Apa yang boleh anda lakukan mungkin memberikan peluang kepada anak pertama anda untuk menjaga adik anda ketika bermain di dalam atau luar rumah. Perhatikan sahaja dari jauh bagaimana dia menjaga dan melindungi adiknya dari sebarang ancaman yang berbahaya.
#3. Mula menampakkan sikap berdikari
Kehadiran anak kedua sudah pasti akan membuat ibu bapa secara tidak sengaja melebihkan mereka dan menghiraukan anak pertamanya. Tanpa sedar, ibu bapa mungkin akan memberikan lebih layanan atau mainan kepada anak yang baharu. Ini secara tidak langsung akan membuat seorang abang atau kakak itu kurang mendapat apa yang mereka inginkan. Namun, ini bukan satu kesilapan yang besar.
Bahkan itu, kekurangan inilah yang akan mendewasakan anak pertama lantas memupuk sifat berdikari dalam dirinya. Mungkin anda boleh akan perasan bahawa dia sudah ambil atau buat benda seperti mandi atau makan secara sendiri. Ini merupakan tanda yang bagus, bukan?
Jangan kelirukan mereka antara perasaan cemburu atau tanggungjawab
Sudah lumrah seorang manusia atau seorang anak untuk lebih tepat, cemburu jika perhatian dan kasih sayang yang selama ini diterima mula berkurang kerana perlu berkongsi dengan orang lain. Begitu juga halnya dengan anak sulung yang dahulunya merupakan satu-satunya permata dalam keluarga, kini terpaksa berkongsi kasih ibu bapa dengan adiknya sendiri.
Anda sebagai ibu bapa tidak perlu risau kerana ini adalah sesuatu yang sangat normal. Dalam pada itu, ini sebenarnya merupakan peluang untuk anak sulung mula menyemai sikap tanggungjawab dalam diri mereka. Seorang adik bukan sahaja memerlukan sepenuhnya perhatian daripada ibu bapa malahan juga daripada abang atau kakak mereka.
Jadi, jadikan ia sebagai satu cabaran dalam hidup anak pertama anda. Jangan kelirukan mereka dengan perasaan cemburu. Sebaliknya tanam sikap tanggungjawab dalam diri mereka. Dengan cara ini, hubungan adik-beradik sesama mereka sudah tentu akan menjadi lebih akrab.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen