Selalunya ibu-ibu mendapat info mengenai perkongsian tidak formal ini melalui penggunaan media sosial dan blog. Sebagai contoh terdapat lebih 24,000 individu mengikuti laman Facebook ‘Human 4 Human Babies’ yang merupakan satu laman yang didedikasikan untuk perkongsian susu ibu.
Kajian berkongsi susu ibu
Satu kaji selidik atas talian telah dilakukan oleh penyelidik dari Cohen Children’s Medical Center/Northwell Health di New York. Kajian yang melibat 665 individu bergelar ibu ini melibatkan pendedahan mengenai dari mana susu ibu itu diperolehi dan perkara yang menjadi kebimbangan mereka
Hasil kajian mendapati sebanyak 422 (64 peratus) mendapatkan perkongsian susu ibu melalui prosedur informal “mother-to-mother’ milk sharing (IMS) dan selebihnya, 233 menerima susu ibu melalui bank susu yang disediakan.
Daripada jumlah mereka yang memilih IMS, sebanyak 56 peratus tidak mempunyai kebimbangan dan 78 peratus mengatakan tidak perlu memaparkan sampel perubatan atas dasar kepercayaan. Hanya tiga peratus prihatin tentang isu pencemaran susu ibu dan empat peratus menyatakan kebimbangan potensi kehadiran alkohol, ubatan serta dadah.
Anggap remeh isu risiko bahaya
Menurut salah seorang penyelidik, Nikita Sood, hasil keputusan jelas menunjukkan bahawa mereka yang mengamalkan IMS mengambil mudah risiko-risiko yang mungkin berlaku. Ini sekali gus menjadi tugas pakar perubatan untuk mendidik ibu bapa mengenai bank susu serta menggalakkan amalan perkongsian susu ibu yang selamat.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen