backup og meta

5 Tanda Bayi Anda Sudah Cukup Minum Susu, JANGAN Sampai Berlebihan Pula!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 06/07/2022

    5 Tanda Bayi Anda Sudah Cukup Minum Susu, JANGAN Sampai Berlebihan Pula!

    Setiap bayi yang masih menyusu memerlukan amaun susu yang secukupnya bagi menjamin tumbesaran dan perkembangan mereka. Oleh itu, sudah menjadi tugas ibu bapa untuk memastikan perkara ini terjamin.

    Ikuti artikel ini dengan lebih lanjut untuk mengetahui petanda si kecil anda sudah cukup minum susu!

    Petanda si kecil anda sudah cukup minum susu!

    menyusukan dua anak

    #1. Berat badan bayi meningkat

    Pertama sekali, ibu bapa dapat mengetahui bahawa si kecil sudah cukup minum susu sekiranya berat badan bayi meningkat dengan sihat. Ia boleh diukur melalui kenaikan berat badan mereka sebanyak 400 g sehingga 1 kg setiap bulan.

    #2. Lihat pada jumlah dan warna najis bayi

    Anda juga boleh menilainya dengan melihat kepada jumlah dan warna najis bayi yang dikeluarkan setiap hari.

    Bayi yang normal dan cukup minum susu selalunya akan mempunyai najis berwarna kuning cerah dan cair dan menggunakan sekurang-kurang 1 lampin dalam sehari.

    Jika si kecil langsung tidak membuang air besar dalam satu hari, ia mungkin menunjukkan bahawa mereka tidak dapat susu yang cukup.

    Bagaimana Susu Ibu Terhasil (2)

    #3. Perhatikan gerak dan bunyi yang dibuat oleh bayi

    Anda juga boleh lihat pergerakan bahagian antara leher dengan dagu bayi ketika mereka sedang menyusu.

    Perhatikan jika dagu bayi kelihatan turun lebih jauh ke bawah selama beberapa saat sebelum kembali ke posisi yang asal. Ini menunjukkan bahawa bayi cukup minum susu.

    Selain itu, cuba dengar bunyi yang dikeluarkan oleh bayi. Jika anda terdengar bunyi seakan “glug, glug, glug’’ atau “slurp, slurp, slurp’’ semasa mereka menyusu, ia juga merupakan petanda bayi cukup minum susu.

    #4. Payudara menjadi lembut dan kempis

    Para ibu juga boleh melihat perubahan pada diri anda. Untuk mengetahui jika si kecil anda cukup minum susu atau tidak, perhatikan payudara anda.

    Sebelum menyusukan bayi, payudara selalunya berasa penuh dan kembung. Selepas menyusukan bayi, ia akan berubah menjadi lembut dan kempis.

    Selain itu, petanda si kecil kenyang dengan susu adalah penyusuan badan tidak lagi menyakitkan bagi anda.

    susu ibu

    #5. Bayi kenyang susu akan tidur lena

    Akhir sekali, bayi yang kenyang atau cukup minum susu akan tidur dengan lena. Bagi orang lama, keadaan ini dipanggil sebagai ‘mabuk susu’.

    Jika bayi anda kerap tertidur setiap kali selepas menyusu badan dan mereka kelihatan begitu nyenyak, ini menunjukkan si kecil anda sudah cukup minum susu.

    Pun begitu, ini semua hanyalah petanda asas yang dapat dilihat pada luaran sahaja.

    Untuk mendapatkan lebih kepastian, sila bawa bayi anda berjumpa doktor untuk melakukan pemeriksaan yang lebih lanjut okay!

    Baca juga:

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 06/07/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan