Minggu demi minggu

30 Nama Bayi Sesuai Untuk Kedua-dua Bayi Lelaki dan Perempuan

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Bagi kebanyakan ibu bapa, jantina bayi pada kebiasaannya diketahui selepas bayi tersebut dilahirkan. Ada juga yang memilih untuk tidak mahu mengetahuinya walaupun jantina tersebut boleh diketahui melalui ujian pengimejan. Ini bertujuan sebagai satu kejutan untuk mereka mengetahui jantina anak sejurus setelah bayi dilahirkan.

Bagi mereka yang merancang untuk memilih nama anak, tetapi masih tidak mengetahui jantina anak yang bakal dilahirkan, kami ada cadangan untuk anda. Berikut disenaraikan beberapa nama anak yang boleh digunakan untuk kedua-dua jantina beserta maksudnya.

  1. Afif: Yang mempunyai harga diri
  2. Afiq: Yang mulia
  3. Afnan: Pepohon yang berbuah/kecantikan
  4. Aiman: Yang bertuah/berkat
  5. Akmal: Yang sempurna
  6. Badrulmunir: Bulan bercahaya
  7. Baheera: Cantik/berseri/elok/indah
  8. Baiduri: Permata
  9. Baqir: Sangat pandai/terpelajar
  10. Basri: Penglihatanku
  11. Dahin: Yang cerdik
  12. Daim: Yang berpanjangan
  13. Daiyan: Hakim/pelindung
  14. Daneen: Puteri
  15. Daris: Pembaca/pelajar
  16. Eijaz: Keajaiban
  17. Essam: Melindungi
  18. Faeeq: Tertinggi/utama/terkenal
  19. Fahim: Yang faham/pintar
  20. Fahmi: Kefahamanku/pemahaman
  21. Fairuz: Nama sejenis batu permata
  22. Ghali: Mahal/sesuatu yang bernilai tinggi
  23. Ghazi: Penakluk/perajurit di medan perang
  24. Nadhim: Pengatur
  25. Naim: Kesenangan
  26. Nasrat: Kemenangan
  27. Nasrul-haq: Pertolongan kebenaran
  28. Nudhar: Emas
  29. Nurhan: Cahaya raja
  30. Orkid: Bunga orkid cantik

Pemilihan nama-nama anak yang baik adalah penting bagi semua individu. Mengapa? Kerana setiap nama yang diberikan kepada bayi adalah ibarat satu doa kepadanya sepanjang hidupnya. Nama yang baik akan membentuk peribadi yang elok pada bayi kelak.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Rujukan
Anda mungkin berminat dengan artikel berikut