backup og meta

Mengapa Perlu Bawa Anak Bercuti?

Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 13/09/2019

    Mengapa Perlu Bawa Anak Bercuti?

    Jauh berjalan, luas pemandangan. Pepatah ini sering ditujukan kepada mereka yang gemar bercuti. Selain mengenali tempat orang, melancong ataupun bercuti dapat membantu orang dewasa, khususnya untuk merehatkan minda. Itu bagi orang dewasa. Akan tetapi, bagaimana pula dengan kebaikan melancong untuk anak kecil? Teruskan pembacaan anda.

    Masa berkualiti

    Ya, anda boleh meluangkan masa berkualiti bersama anak di rumah. Namun, sesekali apa salahnya bertukar angin dengan membawa anak-anak keluar berjalan. Kanak-kanak akan menghargai masa berharga yang anda luangkan bersama mereka di luar terutama semasa di tempat baharu ataupun tempat percutian. Dengan membawa mereka bercuti, anak anda akan dapat mencipta memori baharu bersama ibu bapa mereka di samping memberi pengalaman bermakna dalam kehidupan mereka.

    Gembira

    Berkumpul seisi keluarga di mana ibu bapa akan menumpukan sepenuh perhatian pada anak-anak akan memberikan kepuasan dan makna terbesar dalam diri kanak-kanak. Tidak kira dekat ataupun jauh lokasi percutian anda, kanak-kanak akan bergembira apabila dapat berkumpul bersama-sama seisi keluarga. Apatah lagi jika kedua-dua ibu bapa berkerjaya. Kanak-kanak akan rasa selamat apabila melihat ibu bapa bersama-sama melayan mereka, berseronok dan bergurau-senda.

    Persepsi berbeza

    Bukan ibu bapa sahaja yang akan merasai nikmat keseronokan bercuti. Kanak-kanak juga akan memahami bahawa percutian itu adalah waktu mereka berehat dan lari sebentar daripada rutin harian mereka di sekolah. Bercuti bersama keluarga memberikan perspektif kehidupan berbeza untuk si kecil, di mana dia belajar bahawa setiap orang (tidak kira dewasa atau kanak-kanak) memerlukan masa rehat dan berkumpul bersama keluarga.

    Belajar 

    Ingatkah anda akan tajuk-tajuk karangan yang selalu diberikan oleh guru semasa di sekolah? Salah satu tajuk karangan yang popular adalah pengalaman kanak-kanak semasa cuti persekolahan. Dengan membawa anak anda melancong dapat membantu mereka mendapat idea dan merasai sendiri pengalaman bercuti di sesuatu tempat baharu. Dengan bercuti, anda boleh membantu si kecil untuk menikmati tempat baru, mencuba makanan baru dan aktiviti baharu yang tidak biasa dilakukan dalam rutin harian mereka. Semua ini anak anda boleh jadikan bahan dalam pembelajaran mereka nanti, selain memberikan pengalaman baharu dalam kehidupan kanak-kanak.

    Jadi, bawalah anak anda bercuti dan rancang aktiviti bermanfaat untuk anda seisi keluarga sepanjang percutian nanti.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Fakta Disemak oleh

    Hello Doktor Medical Panel


    Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 13/09/2019

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan