backup og meta

Tanda-tanda Penyakit Mental Pada Kanak-kanak

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 13/05/2022

    Tanda-tanda Penyakit Mental Pada Kanak-kanak

    Penyakit mental boleh berlaku kepada sesiapa, dari individu dewasa sehingga kanak-kanak. Walau bagaimanapun, simptom dan tanda-tanda penyakit mental bagi setiap peringkat usia adalah berbeza. Anda harus belajar untuk mengenali tanda untuk mendiagnosis penyakit mental bagi mendapatkan bantuan yang betul.

    Ia mungkin sukar untuk mengenal pasti penyakit mental. Ada masanya anda tidak mengetahui apakah yang berlaku, ada kalanya tafsiran penyakit yang anda buat adalah salah, jadi anak anda tidak mendapat rawatan yang diperlukan. Memahami tanda dan simptom adalah penting untuk membantu anak anda mendapat apa yang diperlukan.

    Perubahan emosi

    Anda mungkin akan melihat anak anda berasa sedih, dan kesedihan itu berlarutan untuk dua minggu atau lebih. Atau perubahan emosi yang dialami menjejaskan pembelajaran dan perhubungan di sekolah atau di rumah. Mereka mungkin secara tiba-tiba berasa gembira, dan secara mendadak berasa sedih. Atau emosi itu bertahan itu tempoh yang lama.

    Rasa ketegangan

    Anda perlu memerhatikan anak anda. Jika mereka mengalami penyakit mental, mereka boleh berasa takut dengan persekitaran mereka tanpa sebab. Ketakutan itu boleh menjejaskan denyutan jantung atau pernafasan mereka. Jantung mereka mungkin berdegup lebih pantas dan mereka akan tidak cukup pernafasan. Sesetengah ketakutan boleh menjejaskan aktiviti kehidupan seharian mereka.

    Perubahan dalam tingkah laku

    Tingkah laku mereka mungkin berubah atau mereka tidak dapat mengawal tingkah laku mereka. Mereka mungkin berkeinginan untuk menggunakan senjata untuk mencederakan individu lain, atau mereka mahu membunuh semua individu. Mereka mungkin mencuri barang kanak-kanak lain. Perubahan dalam tingkah laku ini adalah petanda penyakit mental.

    Sukar fokus

    Mereka mungkin mengalami kesukaran untuk memberikan tumpuan kepada peperiksaan, kerja rumah, atau tugasan di dalam kelas. Ini boleh mengakibatkan markah teruk di sekolah.

    Hilang berat

    Tanda penyakit mental lain yang mungkin dihadapi adalah anak anda boleh kehilangan berat badan walaupun mereka tidak mahu, atau ketika mereka tidak melakukan sebarang perkara untuk mengurangkan berat badan. Gangguan mental boleh menjejaskan tidur atau pemakanan. Mereka mungkin mengalami gangguan tidur atau pemakanan akibat penyakit mental.

    Mencederakan diri sendiri

    Ada masanya, mereka mahu mencederakan diri mereka sendiri. Mereka mungkin melukakan atau membakar bahagian badan mereka. Mereka mungkin mempunyai pemikiran untuk membunuh diri dan mencuba untuk membunuh diri.

    Simptom fizikal

    Kanak-kanak yang mengalami penyakit mental mungkin mempunyai beberapa simptom fizikal seperti sakit kepala atau sakit perut.

    Penyalahgunaan alkohol

    Sesetengah kanak-kanak, merasakan dadah atau alkohol dapat membantu mereka untuk mengatasi masalah mental. Mereka mungkin menggunakan alkohol atau mencuba untuk merokok. Mereka mungkin menggunakan dadah untuk berasa lebih tenang.

    Walaupun tidak semua kanak-kanak dengan penyakit mental akan mengalami simptom atau tanda-tanda penyakit mental seperti ini, anda perlu membawa mereka untuk mendapatkan pemeriksaan lanjut. Pengesanan awal boleh membantu mereka untuk mendapatkan rawatan efektif yang berkesan pada masa yang sesuai. Sentiasa ingat untuk menjaga anak-anak anda.

    Hello Health Group tidak memberikan nasihat, diagnosis atau rawatan perubatan.

    Anda mungkin berminat untuk membaca artikel:

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 13/05/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan