backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Tanya Doktor
Simpan
Senarai kandungan

Si Manja Sudah 11 Bulan 1 Minggu? Ini Aspek Penjagaan Bayi Minggu Ke-45 Yang Perlu Diketahui

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh [email protected] · Disemak pada 14/08/2023

Si Manja Sudah 11 Bulan 1 Minggu? Ini Aspek Penjagaan Bayi Minggu Ke-45 Yang Perlu Diketahui

Pada usia memasuki 45 minggu, apa yang mungkin akan dilakukan si kecil? Ini perkembangan bayi 11 bulan 1 minggu yang perlu difahami ibu ayah.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.

Perkembangan & Pelakuan

Perkembangan bayi 11 bulan 1 minggu anda

Perkataan dan bunyi seperti perkataan kini melimpah keluar daripada mulut bayi anda, dan mereka dapat menggunakannya secara bermakna.

Otak mereka terus berkembang, begitu juga keupayaan mereka untuk memahami dan bercakap.

Dalam minggu pertama dari bulan yang kesebelas, bayi anda mampu untuk:

  • Mendudukkan diri daripada posisi meniarap;
  • Mengambil objek kecil dengan mana-mana bahagian ibu jari dan jari. Oleh itu, pastikan objek berbahaya jauh daripada jangkauan bayi;
  • Memahami “jangan” tetapi tidak semestinya mematuhi arahan itu.

Sokongan untuk bayi andashutterstock_663665932

Pada usia ini, bayi anda mungkin boleh meniru bunyi perkataan dan suara. Mereka mungkin dapat mengikuti arahan satu langkah yang mudah seperti “Tolong ambilkan bola” atau “Angkat sudu itu” .

Bantu mereka belajar dengan memecahkan arahan banyak langkah kepada arahan mudah diikuti dibantu dengan gaya isyarat.

Kesihatan & Keselamatan

Apa yang patut saya bincangkan dengan doktor?

Kebanyakan doktor tidak menjadualkan pemeriksaan yang kerap untuk bayi anda pada bulan ini memandangkan bayi pada usia ini tidak suka dipegang semasa pemeriksaan doktor.

Malah bayi dengan keresahan terhadap orang asing (stranger anxiety) mungkin tidak menyukai doktor tersebut tidak kiralah betapa mesra layanan yang diberikan.

Tapi hubungilah doktor jika terdapat sebarang kebimbangan yang tidak boleh anda tunggu sehingga temu janji bulan hadapan.

Apakah yang perlu saya tahu mengenai perkembangan bayi 11 bulan 1 minggu?

Bayi anda boleh berjalan sekarang. Anda mungkin mendapati kaki mereka tidak lurus. Lutut mungkin kelihatan seperti akan berlaga. Ini dipanggil sebagai kaki bengkung (bowed leg).

Anda tidak perlu terlalu bimbang.

Bayi anda akan menjadi lebih aktif dan akan terbiasa berjalan dan berlari. Kaki mereka akan lurus dengan sendiri. Berikut adalah beberapa maklumat yang boleh membantu anda:

Kaki bengkung dalam perkembangan bayi 11 bulan 1 minggu

shutterstock_663665932

Kaki yang berjalan pada pentas peragaan fesyen sekalipun mungkin tidak lurus pada langkah pertama mereka. Hampir semua kanak-kanak berkaki bengkung dalam tempoh dua tahun pertama hidup mereka.

Kemudian, setelah mereka menghabiskan lebih banyak masa berjalan, kaki mereka menjadi lutut pengkar luar/knock-kneed (lutut bertemu, tetapi buku lali tidak).

Hanya setelah mencapai tahun keremajaan lutut dan pergelangan kaki selaras dan kaki kelihatan berbentuk normal. Kasut khas atau orthotik tidak diperlukan dan tidak akan membuat perbezaan dalam perkembangan normal ini.

Kadangkala, anda mungkin mendapati kelainan sebenar pada kaki kanak-kanak. Mungkin hanya satu kaki adalah kaki bengkung, atau hanya satu lutut pengkar luar atau kaki bengkung kelihatan lebih ketara setelah bayi boleh berjalan.

Dalam kes sedemikian, atau jika terdapat sejarah kaki bengkung atau lutut pengkar luar dalam kalangan orang dewasa dalam keluarga, bayi mungkin perlu penilaian lanjut sama ada dengan doktor pediatrik atau oleh seorang ahli Ortopedik pediatrik.

Bergantung kepada kes tertentu, rawatan mungkin atau mungkin tidak akan disyorkan. Anda juga perlu mengawasi jika riket, antara sebab utama kaki bengkung, berlaku.

Bekalkan bayi dengan susu formula yang diperkuat, susu, dan produk tenusu yang lain dengan vitamin D.

Jatuh dalam perkembangan bayi 11 bulan 1 minggu

Ini adalah usia yang ramai ibu bapa bimbang bayi mereka akan tercedera.

Bibir merekah, mata hitam, lebam, benjol, bengkak, dan jatuh berkali-kali. Adalah lebih baik bayi anda menghadapinya berbanding tidak bergerak langsung untuk menerokai dunianya dan belajar.

Sesetengah bayi belajar menjadi berhati-hati dengan agak cepat. Selepas pertama kali terjatuh, mereka mengurangkan pergerakan untuk beberapa hari dan kemudian meneruskan dengan lebih teliti.

Bayi lain (mereka yang mungkin sentiasa mencabar diri , dan merisaukan kedua ibu bapa) mungkin kelihatan tidak pernah belajar untuk berhati-hati, tidak tahu takut, tidak pernah merasa sakit; lima minit selepas jatuh, mereka kembali untuk jatuh lagi.

Belajar berjalan adalah suatu percubaan berkali-kali. Anda tidak boleh, dan tidak harus cuba untuk mengganggu proses pembelajaran bayi.

Peranan anda, selain daripada sebagai penonton setia, adalah untuk melakukan segala yang mungkin untuk memastikan bahawa apabila bayi anda jatuh, mereka jatuh dengan selamat.

Walaupun terjatuh ke atas permaidani ruang tamu boleh menjengkelkan dirinya, terlanggar bucu bulat sofa boleh mengundang air mata, tetapi berlanggar dengan sudut tajam meja kaca boleh menyebabkan pendarahan.

Untuk mengurangkan risiko kecederaan serius, pastikan bahawa rumah anda selamat untuk bayi anda.

Walaupun anda telah menghindarkan bahaya yang paling jelas dari laluan anak anda, ingatlah bahawa ciri-ciri keselamatan yang paling penting dalam rumah anda adalah pengawasan orang dewasa terhadap anak anda.

Kecederaan serius boleh berlaku di tempat yang paling selamat di rumah anda. Anda perlu bersedia dengan mengetahui apa yang patut dilakukan jika ia berlaku.

Anda boleh menghadiri kursus bantuan pernafasan bayi dan belajar pertolongan kecemasan.

Tindak balas ibu bapa dalam perkembangan bayi 11 bulan 1 minggu penting kerana ia mempengaruhi tindak balas bayi terhadap kejadian yang tidak diingini.

Jika setiap kejadian mengundang seorang atau lebih orang dewasa yang panik bergegas untuk menyelamatkan mereka, sambil serentak bertanyakan, “Sayang okay? Sayang tak apa-apa? ” dengan ekspresi tergamam dan terkejut.

Kesannya, bayi anda mungkin bertindak balas secara keterlaluan sepertimana orang di sekelilingnya dan menangis berlebihan meskipun tidak tercedera dan mungkin akan menjadi terlebih berhati-hati dan kehilangan kehendak meneroka.

Sebaliknya, jika tindak balas orang dewasa adalah “Oops, sayang jatuh! Tak apa. Jom bangun balik ” dengan ekspresi tenang maka bayi itu mungkin bangun kembali dengan penuh yakin.

Kerisauan Saya

Apa yang saya risaukan mengenai perkembangan bayi 11 bulan 1 minggu?

Dalam minggu pertama dari bulan yang kesebelas, anda mungkin mempunyai banyak kerisauan termasuklah bagaimana bayi anda boleh bercerai susu botol.

shutterstock_663665932

Ikuti cadangan berikut untuk memudahkan penukaran daripada menghisap botol kepada penggunaan cawan:

  • Pilih masa yang sesuai;
  • Mulakan perlahan-lahan;
  • Simpan botol daripada pandangan;
  • Jadikan cawan lebih menarik;
  • Bersiap sedia dengan kecomotan bayi;
  • Jangan terlalu mengharap;
  • Ajar melalui teladan;
  • Berfikiran positif;
  • Bersabar;
  • Tunjukkan lebih kasih sayang.

Bagaimana pula perkembangan bayi anda minggu depan?

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Disemak secara perubatan oleh

Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh [email protected] · Disemak pada 14/08/2023

advertisement iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

advertisement iconIklan
advertisement iconIklan