backup og meta

Susu Segar VS Susu Formula - Mana Lebih Baik? Ini Kebaikan & Keburukan Yang Anda Perlu Tahu

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 28/05/2021

    Susu Segar VS Susu Formula - Mana Lebih Baik? Ini Kebaikan & Keburukan Yang Anda Perlu Tahu

    Dalam kehidupan alam keibubapaan, terdapat banyak perkara yang perlu ibu bapa tahu. Salah satunya ialah pemilihan di antara susu segar untuk bayi atau susu formula untuk si comel. Mungkin ibu bapa akan menjadi sedikit pening atau keliru sama ada untuk memberikan si comel mereka susu ibu, susu formula atau susu segar.

    Selain penjagaan yang sangat asas dan umum seperti menukar lampin, memandikan bayi atau menidurkan bayi, ibu bapa juga sebenarnya perlu tahu berkenaan penyusuan susu bayi.

    Menurut pakar, tidak kiralah susu segar untuk bayi, susu formula atau susu badan, kesemuanya mempunyai potensi masing-masing. Pun begitu, susu ibu lah yang paling terbaik dalam kalangan susu-susu yang lain.

    Namun disebabkan kesibukan atau pelbagai faktor-faktor lain, mungkin ada para ibu yang tidak berpeluang menyusukan bayi mereka dengan susu badan.

    Jadi, apakah yang boleh ibu bapa lakukan untuk menyelesaikan permasalahan ini?

    Dilema pemilihan susu bayi buat ibu bapa

    susu segar untuk bayi

    Sebagai pasangan ibu bapa terutamanya yang masih baru dalam alam keibubapaan, sudah pasti anda pernah atau akan terfikir tentang susu apa yang paling sesuai untuk anak anda kelak apabila mereka berpisah susu badan dengan ibunya.

    Mungkin ada ibu bapa yang akan mencadangkan susu formula dan ada juga yang akan menyarankan susu segar.

    Ya, susu formula dan susu segar untuk bayi sememangnya mempunyai pelbagai kelebihan dan kekurangan masing-masing.

    Ini semuanya bergantung kepada ibu bapa dan kondisi bayi mereka sendiri. Faktor kesihatan, pekerjaan, persekitaran, dan gaya hidup anda sekeluarga mungkin akan menjadi kuncinya.

    Susu ibu & bayi

    Sebelum menjawab persoalan tersebut, anda sebagai ibu bapa perlu tahu semua berkenaan susu ibu terlebih dahulu.

    Manfaat yang wujud di dalamnya mungkin akan membuat para ibu berfikir dua kali sebelum memutuskan untuk tidak langsung menyusukan bayi dengan susu ibu.

    1001 manfaat susu ibu

    Sesungguhnya, susu ibu merupakan makanan atau lebih tepat lagi minuman yang paling sesuai untuk seorang bayi. Ini kerana ia sudah cukup untuk menampung semua keperluan yang diperlukan oleh bayi.

    Dalam erti kata yang lain, segala nutrien yang terkandung di dalamnya mampu untuk membuat bayi anda membesar dengan baik kelak.

    Artikel berkaitan:

    Sebenarnya, susu ibu bukan sahaja bagus untuk bayi bahkan para ibu yang menyusukan si comel mereka dengan susu badan juga akan mendapat manfaatnya yang tersendiri. Selain itu, susu ibu juga akan memberikan pelbagai manfaat yang lain. Berikut merupakan pelbagai manfaat susu ibu:

    Manfaat susu ibu untuk bayi:

    • Ia membekalkan nutrien yang terbaik untuk bayi
    • Ia mengandungi nutrien yang sangat mencukupi buat bayi
    • Ia akan berubah-ubah bentuk dan khasiatnya mengikut keperluan bayi yang sedang dalam proses membesar
    • Ia menguatkan sistem imuniti bayi anda terutamanya ketika ia sedang dalam bentuk kolostrum
    • Ia melindungi bayi dari pelbagai jangkitan seperti cirit birit, selesema, bronkitis dan radang paru-paru
    • Ia membantu mencegah pelbagai masalah alahan seperti asma, ekzema dan kolik bayi
    • Ia mengandungi nutrien tertentu yang amat penting untuk perkembangan otak bayi
    • Ia membantu dalam meningkatkan tahap kecerdikan bayi
    • Ia tidak mudah tercemar jika hendak dibandingkan dengan pelbagai susu-susu yang lain
    • Ia mudah diperolehi pada suhu yang betul setiap masa sekali gus menyebabkan ia sangat mudah untuk disediakan
    • Ia memberi keselesaan dan keselamatan emosi kepada bayi
    • Ia memberi peluang kepada ibu dan bayi untuk berinteraksi sepenuhnya sekali gus meningkatkan hubungan kasih sayang antara ibu dan bayi.

    Susu segar vs susu formula untuk bayi

    susu segar untuk bayi

    Selain susu ibu, susu sebenarnya mempunyai pelbagai jenis antaranya susu segar ataupun susu formula. Disebabkan itu, ramai ibu bapa yang keliru apabila tiba waktu mereka perlu memilih salah satu daripadanya untuk diberikan kepada si comel.

    Sebagai ibu bapa yang prihatin, anda perlu tahu perbezaan nutrisi antara susu segar dan susu formula.

    #1 Kandungan nutrisi susu segar dan susu formula

    Kedua-dua susu segar dan susu formula mengandungi nutrien yang diperlukan oleh tubuh badan bayi atau manusia secara amnya, dan lebih kurang sama sahaja kandungan nutrisinya.

    Satu cawan hidangan susu segar dan susu tepung akan membawa 80 kalori, 8 gram protein dan 30% keperluan kalsium seharian.

    Walaupun kedua-duanya adalah lebih kurang sama sahaja dari aspek nutrisi masing-masing, sudah pasti ada beberapa perkara yang membezakan kedua-dua susu itu, bukan?

    #2 Kelebihan susu formula untuk bayi

    Antara kelebihan susu formula ialah ia boleh disimpan untuk jangka masa yang panjang sementara susu segar tidak mempunyai kelebihan ini.

    Susu formula juga tidak perlu disimpan di dalam peti sejuk dan masih mampu mengekalkan kandungan nutrisinya.

    Artikel berkaitan:

    Anda mungkin boleh menyimpannya di kabinet atau letak sahaja ia di atas meja makan supaya mudah untuk anda melihat dan mencapainya. Paling penting buat masa kini, harga susu formula juga adalah tidak semahal susu segar.

    #3 Kelebihan susu segar untuk bayi

    Susu segar sebenarnya mempunyai kandungan vitamin B yang lebih banyak. Satu cawan susu segar akan memberi kita 1.2 mikrogram vitamin B12 dan 0.9 miligram vitamin B5. Sementara itu, satu cawan susu formula pula mengandungi 0.9 mikrogram vitamin B12 dan 0.8 miligram vitamin B5.

    Fungsi vitamin B5 adalah membantu sel otak untuk kekal sihat dan vitamin B12 pula adalah penting untuk pengaliran oksigen dalam badan.

    Selain itu, susu segar juga mengandungi fosforus dan selenium yang bagus untuk sel otak, sistem metabolisma serta fungsi enzim dan tiroid. Satu hidangan susu segar akan membawa 7.6 mikrogram selenium dan 47 miligram fosforus.

    Sementara itu pula, susu tepung hanya mengandungi 6.3 mikrogram selenium dan 27 miligram fosforus.

    Paling penting, kebanyakan pakar juga berpendapat bahawa rasa susu segar adalah jauh lebih sedap berbanding susu formula dan ini mungkin akan memainkan faktor bayi anda akan menyukai susu segar lebih daripada susu formula.

    Susu yang manakah lebih sesuai buat bayi anda?

    Kedua-dua susu ini sebenarnya menyediakan kandungan nutrisi yang hampir sama sahaja. Sekiranya anda merupakan pasangan ibu bapa yang kurang gemar produk yang diproses, susu segar adalah pilihan yang terbaik kerana ia adalah bebas daripada bahan pengawet dan antibiotik.

    Sekiranya anda merupakan pasangan ibu bapa yang lebih percaya dengan produk buatan manusia, ia adalah 100% terpulang kepada anda.

    Jadi? Adakah kelebihan-kelebihan tersebut dapat membantu anda untuk membuat keputusan anda? Atau adakah anda memerlukan lebih informasi?

    Konklusi

    susu segar untuk bayi

    Konklusinya, isu pemilihan antara susu segar atau susu formula ini bukanlah satu isu yang sangat besar.

    Ini kerana susu segar dan susu formula ini sebenarnya mempunyai kelebihan tersendiri dan akan membawa kandungan nutrien, khasiat dan manfaat yang lebih kurang sama sahaja kepada bayi.

    Dengan itu, jawapan kepada persoalan artikel ini sudah terjawab dan tiada satu pun antara pilihan susu tersebut adalah lebih baik berbanding yang satu lagi.

    Pihak Hello Doktor amat berharap artikel ini dapat membantu anda sebagai ibu bapa untuk memilih sumber susu yang paling sesuai buat bayi anda.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 28/05/2021

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan