backup og meta

10 Kebaikan Penyusuan Susu Ibu

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Helma Hassan · Disemak pada 30/11/2021

    10 Kebaikan Penyusuan Susu Ibu

    Kita selalu mendengar orang berkata bahawa penyusuan susu ibu memberi manfaat yang banyak untuk bayi. Manfaatnya sebenarnya lebih daripada sekadar untuk kesihatan si manja anda. Si ibu juga boleh mendapat manfaat daripada penyusuan badan. Mari kita pelajari faedahnya.

    1. Bayi Sihat

    Menurut Ruth A. Lawrence, seorang pakar nutrisi kanak-kanak, bayi yang diberikan susu ibu mempunyai risiko lebih rendah mengalami radang paru-paru, selsema dan jangkitan virus. Beliau berkata walaupun mengalami cirit-birit, masalah yang serius bagi bayi, bayi yang menyusu badan akan kurang teruk simptomnya. Diabetes jenis I, penyakit seliak atau penyakit Crohn juga dalam senarai penyakit yang tidak dialami bayi yang menyusu badan.

    2. Tulang yang lebih kuat bagi si ibu

    Lawrence juga berkongsi bahawa para ibu yang menyusukan bayi kurang cenderung untuk mengalami osteoporosis selepas menopaus.

    3. Mengurangkan risiko SIDS untuk bayi

    SIDS bermaksud Sindrom Kematian Bayi Mengejut. Penyusuan boleh mengurangkan risiko sebanyak 50%.

    4. Mengurangkan masalah berat badan

    Kedua-dua ibu dan bayi boleh mendapat manfaat daripada aspek ini. Kedua-duanya akan kurang berisiko mendapat obesiti. Ini kerana menyusu membantu para ibu membakar lebih kurang 500 kalori setiap hari. Selain itu, susu ibu adalah lebih sihat daripada mana-mana susu pasaran lain dari segi nilai pemakanan.

    5. Proses penyembuhan lebih baik selepas bersalin

    Apabila seorang ibu menyusukan anaknya, hormon yang dipanggil oksitosin dirembeskan. Bahan ini menjadikan rahim mengecut dan mengurangkan kehilangan darah selepas bersalin. Penyusuan juga mempercepatkan proses rahim kembali ke saiz asalnya. Jika anda menyusukan bayi, tempohnya hanya mengambil masa 6 minggu, berbanding 10 minggu bagi mereka yang tidak.

    6. Mengurangkan risiko kanser

    Penyusuan badan boleh menurunkan kanser tertentu untuk bayi anda. Bagi anda pula, ia mengurangkan risiko kanser payudara sebelum menopaus dan kanser ovari.

    7. Ikatan ibu dan anak lebih baik

    Menyusukan bayi anda dan melihat mereka membesar hari demi hari dapat menguatkan ikatan antara anda dan bayi anda.

    8. Vaksin yang hebat untuk bayi anda

    Kajian menunjukkan bahawa bayi yang menyusu susu ibu mempunyai tindak balas antibodi yang lebih hebat berbanding kebanyakan vaksin yang diambil bayi.

    9. Melewatkan haid

    Apabila anda menyusukan bayi anda, ia boleh melambatkan ovulasi dan haid. Dengan prolaktin yang dikeluarkan semasa penyusuan, estrogen dan progesteron akan berada pada paras yang rendah, dengan itu, ovulasi tidak diaktifkan.

    10. Penyelesaian mesra bajet

    Susu badan sentiasa ada pada jumlah dan suhu yang betul untuk bayi anda. Selain itu, ia boleh bertukar secara semula jadi untuk memenuhi permintaan bayi anda. Apabila bayi anda baru dilahirkan, kolostrum – susu awal berada dalam tekstur berair dengan penuh antibodi untuk memuaskan kelaparan bayi yang baru lahir. Kemudian, apabila bayi memerlukan lebih banyak kalori untuk berkembang, susu badan akan menjadi kaya dengan gula dan lebih tinggi jumlah kalorinya. Untuk semua perubahan ini, ibu yang menyusukan tidak perlu mencari maklumat mengenai jenama atau fakta pemakanan seperti seorang ibu yang memberi anaknya menyusu susu formula.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Muhamad Firdaus Rahim

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Helma Hassan · Disemak pada 30/11/2021

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan