backup og meta

Teknik Lekapan Yang Betul Ketika Menyusu Bayi, Baru Puting Tak Sakit & Kurang Luka!

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 03/08/2021

    Teknik Lekapan Yang Betul Ketika Menyusu Bayi, Baru Puting Tak Sakit & Kurang Luka!

    Kadangkala, menyusukan bayi dengan susu badan merupakan sesuatu yang sukar terutamanya untuk wanita yang baru menjadi ibu. Apatah lagi posisi dan teknik lekapan menyusukan bayi yang tidak betul akan memudaratkan ibu dan juga bayi.

    Jika anda tidak mempunyai sebarang pengalaman mengenai teknik lekapan menyusukan bayi, ikuti artikel ini untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut.

    Apakah teknik lekapan menyusukan bayi? 

    Teknik lekapan menyusukan bayi yang betul merangkumi kedua-dua puting dan kawasan sekitar areola yang berwarna seakan-akan merah jambu atau coklat.

    Kawasan ini akan menjadi sedikit gelap semasa anda sedang hamil. Perubahan ini dipercayai berlaku untuk memberi petunjuk kepada bayi kawasan yang perlu dihisap untuk mendapatkan susu.

    teknik lekapan menyusukan bayi

    Walaupun susu akan mengalir keluar melalui bukaan kecil pada puting, kawasan areola dan sinus susu yang terletak di bawahnya perlu dirangsang untuk memulakan pengaliran susu.

    Jika kawasan areola tidak dirangsang, susu dalam badan anda tidak akan mengalir keluar dan susu baru juga tidak dapat diproses.

    Bagaimanakah mendapatkan teknik lekapan yang betul?

    Letakkan bayi anda pada sebelah tangan dengan posisi yang betul, kemudian pegang payudara dengan sebelah tangan yang lain.

    Letakkan ibu jari anda pada bahagian atas puting sehingga hidung bayi menyentuh payudara anda, sementara jari telunjuk berada pada bahagian bawah puting sehingga dagu bayi menyentuh payudara ibu. 

    Letakkan sedikit tekanan pada payudara untuk menjadikan ia mudah dihalakan ke dalam mulut bayi.

    Bawa bayi mendekati payudara anda. Belai pipi si manja untuk membuka mulutnya, kemudian halakan mulutnya kepada payudara ibu.

    Sentuhkan puting payudara anda kepada bibir bayi untuk mencetuskan nalurinya membuka mulut sebesar mungkin untuk menyusu.

    Setelah itu, sumbatkan puting dan areola ke dalam mulut bayi dengan perlahan-lahan dan lembut untuk mengelakkan si kecil menjadi takut.

    Pada awalnya, bayi anda mungkin tidak mampu untuk menghisap seluruh bahagian areola. Namun, itu sudah memadai asalkan bayi anda dapat menghisap kawasan puting bagi mendapatkan susu.

    teknik lekapan menyusukan bayi

    Teknik lekapan menyusu yang betul merangkumi hujung hidung dan dagu bayi yang bersentuhan dengan payudara anda. Bibir si kecil juga perlu berada dalam keadaan selesa ketika menyusu bukannya seakan terpaksa.

    Akhir sekali, biarkan bayi anda melakukannya sendiri. Dengan teknik lekapan yang betul, si kecil anda akan mengetahui apa perlu dilakukan secara semula jadi.

    Teknik lekapan yang betul adalah sangat sukar dilakukan ketika menyusukan bayi. Tanpanya, bayi anda tidak akan mendapat amaun susu yang diperlukan untuk mereka membesar.

    Tanpa lekapan yang betul juga kawasan areola anda mungkin akan lebih mudah terluka dan mendatangkan ketidakselesaan buat ibu dan bayi ketika proses penyusuan yang akan datang.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 03/08/2021

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan