backup og meta

Tips Membeli Kasut Bayi

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 05/10/2023

    Tips Membeli Kasut Bayi

    Melihat bayi bertatih dan belajar berjalan adalah antara detik indah dalam perkembangan bayi. Bukan anda sahaja yang teruja, bayi yang sedang bertatih juga sama teruja bagi memperlihatkan kemahiran baru kepada ibu dan bapanya. Keterujaan ibu bapa diperlihatkan dengan membeli pelbagai jenis kasut untuk si manja. Apatah lagi apabila melihat pelbagai rekaan kasut bayi dengan warna dan corak yang menarik, lagilah anda bertambah rambang mata. Akan tetapi, tahukah anda bahawa pemilihan kasut yang betul penting untuk kesihatan bayi anda. Jadi, bagi mengelakkan anda tersalah pilih, berikut merupakan tips-tips sebelum anda membeli kasut bayi:

  • Sama seperti ketika memilih kasut orang dewasa, perkara utama yang perlu diambil kira ketika memilih kasut anak ialah keselesaan dan fleksibiliti kasut.
  • Kasut untuk bayi dan kanak-kanak perlu muat-muat pada kakinya. Jika terlalu longgar boleh menyebabkan mereka terjatuh dan sukar untuk berjalan. Jika terlalu ketat pula akan menyebabkan kaki melepuh atau melecet sekali gus mengakibatkan iritasi atau kesakitan pada kaki anak.
    • Pilih kasut yang permukaannya tidak licin dan juga tidak terlalu tebal sehingga menyebabkan si kecil sukar bergerak.
    • Masukkan jari kelingking anda semasa si kecil sedang mencuba kasut. Tujuannya adalah bagi memeriksa sama ada kasut yang dipilih mengandungi sedikit ruang untuk kaki anak anda bernafas. Pastikan sekurang-kurangnya setengah inci ruang berada di antara kaki dan hujung kasut bagi memberikan keselesaan pada kaki kanak-kanak.
    • Periksa dengan doktor anda tentang saiz kaki anak anda jika mengalami kecacatan

    Kesan jika salah pilih kasut bayi

    1. Kasut yang terlalu ketat boleh mengubah kedudukan asal jari-jari kaki dan sakit sendi.
    2. Kasut yang kecil akan menyebabkan sakit tendon, keradangan dan memendekkan otot kaki.
    3. Kaki kehilangan kedudukan asalnya apabila dipaksa untuk masuk dalam kasut yang kecil. Hal ini boleh menyebabkan masalah kitaran darah dan urat serta kebas.
    4. Boleh menyebabkan masalah vena varikos (kaki membengkak) apabila bayi sudah besar.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 05/10/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan