backup og meta

4 Perkara Penting Kanak-kanak WAJIB Belajar Sebelum Dihantar Ke Sekolah, Ibu Semak Dulu!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 19/11/2020

    4 Perkara Penting Kanak-kanak WAJIB Belajar Sebelum Dihantar Ke Sekolah, Ibu Semak Dulu!

    Sewaktu seseorang itu sedang berada dalam zaman kanak-kanak, mereka sebenarnya sedang melalui proses perkembangan dari aspek fizikal, mental dan sosial mereka.

    Ia adalah satu proses yang sangat penting dan tidak akan berlaku secara sama sahaja terhadap setiap kanak-kanak.

    Ia juga adalah sangat bergantung kepada pendidikan awal kanak-kanak itu sendiri.

    Oleh itu, pendidikan awal adalah sangat penting buat kanak-kanak. Sila ikuti artikel ini untuk mengetahui mengenainya dengan lebih lanjut!

    Sistem pendidikan awal kanak-kanak di Malaysia

    Pendidikan merangkumi proses pengajaran dan pembelajaran sesuatu kepakaran yang khusus.

    Ia adalah sesuatu yang tidak dapat dilihat tetapi akan mendatang kesan yang sangat mendalam terhadap individu seperti pemberian pengetahuan, pertimbangan dan juga yang paling penting iaitu kebijaksanaan.

    Ini semua perlu bermula seawal usia individu itu lagi. Disebabkan itu, pendidikan awal kanak-kanak adalah sangat penting buat mereka.

    Di negara kita, pendidikan awal kanak-kanak adalah berada pada tahap yang agak baik dengan kewujudan program-program seperti TASKA, TADIKA dan TABIKA.

    Pun begitu, adakah negara kita sudah boleh melawan negara Finland dari aspek pendidikan awal kanak-kanak?

    Pendidikan awal kanak-kanak adalah proses asuhan atau ajaran pada peringkat awal usia kanak-kanak sejak lahir sehingga berumur lapan tahun.

    Ia merupakan program tidak formal yang akan mula memberi didikan secara mudah dan santai sebelum mereka melangkau alam persekolahan.

    Perkara yang kanak-kanak perlu belajar sebelum bersekolah

    pendidikan awal kanak-kanak

    Memasuki alam persekolahan adalah acara yang penting dan merupakan pencapaian besar dalam kehidupan seorang kanak-kanak.

    Demi memastikan mereka mendapatkan pengalaman persekolahan yang positif,  ibu bapa perlu tahu bahawa selain pendidikan terdapat banyak lagi asas pembelajaran lain yang perlu anak anda belajar sebelum bersekolah.

    Berikut merupakan 4 asas pembelajaran tersebut:

    #1. Kebersihan diri

    Ketika ini, kanak-kanak sudah pasti boleh mengingati dan mempraktikan setiap asas pembelajaran mereka.

    Oleh itu, anda perlu mengajar mereka cara untuk mengekalkan kebersihan diri mereka sendiri.

    Ini bermakna, mereka perlu belajar tentang amalan mencuci tangan dengan sabun sebelum makan, tidak mengambil atau mencedok lauk menggunakan tangan di dalam pinggan hidangan, dan mencuci tangan selepas menggunakan bilik air atau menyentuh benda kotor di taman permainan.

    Tip yang mudah sebegini sebenarnya boleh membantu melindungi kesihatan kanak-kanak daripada bakteria jahat yang ada di semua tempat.

    #2. Pengurusan diri

    Tidak seperti di taska atau prasekolah, guru di sekolah rendah lebih mengajar murid untuk berdikari dan bukan bergantung sepenuhnya kepada guru.

    Ini kerana tugas guru di sekolah adalah hanya mengajar kanak-kanak di samping menguruskan kelas secara keseluruhan, bukannya menjaga setiap individu kanak-kanak.

    pendidikan awal kanak-kanak

    Jadi, anda perlu mengajar anak anda menguruskan diri mereka sendiri seperti memakai dan membutang baju atau membuka atau menutup zip seluar semasa di tandas, mengikat rambut dan mengikat tali kasut.

    Selain itu, kanak-kanak juga perlu diajar untuk membuka bekal makanan mereka dan menyimpan barang-barang mereka di dalam beg bagi mengelakkan kehilangan barang penting seperti buku atau duit belanja.

    #3. Berkawan

    Rakan-rakan memainkan peranan penting dalam pengalaman persekolahan kanak-kanak.

    Ini juga salah satu faktor yang mendorong anak untuk menyukai dan menggemari sekolah.

    Walaupun kanak-kanak mungkin boleh mengembangkan skil komunikasi mereka sepanjang tahun-tahun pembelajaran, namun skil bersosial mungkin mencabar buat permulaan untuk anak anda.

    Ibu bapa boleh membantu memudahkan anak dengan cara mengajar mereka peraturan sosial asas seperti berkongsi mainan dan snek dengan rakan-rakan mereka, atau tidak berkelakuan kurang sopan dengan menumbuk atau menggangu kanak-kanak lain.

    Ibu bapa juga perlu mengajar anak mainan mudah dan seronok supaya kanak-kanak boleh mengajar dan bermain dengan rakan mereka.

    #4. Cari bantuan luar

    Di sekolah, guru-guru tidak akan selalu ada untuk melindungi atau membantu pelajar mereka.

    Inilah sebabnya mengapa ibu bapa perlu mengajar anak mereka untuk bersuara dan mencari bantuan jika memerlukan pertolongan tentang sesuatu perkara, memandangkan mereka tidak mampu melakukannya sendiri.

    Contohnya, jika anak dibuli, jika mereka tercedera ataupun jika anak anda kehilangan sesuatu barang yang penting.

    Asas-asas pembelajaran ini perlu diterapkan ke dalam diri kanak-kanak seawal usia mereka lagi.

    Ini bertujuan memastikan mereka lebih mudah dan cepat mengadaptasi suasana alam persekolahan kelak.

    Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 19/11/2020

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan