backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Tanya Doktor
Simpan
Senarai kandungan

Penjagaan Bayi Minggu ke-38

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Helma Hassan · Disemak pada 05/07/2023

Perkembangan & Pelakuan

Perkembangan bayi anda

Pada 38 minggu, bayi anda mampu untuk:

  • Berdiri dari posisi duduk;
  • Mengengsot atau merangkak;
  • Duduk daripada posisi meniarap
  • Membantah jika anda cuba untuk mengambil mainan;
  • Berdiri berpegang kepada seseorang atau sesuatu;
  • Mengambil objek kecil dengan mana-mana bahagian ibu jari dan jari (simpan semua objek berbahaya daripada jangkauan bayi);
  • Mengatakan “mama” atau “dada” tanpa membezakannya;
  • Bermain acah dan mengagah;
  • Ingat maklumat yang lebih khusus, seperti mana tempat mainan  dalam rumah anda;
  • Meniru tindakan yang mereka saksikan seminggu sebelum itu.

Sokongan untuk bayi anda

Bayi anda kini boleh meletakkan objek ke dalam bekas dan mengalihkannya. Beri mereka baldi plastik dan beberapa blok berwarna-warni supaya mereka boleh berlatih kemahiran baru ini. Pastikan mainan tidak begitu kecil sehingga boleh ditelan. Mereka juga suka mainan dengan bahagian yang bergerak, seperti tombol, tuil atau pintu yang boleh dibuka dan ditutup. Kereta plastik besar yang boleh bayi anda gerakkan di atas lantai juga menyeronokkan.

Jika anda mengambil mainan dari mereka, bayi anda mungkin semakin tegas membantah. Mereka sekarang benar-benar dapat menentukan kehendak mereka. Pastikan anda memberi mereka mainan baru sebelum anda mengambil mainan asal. 

Kira-kira separuh daripada bayi pada usia ini akan memulakan permainan menghulur, jadi anda boleh menjadi rakan sepermainan mereka. Cuba golekkan bola kepada bayi anda dan lihat sama ada mereka menggolekkannya kembali kepada anda. Beri mereka mainan susunan dan lihat jika mereka menyusun atau menimbunkan atau menyerahkan kepingan kepada anda. Mereka juga akan suka untuk berkongsi makanan mereka, maka terimalah tabiat ini dengan gembira.

Kesihatan & Keselamatan

Apa yang perlu saya bincangkan dengan doktor?

Pemeriksaan fizikal, bilangan dan jenis teknik penilaian yang digunakan dan prosedur yang dilakukan juga akan berbeza mengikut keperluan individu bayi. Tetapi, secara umum, anda boleh menjangkakan perkara berikut pada rutin pemeriksaan:

  • Pemeriksaan fizikal, termasuk memeriksa semula sebarang masalah sebelumnya.
  • Penilaian perkembangan. Pemeriksa mungkin meletakkan bayi melalui satu siri “ujian” untuk menilai keupayaan bayi untuk duduk sendiri, untuk bangun dengan atau tanpa bantuan, untuk mencapai dan memegang objek. Juga keupayaan bayi anda untuk mencapai dan mengambil objek kecil, mencari objek yang terjatuh atau yang tersembunyi, untuk bertindak balas kepada nama mereka, untuk mengenali perkataan-perkataan seperti “mama”, “ayah”, “bye-bye,” dan “jangan, “dan untuk menikmati permainan sosial seperti tepuk-tepuk dan sorok-sorok, atau hanya bergantung kepada pemerhatian serta laporan anda tentang kelakuan bayi.

Apa yang perlu saya tahu?

Bercerai susu secara sendiri

Bayi anda mungkin menyusu hanya beberapa saat pada satu masa. Mereka mungkin kelihatan tidak memberi perhatian atau terganggu sewaktu penyusuan. Jangan terkejut jika keinginan bayi anda untuk menyusu kembali, kerana perkembangan bayi mengurangkan minatnya buat  sementara waktu.

Semua bayi boleh berhenti menyusu secara semula jadi, tetapi ia jarang berlaku pada usia sebelum 9 atau 10 bulan. Pada waktu itu, bayi mungkin menunjukkan tanda-tanda bercerai susu secara sendiri – Anda boleh menggalakkannya dengan cara memberikan penyusuan botol dan memberi makanan pejal.

Kurangkan bilangan sesi penyusuan secara beransur-ansur, dan tawarkan alternatif kepada bayi anda. Mulakan dengan mengurangkan penyusuan siang hari, dan kemudian penyusuan awal pagi dan akhirnya penyusuan di waktu malam. Alihkan perhatian bayi anda dan mereka mungkin terlupa dan berpuas hati dengan botol atau cawan susu sebagai ganti.

Berdiri dan duduk

Seperti kebanyakan bayi yang baru belajar untuk berdiri, mereka terkandas dalam kedudukan berdiri sehingga mereka jatuh. Sebaik sahaja anda menyedari kegeraman merekan bantu mereka perlahan-lahan untuk duduk. Lakukannya perlahan-lahan supaya mereka faham bagaimana untuk melakukannya sendiri, dan mungkin akan mengambil masa beberapa hari, atau beberapa minggu.

Kerisauan Saya

Apa yang saya risaukan?

Terdapat banyak kebimbangan pada minggu kedua bulan yang kesembilan:

Pemakan cerewet:

Berikut adalah beberapa tip khusus mengenai bagaimana untuk mengendalikan pemakan cerewet:

  • Biarkanlah mereka makan roti. Atau bijirin, atau pisang, atau apa sahaja makanan yang mereka pilih.
  • Tambah jika boleh. Walaupun anda tidak patut memaksa makanan pada bayi anda, tidak salah untuk cuba menyelinap masuk makanan.
  • Buang makanan lenyek. Bayi anda seperti bosan dengan makanan lenyek dan bersedia untuk lebih banyak perkara baru. Anda boleh menukar kepada makanan pejal yang cukup lembut untuk mereka.
  • Variasikan menu. Perubahan mungkin apa yang mereka perlukan untuk menarik minat mereka
  • Tukar peranan. Mungkin ia hanya satu tanda kehendak berdikari dalam bayi anda. Berikan mereka tanggungjawab untuk menggunakan sudu sendiri dan mereka mungkin membuka mulut dan tidak sabar-sabar untuk pelbagai makanan tidak mereka ambil jika anda yang menyuap.
  • Jangan melemaskan. Ramai bayi dan kanak-kanak makan sangat sedikit kerana mereka minum terlalu banyak jus, susu formula atau susu ibu. Bayi anda perlu mempunyai lebih kurang 120 hingga 180 ml jus buah-buahan dan tidak lebih daripada 380 hingga 720ml susu formula (atau, selepas ulang tahun pertama, susu lembu) sehari. Jika mereka mahu minum lebih daripada itu, berikan mereka air atau jus yang dicairkan dan agihkan pengambilan sepanjang hari.
  • Makanan ringan. Hadkan makanan ringan untuk waktu pertengahan pagi dan tengah hari sahaja, walaupun bayi anda tidak banyak makan pada waktu makan berat.
  • Sentiasa senyum. Cara paling mudah untuk anda menyebabkan asas bagi satu masalah makan adalah dengan bermasam muka apabila bayi anda berpaling daripada makanan yang disuapkan, memberikan komen marah atau menghabiskan masa cuba menyuap beberapa sudu makanan dengan paksaan. Wujudkan suasana yang selesa untuk menggalakkan bayi anda makan.
  • Bagaimanakah perkembangan bayi anda minggu 39?

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Helma Hassan · Disemak pada 05/07/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan