backup og meta

Orang Cakap Badan Anak Anda Berbau? Ini 5 Punca Dan Langkah Mengatasinya!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 31/07/2022

    Orang Cakap Badan Anak Anda Berbau? Ini 5 Punca Dan Langkah Mengatasinya!

    Kanak-kanak secara semulajadinya memang sangat aktif. Dalam tidak sedar, setiap aktiviti yang anak anda lakukan kebanyakannya bersifat fizikal. Ini menyebabkan badan mereka mulai berpeluh lalu menyebabkannya berbau. Sebagai ibu bapa, anda mesti tidak mahu perkara ini berlaku kepada anak anda. Oleh itu, ikuti artikel ini untuk mengetahui lebih lanjut punca dan langkah mengatasi masalah bau badan anak anda.

    Punca badan anak anda berbau

    Sebenarnya, bau badan adalah berpunca daripada bakteria yang tertarik kepada peluh yang keluar daripada badan manusia. Anda perlu tahu bahawa terdapat 2 jenis kelenjar yang mengeluarkan peluh iaitu kelenjar peluh Eccrine dan kelenjar peluh Apocrine.

    • Kelenjar peluh Eccrine

    Kelenjar ini mengeluarkan peluh ketika anda sedang demam, makan sesuatu yang pedas atau ketika suasana persekitaran adalah panas. Peluh ini dikeluarkan dalam bentuk cecair dan dapat mengekalkan suhu badan anda.

    • Kelenjar peluh Apocrine

    Kelenjar ini sensitif kepada adrenalin dan mengeluarkan peluh setiap kali anda terlibat dengan aktiviti fizikal atau sedang berada dalam keadaan beremosi seperti takut, gelisah, stres atau terangsang secara seksual. Peluh ini dikeluarkan dalam bentuk cecair berminyak, lutsinar dan tidak berbau. Namun ia akan mula berbau apabila berinteraksi dengan bakteria yang terdapat pada kulit atau pakaian.

    Kebiasaannya, peluh yang dikeluarkan oleh kanak-kanak adalah daripada kelenjar Eccrine dan kelenjar Apocrine pula hanya akan menjadi aktif selepas akil baligh. Namun begitu, terdapat juga faktor luaran yang menyebabkan berlakunya masalah ini, antaranya:

    • Tidak menjaga kebersihan: jarang mandi, bahagian ketiak dan ari-ari yang kotor juga akan menyebabkan bakteria berkumpul di kawasan terbabit lalu menyebabkannya berbau.
    • Akil baligh: Ketika ini, perubahan hormon yang berlaku dalam badan akan merubah fizikal dan kelakuan mereka. Ini juga menyebabkan kelenjar peluh mulai menjadi aktif.
    • Tabiat pemakanan: kanak-kanak yang gemar makan makanan yang berbau tajam seperti bawang, daging, ikan, telur, produk tenusu dan lain-lain.
    • Trimethylaminuria: Sindrom ini merupakan kondisi yang jarang berlaku yang melibatkan perembesan enzim flavin yang berlebihan. Ia akan menghentikan trimethyluria untuk menguraikan trimethylamine oxide lalu menyebabkan nafas, urin dan peluh berbau seperti ikan.
    • Kondisi kesihatan: sakit buah pinggang atau hati, diabetes dan keradangan organ juga boleh menyebabkan badan berbau. Segera dapatkan bantuan pakar perubatan untuk mengatasinya.

    Langkah mengatasinya

    Bagi mengelakkan masalah badan anak anda berbau ini daripada berlarutan, anda sebagai ibu bapa boleh menggunakan tip-tip berikut:

    • Pastikan anda dan keluarga menjaga kebersihan sebetulnya.
    • Pastikan anak anda minum air secukupnya agar kekal berhidrasi.
    • Pastikan anak anda mandi pada setiap hari dengan membersihkan celah ketiak, ari-ari dan setiap bahagian badan.
    • Pastikan anak anda pakai pakaian, kasut yang bersih, telah dicuci dan dikeringkan.
    • Elakkan makanan yang menyebabkan badan berbau.
    • Gunakan produk tradisional sebagai alatan mandian atau sapuan di rumah seperti air lemon, jus tomato, cuka epal, daun sage dan daun hazel serta rosmari.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Muhamad Firdaus Rahim

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 31/07/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan