backup og meta

Apabila Bayi Anda Sudah Mula Senyum

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 17/01/2023

    Apabila Bayi Anda Sudah Mula Senyum

    Segala tekanan atau masalah kewangan, tidak cukup tidur – semua ini akan hilang apabila ibu bapa melihat senyuman pertama bayi. Apa lagi yang boleh melawan kepenatan anda berbanding senyuman istimewa daripada bayi anda? Senyum pertama bayi juga mencatatkan pencapaian bayi anda kini mempunyai personaliti dengan kemahiran sosial.

    Apa pentingnya senyum pertama bayi?

    Senyuman pertama bayi memberikan makna yang banyak mengenai perkembangan bayi. Ia menunjukkan bahawa penglihatan bayi adalah berada pada landasan yang betul. Juga, bayi mendapat keupayaan pengenalannya. Sistem saraf dan otak bayi juga kini telah matang. Bayi anda tidak lagi menghasilkan senyuman refleks, tetapi dia tersenyum untuk menyatakan perasaannya dan berkomunikasi dengan orang lain.

    Bila bayi mula menunjukkan senyum pertama?

    Sebelum usia dua bulan, bayi anda akan berhenti memberikan semyuman refleks. Si manja akan menunjukkan senyuman sebenar sebelum usianya 3 bulan. Bagaimana untuk membezakan antara senyuman refleks dan senyuman sebenar? Masa dan durasi akan membantu anda membezakannya. Biasanya, senyum refleks adalah lebih sekejap dan berlaku tiba-tiba, contohnya, apabila bayi sedang tidur atau letih. Sementara itu, senyuman sebenar berlaku mengikut keadaan. Ia bertindak balas kepada perkara atau peristiwa tertentu dan berlaku secara konsisten. Senyuman sebenar akan datang bersama dengan emosi yang diluahkan pada mata bayi.

    Anda juga boleh menggalakkan bayi tersenyum melalui pelbagai cara. Cara paling mudah adalah bercakap dengan bayi. Selain itu, anda boleh lakukan komunikasi mata atau selalu tersenyum dengan bayi anda. Bagi sesetengah ibu bapa, mereka akan memilih untuk membuat bunyi bising, seperti meniru bunyi haiwan. Ekspresi wajah yang menggembirakan juga boleh membantu. Anda boleh meniru gaya haiwan ataupun bermain agah-agah dengan bayi anda. Semasa ingin merangsang bayi tersenyum, berikan masa kepada bayi anda untuk bertindak balas. Satu perkara yang perlu anda ingat adalah: Jangan berlebihan melakukannya. Rangsangan yang berlebihan boleh membuatkan bayi anda hilang minat kerana dia tidak boleh memproses banyak emosi.

    Apa yang perlu ibu bapa jangkakan?

    Jika bayi anda sudah belajar untuk senyum, anda akan lihat dia akan terus tersenyum dari semasa ke semasa. Mengapa? Ini kerana setiap kali si manja senyum, ibu bapa akan bereaksi positif. Bayi anda akan sukakanya, jadi dia akan tersenyum lagi dan lagi. Pada mulanya, si manja hanya ingin menunjukkan wajah gembira untuk memberi tindak balas kepada pencetus dan rangsangan yang anda buat. Namun, kemudian, apabila penglihatannya semakin baik, dengan melihat perkara yang disukai akan terus membuatkannya tersenyum. Apabila bayi anda menguasai kemahiran tersengih ini, dia akan menambah sedikit bunyi pada senyumannya. Sebelum usia bayi mencecah 5 bulan, dia akan mengejutkan anda dengan gelak ketawanya.

    Apa yang anda perlu perhatikan?

    Setiap bayi mendapat senyum pertama pada masa yang berbeza. Ada bayi yang akan menunjukkan senyum pertama lebih awal, dan ada juga yang lebih lambat. Walau bagaimanapun, jika anda tidak melihat sebarang petanda anak anda akan senyum sehingga usianya 3 bulan, bawa si manja berjumpa dengan pakar pediatrik.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Muhamad Firdaus Rahim

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 17/01/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan