak anda menjadi diam secara tiba-tiba akhir-akhir ini? Sekiranya anda berada di dalam situasi ini, maka berkemungkinan, anak anda mengalami gangguan pertuturan dan bahasa. Bahkan ini bukanlah isu yang biasa terjadi kepada anak kecil.

    Apakah itu kecelaruan bahasa?

    Kecelaruan bahasa merupakan ketidakupayaan yang menjadikan seseorang itu sukar atau tidak boleh memikirkan perkataan yang sesuai untuk membina ayat yang sempurna ketika bercakap. Individu yang mempunyai kecelaruan pertuturan dan bahasa juga boleh mempunyai kesukaran untuk memahami apa yang dituturkan oleh orang lain.

    Simptom kecelaruan bahasa

    Ia amat mudah untuk mengetahui sekiranya anak anda mempunyai kecelaruan bahasa. Sekiranya dia mempunyai masalah ini, ayat yang dituturkan anak anda adalah pendek, salah dari segi tatabahasa dan tidak mempunyai makna. Ataupun, apabila dia cuba untuk berbual, anak anda menghadapi masalah untuk mengikuti perbualan dengan rakannya dan tidak boleh memahami apa yang sedang dibincangkan.

    Kecelaruan bahasa yang normal dalam kalangan kanak-kanak

    Terdapat tiga kategori kecelaruan bahasa dan pertuturan – struktural, neural dan masalah berkaitan yang lain.

    Struktural

    • Masalah pertuturan lelangit rekah berlaku apabila anak anda dilahirkan dengan keadaan lelangit rekah. Kanak-kanak yang mempunyai masalah ini akan menjadi sengau dan menghasilkan bunyi seperti menderam dan mendengus
    • Masalah artikulasi: Masalah perkataan yang tidak boleh diubah di dalam konteks yang berbeza

    Neural

    • Perkembangan bahasa yang terbantut: Kanak-kanak yang mempunyai masalah ini menghadapi kesukaran ketika belajar dan menggunakan kosa kata untuk menjadikan ayat penuh atau membina ayat yang boleh difahami
    • Dysarthria: Masalah pertuturan neurologi yang menjejaskan tona otot kanak-kanak, menjadikan pertuturan lembap dan tidak jelas
    • Gagap: Ini merupakan masalah yang biasa terjadi kepada kanak-kanak. Ia berlaku apabila anak anda mengulangi suku kata tertentu, selalunya pada permulaan perkataan atau ayat. Apabila gagap, kanak-kanak cenderung untuk tidak meluahkan idea mereka melalui ayat yang mudah anda pendek. Sebaliknya, mereka meleret dan gagap ketika bercakap seterusnya menjadikan ayat panjang dan tidak difahami

    Masalah berkaitan yang lain

    • Malu: Kanak-kanak takut untuk bercakap, terutama sekali di hadapan orang ramai dan hanya berkata apabila perlu
    • Masalah pendengaran: Kesukaran untuk mendengar boleh membawa kepada masalah untuk bercakap. Dalam kebanyakan kes, kanak-kanak cenderung untuk menyembunyikan masalah daripada orang tua mereka

    Apakah punca kecelaruan bahasa?

    • Genetik dan keturunan: Menurut kajian, 20 ke 40 peratus kanak-kanak daripada keluarga yang mempunyai kecelaruan bahasa dan pertuturan akan menghadapi masalah yang sama juga
    • Pemakanan ketika mengandung: Kekurangan asid folik ketika fasa prenatal boleh menyebabkan kecelaruan bahasa dan pertuturan
    • Keadaan lain: Autism, sindrom Down, dan kelahiran pramatang mungkin mengakibatkan kecelaruan bahasa

    Bagaimanakah untuk merawat kecelaruan bahasa?

    Sila ikut petua ini untuk membantu menyelesaikan masalah bahasa dan pertuturan anak anda:

    • Mulakan perbualan seharian dengan anak anda, malahan ketika peringkat pranatal
    • Mengambil manfaat dengan membaca. Bacakan cerita dan novel yang sesuai dengan umur anak anda
    • Rujuk kepada situasi yang mudah di persekitaran anda untuk menggalakkan keupayaan bercakap dan bahasa anak anda
    • Percakapan seperti kanak-kanak boleh dilakukan hanya sehingga anak anda berumur dua tahun. Selepas itu, bercakaplah kepada mereka dengan ayat yang normal dan penuh

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Fakta Disemak oleh

    Hello Doktor Medical Panel


    Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 03/12/2019

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan