Minggu demi minggu

Apakah Yang Perlu Dilakukan Jika Anak Anda Muntah?

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Bagi kebanyakan kanak-kanak, rasa loya dan muntah-muntah adalah kondisi normal yang terjadi kepada mereka dan tidak perlu dibimbangkan. Namun begitu, anda sebagai ibu bapa masih perlu memberi perhatian kepada mereka jika anak anda muntah untuk mengelak terjadinya sebarang kemudaratan yang lain.

Jika anak anda muntah, lakukan perkara berikut:

Lihat jika berlaku tanda-tanda dehidrasi

Tidak seperti individu dewasa, kanak-kanak sangat mudah mengalami dehidrasi. Antara tanda-tanda dehidrasi adalah keletihan, kegusaran, menangis tetapi tidak keluar air mata, kulit bersuhu rendah, mata tenggelam, kurang kencing serta air kencing berwarna keruh. Untuk melindungi anak anda dari dehidrasi, galakkan mereka untuk minum air putih meskipun mereka akan memuntahkannya kembali. Jika air putih tidak berkesan, anda boleh memberikan mereka larutan oral rehidration salt.

Tawarkan diet cecair

Jika anak anda sudah berhenti muntah untuk tempoh beberapa jam, anda boleh memberi mereka diet cecair seperti jus buah-buahan atau sup. Ini kerana makanan seperti ini sangat bernutrisi dan mudah untuk dihadam. Elakkan makanan keras keras ia hanya akan menerukkan kondisi anak anda.

Ubat-ubatan

Kebanyakan kes kanak-kanak muntah tidak memerlukan rawatan perubatan. Anda cuma perlu tunggu sehingga ia sembuh sendiri. Anda ditegah untuk memberi anak anda OTC kerana ubat ini tidak berkesan jika muntah berlaku disebabkan virus, yang sememangnya punca utama kepada masalah ini. Penggunaan ubat-ubatan yang salah hanya akan menerukkan keadaan. Selagi tidak mendapatkan saranan doktor, jangan beri anak anda sebarang bentuk ubat-ubatan.

Bila perlu berjumpa doktor?

Anda perlu bawa anak anda berjumpa doktor sekiranya mereka:

  • Muntah dengan teruk
  • Tidak mampu menahan cecair keluar daripada badan
  • Dehidrasi
  • Sangat mudah tertidur
  • Muntah darah
  • Muntah berterusan lebih daripada sehari
  • Mengalami sakit perut yang sangat teruk
  • Sangat mudah marah

Segera hubungi ambulan jika anak anda muntah dan mengalami sakit kepala, ketegangan pada leher serta ruam pada kulit.

Paling penting, anda perlu sentiasa ada di sisi jika anak anda muntah. Percayai naluri anda dan segera berjumpa doktor jika anda lihat ada sesuatu yang tidak kena dengan anak anda.

Jika ia hanya keracunan makanan yang tidak serius, anak anda sepatutnya tidak akan mempunyai masalah untuk makan dan bermain seperti biasa. Anda cuma perlu memastikan mereka kekal berhidrasi sahaja. Namun jika kondisi mereka semakin teruk, segera dapatkan bantuan atau rawatan perubatan.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Baca juga:

enEnglish

Rujukan
Anda mungkin berminat dengan artikel berikut