Polisi mesra ibu menyusu memberi pulangan besar kepada para majikan. Bayi yang menyusu badan dan ibu mereka lebih sihat berbanding bayi yang menyusu formula. Ini membolehkan penjimatan tuntutan insurans perubatan disebabkan kurang keperluan menemui doktor. Ibu yang menyusu badan juga lebih cepat pulih dan dilaporkan kurang mengalami tekanan perasaan. Kesemua ini menyumbang kepada kos penjagaan kesihatan pekerja dapat dikurangkan.
Kadar ketidakhadiran pekerja juga lebih rendah memandangkan bayi lebih sihat. Kajian mendapati bahawa daripada 40 penyakit yang menyebabkan satu hari ketidakhadiran pekerja, hanya 25% berlaku dalam bayi yang menyusu badan manakala 75% berlaku dalam bayi yang menyusu formula. Begitu juga peningkatan kadar produktiviti dan kesetiaan pekerja. Kesannya, kadar pusing ganti (perletakan jawatan dan pengambilan pekerja baru) akan berkurangan lantas memastikan kestabilan kepada syarikat.
Bentuk sokongan untuk ibu menyusu
Bergantung kepada bajet dan kesesuaian tempat, majikan boleh melakukan beberapa pengubahsuaian dan membentuk polisi yang bersesuaian untuk menggalakkan penyusuan susu ibu oleh wanita bekerja. Antara langkah yang boleh diambil termasuklah:
Menyediakan tempat dan privasi untuk ibu mengepam susu
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen