backup og meta

6 Salah Faham Tentang Sindrom Down Yang Ramai Percaya, No #4 Tolonglah BERHENTI Percaya!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 25/06/2020

    6 Salah Faham Tentang Sindrom Down Yang Ramai Percaya, No #4 Tolonglah BERHENTI Percaya!

    Golongan seperti kanak-kanak sindrom Down seringkali perlu berhadapan dengan stigma negatif masyarakat yang kurang mengetahui keadaan sebenar penghidapnya.

    Selain itu, berlaku kurangnya sikap cakna, ambil peduli atau ambil berat berkenaan hal penghidap sindrom Down. 

    Selain daripada itu, terdapat juga beberapa salah faham yang sering berlegar berkenaan sindrom Down.

    Jika tidak terdapat penerangan berkenaan tanggapan yang salah ini, kesalah fahaman ini akan terus bermain-main dalam minda anggota masyarakat seolah-olah ia adalah benar.

    Bagi menjawab segala salah faham yang pernah muncul, kami akan menerangkan secara ringkas berkenaan isu-isu sindrom Down

    #1. Salah faham 1: Hanya ibu bapa yang lebih berusia akan mendapat anak dengan sindrom Down.

    kanak-kanak sindrom down

    Realiti: Berdasarkan kajian oleh Center for Diseases Control atau CDC, 80% kanak-kanak penghidap sindrom Down dilahirkan oleh ibu yang berumur kurang daripada 35 tahun.

    Kajian CDC tersebut menyatakan bahawa peluang untuk mendapat anak sindrom Down seiring dengan usia yang meningkat adalah semakin tinggi.

    Artikel berkaitan: 5 Peringkat Umur Ibu Dan Berapa Banyak Risiko Sindrom Down Pada Bayi

    Walau bagaimanapun, memandangkan ibu yang lebih muda adalah lebih mudah melahirkan anak, maka kebanyakan anak penghidap sindrom Down dilahirkan oleh ibu muda.

    #2. Salah faham 2: Kanak-kanak sindrom Down akan merosakkan perkahwinan

    Realiti: Satu kajian menyatakan, kadar perceraian dalam kalangan keluarga yang mempunyai penghidap sindrom Down adalah lebih rendah.

    #3. Salah faham 3: Kanak-kanak penghidap sindrom Down mempunyai jangka hayat yang rendah

    Realiti: Purata jangka hayat penghidap sindrom Down adalah sebanyak 60 tahun. Terdapat sesetengah daripada mereka ini juga memiliki jangka hayat sehingga 80 tahun. 

    #4. Salah faham 4: Penghidap sindrom Down tidak boleh membaca atau menulis

    kanak-kanak sindrom down

    Realiti: Hampir semua penghidap sindrom Down mengalami gangguan kognitif, namun ada yang berkebolehan untuk belajar membaca dan menulis.

    Walau bagaimanapun, guru yang terlibat perlulah seorang yang terlatih, mempunyai jangkan yang tinggi terhadap pelajarnya, selain kemajuan pelajar dinilai secara formal. 

    #5. Salah faham 5: Penghidap sindrom Down mempunyai rupa yang sama

    Realiti: Tidak semua penghidap sindrom Down semestinya mempunyai ciri yang sama, tetapi kebanyakan daripada mereka mempunyai ciri yang hampir serupa.

    Kebanyakan mereka mempunyai bentuk mata yang sama dan ketinggian yang sedikit rendah, tetapi tidak semua mempunyai sifat sebegitu.

    #6. Salah faham 6: Penghidap sindrom Down sentiasa gembira

    kanak-kanak sindrom down

    Realiti: Ini ternyata salah satu tanggapan yang silap. Penghidap sindrom Down juga mempunyai pelbagai perasaan seperti gembira, sedih, marah dan kecewa sepertimana individu lain.

    Satu kajian malah menunjukkan bahawa penghidap sindrom Down mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mengalami kemurungan, dan ia kekal tidak dirawat memandangkan ramai yang tidak begitu mengambil berat berkenaan apa yang dirasakan oleh kanak-kanak sindrom Down. 

    Kesimpulan

    Selepas membaca berkenaan hal ini, kami pasti anda telah tahu bahawa kesemua perkara yang sering anda fikirkan berkenaan penghidap sindrom Down adalah salah dan kurang tepat.

    Bagi mereka yang telah mengetahui kebenarannya, sebarkan fakta ini jika anda berhadapan dengan individu lain yang masih mempunyai persepsi yang salah atau negatif terhadap penghidap sindrom Down. Tindakan ini bermula daripada diri anda!

    Baca juga:

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Gabriel Tang Pei Yung

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 25/06/2020

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan