backup og meta

Hati Hati Penggunaan 'Baby Sleeper' Buat Si Manja, Boleh Berisiko Sebabkan Kematian!

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 17/01/2023

    Hati Hati Penggunaan 'Baby Sleeper' Buat Si Manja, Boleh Berisiko Sebabkan Kematian!

    Jika anda adalah seorang ibu, kami ingin bertanya sedikit, bagaimana cara tidurkan bayi tanpa buaian yang anda guna? Adakah anda masih menggunakan buaian kini, atau tilam mahupun baby sleeper?

    Adakah anda tergolong dalam kalangan salah seorang daripada ibu bapa yang menggunakan pilihan ketiga iaitu baby sleeper? Jika jawapannya adalah ya, singkirkan pilihan ketiga tersebut bermula hari ini!

    Ini kerana ada sesuatu yang kurang menyenangkan mengenai baby sleeper yang perlu anda tahu.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Keibubapaan, anda boleh klik di sini.

    Cara tidurkan bayi tanpa buaian: Baby sleeper dikaitkan dengan risiko kematian bayi

    cara tidurkan bayi tanpa buaian

    Suruhanjaya Keselamatan Produk Pengguna Amerika Syarikat (CPSC) teleh mengeluarkan amaran agar ibu bapa tidak menggunakan baby sleeper sebagai cara tidurkan bayi tanpa buaian di rumah.

    Amaran ini susulan kajian dan penarikan balik produk yang menunjukkan 73 kematian baby berlaku telah dikaitkan dengan baby sleeper!

    Pakar pediatrik menyatakan bayi sepatutnya tidur di atas permukaan yang rata. Kajian dan siasatan telah menunjukkan bahawa sejumlah bayi yang meninggal dunia semasa tidur adalah disebabkan baby sleeper atau bassinet yang membuatkan mereka tidur bukan di atas permukaan yang rata. K

    ajian mencadangkan bahawa keadaan baby sleeper yang mempunyai kecondongan dalam sudut tertentu memberikan risiko untuk baby maut apabila baby tersebut bergolek dan seterusnya tidak mampu bernafas.

    Cara tidurkan bayi tanpa buaian: Penarikan kembali produk baby sleeper

    cara tidurkan bayi tanpa buaian

    Ini menyebabkan syarikat pengeluar baby sleeper seperti Fisher-Price telah menarik balik kesemua poduk baby sleeper mereka pada bulan April yang lalu.

    Begitu juga dengan produk daripada Eddie Bauer dan Disney yang turut memanggil kembali produk mereka daripada pasaran pada bulan Ogos 2019. 

    Sebelum ini, syarikat Fisher-Price telah berjaya menjual sebanyak 4.7 juta baby sleeper sejak tahun 2009.

    Baby sleeper yang dihasilkan daripada syarikat mereka merupakan idea daripada seorang jurutera syarikat yang menjadikan Fisher-Price merupakan satu-satunya syarikat yang menjual produk tersebut pada ketika itu.

    Jurutera mereka percaya bahawa, kenaikan sudut tertentu yang direka pada baby sleeper tersebut boleh membantu bayi untuk tidur dengan lebih mudah. Ia merupakan satu produk yang sangat hit pada ketika itu, namun kini ia sangat membahayakan keselamatan baby

    Bagaimana pula dengan car seat? Adakah ia cara tidurkan bayi tanpa buaian yang sesuai?

    cara tidurkan bayi tanpa buaian

    Menurut Dr. Emily A. Thomas, seorang jurutera keselamatan automotif di CR’s Auto Test Center, anda boleh membiarkan bayi untuk tidur dalam car seat bagi tempoh yang pendek selagi mana ia digunakan dengan cara yang betul.

    Antara perkara yang mungkin anda perlu tahu mengenai hal ini ialah:

    Pertama, sudut bagi baby car seat yang menghadap hadapan kereta telah diuji secara meluas dan ia amat penting bagi melindungi kepala dan tulang belakang bayi jika berlakunya sebarang perlanggaran.

    Kedua, baby car seat sama ada jenis kekal atau boleh ditukar menjadi stroller, digunakan di bawah pengawasan anda sepenuh masa. Ia tidak digunakan untuk menidurkan bayi anda pada waktu malam tanpa sebarang pengawasan.

    Ketiga, baby car seat telah direka dengan melibatkan sistem manfaat lima bintang. Ia adalah satu sistem yang mengekalkan posisi yang selamat dan betul untuk bayi anda.

    Bayi tidak perlu mendongak atau mengangkat kepala mereka untuk terus bernafas selain mengelakkan kepala mereka daripada terlangkup.

    Baby car seat bukan sahaja direka untuk melindungi bayi dalam sebarang perlanggaran atau kemalangan, malah ia juga dapat memastikan keselamatan bayi anda jika mereka tertidur dalam car seat tersebut, tergelongsor ke bawah dan juga jika aliran udara terhalang atau rendah.

    Menurut Ben Hoffman, pengerusi jawatankuasa eksekutif American Academy of Pediatrics Council on Injury, Violence, and Poison Prevention, kesemua data juga menunjukkan hasil yang sama.

    Menurut beliau, kesemua data yang mereka perolehi berkenaan car seat ini menunjukkan bahawa car seat tidak merisikokan keselamatan bayi jika bayi tertidur di dalamnya dalam tempoh yang pendek dan digunakan mengikut langkah yang diarahkan.

    Saranan CPSC

    CPSC telah menyarankan agar ibu bapa atau penjaga untuk berhenti daripada menggunakan baby sleeper yang akan menyebabkan bayi berbaring pada sudut lebih daripada 10 darjah. Jika anda ingin mencari cara tidurkan bayi tanpa buaian, baby sleeper mungkin tidak sesuai digunakan. 

    Ini adalah bertujuan untuk mengurangkan risiko sindrom kematian bayi secara mengejut (SIDS). Tambahan lagi, semasa produk baby sleeper ini direka buat pertama kali, ia tidak mendapat penilaian daripada pakar pediatrik dan rekaannya bertentangan dengan cadangan daripada American Academy of Pediatrics berkenaan tidur yang selamat.

    Selain itu, semasa pengujian produk yang dilakukan pada tahun 2009, Fisher-Price hanya bekerjasama dengan doktor keluarga, dan bukannya dengan pakar pediatrik untuk menentukan keselamatan produk yang mereka hasilkan. 

    Kesimpulannya, bagi menidurkan baby anda selepas ini, baringkan mereka hanya pada permukaan yang rata kerana itulah kaedah yang amat disarankan.

    Ini untuk mengelakkan bayi daripada sukar bernafas apabila mereka bergolek atau telungkup.

    Untuk membuatkan bayi tidur dengan lebih lena, ibu boleh gunakan kaedah dream feeding:

    cara tidurkan bayi tanpa buaian

    Jika anda baringkan bayi anda di dalam baby sleeper yang mempunyai kecondongan darjah yang lebih tinggi, bayi anda akan mengalami kesukaran untuk mengangkat kepala mereka jika telungkup.

    Trend terkini belum tentu boleh menyelamatkan nyawa baby anda. Oleh sebab itu, dapatkan informasi secukupnya sebelum anda mencari cara tidurkan bayi tanpa buaian. 

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 17/01/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan