backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Tanya Doktor
Simpan
Senarai kandungan

Ini Aspek Penjagaan Bayi Minggu ke-41 Yang Perlu Mama Babah Ketahui

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh [email protected] · Disemak pada 07/09/2023

Ini Aspek Penjagaan Bayi Minggu ke-41 Yang Perlu Mama Babah Ketahui

Apakah perkembangan bayi 10 bulan 1 minggu yang perlu ibu bapa ketahui? Ikuti perkongsian artikel ini untuk mengetahui lebih lanjut mengenainya.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.

Perkembangan & Pelakuan

Perkembangan bayi 10 bulan 1 minggu anda

perkembangan bayi 10 bulan

Bayi anda baru sahaja mula memahami banyak perkataan dan frasa mudah, jadi adalah sangat penting bercakap dengannya.

Berikan bayi anda dorongan dengan pola percakapan yang baik dengan mengulangi perkataan mereka kembali dengan menggunakan bahasa orang dewasa.

Jika mereka meminta “bah-bah” sebagai contoh, anda perlahan-lahan boleh mengukuhkan sebutan yang betul dengan bertanya, “Sayang nak botol?”.

Pada peringkat ini, adalah lebih baik untuk mengelakkan  kecenderungan menggunakan percakapan bayi – ia mungkin menyeronokkan, tetapi mendengar perkataan yang betul adalah lebih baik untuk perkembangan bayi anda.

Walaupun anda mungkin merasa bodoh, berbual dengan bayi anda adalah cara yang baik untuk menggalakkan kemahiran bahasa mereka.

Apabila mereka mengucapkan perkataan yang meraban, anda perlu bertindak balas dengan “Ya, betulkah? Menariknya “. Mereka mungkin akan tersenyum dan menyambung bebelan.

Pada minggu pertama bulan kesepuluh, bayi anda mampu untuk:

  • Berdiri sambil berpegang pada seseorang atau sesuatu;
  • Berdiri daripada kedudukan duduk;
  • Membantah jika anda cuba mengambil mainannya;
  • Mengatakan “mama” atau “dada” tanpa membezakannya;
  • Bermain acah-acah;
  • Bertukar gerak isyaratdengan anda.
  • Sokongan untuk bayi anda

    perkembangan bayi 10 bulan

    Komunikasi dengan si manja anda dalam perkembangan bayi 10 bulan 1 minggu adalah cara yang terbaik untuk membantu perkembangan mereka.

    Adalah penting untuk menamakan objek yang mereka tunjukkan – atau anda sendiri menunding nama objek – untuk membantu mereka belajar nama-nama benda.

    Terangkan pada bayi anda langkah demi langkah tentang apa yang anda lakukan. Sewaktu anda memasukan mereka ke dalam kereta sorong, anda boleh mengatakan “Nah, masuk dalam kereta sorong. Sekarang, pakai tali pinggang. Okay, jom pergi ke taman”.

    Anda juga boleh menyanyikan lagu kanak-kanak, menunjukkan tindakan yang berkait dengan perkataan seperti melambai tangan apabila mengatakan selamat tinggal dan bermain mainan untuk mengenal pasti kata kunci dan frasa.

    Pada peringkat ini adalah lebih baik untuk cuba mengelakkan kecenderungan menggunakan percakapan bayi – ia mungkin menyeronokkan, tetapi mendengar perkataan yang betul adalah lebih baik untuk perkembangan bayi anda.

    Kesihatan & Keselamatan

    Apa yang perlu saya bincangkan dengan doktor saya?

    Kebanyakan doktor tidak menjadualkan pemeriksaan yang kerap untuk bayi anda bulan ini. Hubungi doktor jika terdapat sebarang kebimbangan yang tidak boleh anda tunggu sehingga temu janji seterusnya.

    Apakah yang perlu saya tahu?

    Anda perlu mengambil perhatian terhadap apnea tidur pada peringkat perkembangan bayi 10 bulan 1 minggu ini. Apnea tidur adalah gangguan tidur di mana bayi anda terhenti pernafasan buat sementara waktu dan secara berkali-kali semasa mereka sedang tidur.

    Ia berpunca daripada apa sahaja yanga boleh menyekat saluran pernafasan atas mereka atau menghalang mereka daripada bernafas dengan betul. Sama ada adenoids dan tonsil, kerap jatuh sakit, alahan, dagu surut, lelangit sumbing, atau masalah sistem saraf.

    Bayi pramatang dan bayi dengan keadaan seperti cerebral palsy dan sindrom Down mempunyai risiko yang lebih tinggi.

    Semasa tidur, bayi dengan apnea tidur mungkin berdengkur dengan kuat, termegah-megah, atau batuk, mereka juga mungkin mempunyai masalah pernafasan atau mengambil jeda panjang antara nafas, kelihatan resah atau banyak berpeluh.

    Kanak-kanak dengan apnea juga mungkin terbangun sekejap beberapa kali sepanjang malam dan seperti kekurangan tidur pada siang hari.

    Disebabkan apnea tidur yang tidak dirawat boleh membawa kepada komplikasi kardiovaskular dan masalah dengan pembelajaran dan tingkah laku, anda perlu berbincang dengan doktor bayi anda.

    Jika tonsil atau adenoids yang menyebabkan masalah, pembedahan kadangkala disyorkan. Doktor anda mungkin mengesyorkan kajian tidur semalaman untuk membantu mendiagnosis punca masalah.

    Kerisauan Saya

    Apa yang saya risaukan mengenai perkembangan bayi 10 bulan 1 minggu?perkembangan bayi 10 bulanPada minggu pertama bulan kesepuluh, bayi anda akan mempunyai beberapa tabiat termasuk menghantuk kepala, mengayunkan kaki dan berguling.

    Anda tidak boleh memaksa bayi untuk melepaskan salah satu tabiat ini sebelum mereka bersedia, tetapi tip berikut mungkin boleh memudahkan anda dan bayi anda hidup dengan tabiat tersebut dan akhirnya memudahkan mereka meninggalkannya:

    • Anda boleh mendokong dan mendodoi bayi anda lebih kerap
    • Berikan aktiviti rutin lain yang lebih sesuai seperti: mendukung mereka di kerusi goyang atau menunjukkan mereka bagaimana untuk menggunakan kerusi goyang saiz mereka; memberikan mereka satu atau lebih alat mainan yang boleh menghasilkan bunyi  atau bermain permainan tangan dengan bayi
    • Banyakkan masa bayi anda bermain secara aktif di siang hari.
    • Wujudkan rutin tidur yang menenangkan termasuklah dengan pelukan, urutan, dan mungkin dengan mendodoi sedikit walaupun bukan sehingga tertidur).
    • Jika bayi anda biasanya menghantuk kepala dalam katil bayi mereka, letakkan mereka di bawah sehingga mereka tenang
    • Jika bayi anda menghantuk kepala dalam katil bayi mereka, kurangkan bahaya dengan meletakkan kotak katil tersebut di atas permaidani tebal dan keluarkan roda penggerak katil. Periksa kotak katil bayi untuk sebarang kelonggaran skru.

    Bagaimanakah perkembangan bayi anda pada minggu 42?

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh [email protected] · Disemak pada 07/09/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan