Masalah Sembelit Dalam Kalangan Kanak-kanak

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel

Sembelit adalah kondisi kesihatan yang biasa terjadi kepada kanak-kanak. Ia akan memberi kesan kepada masalah sistem penghadaman sekaligus memberi implikasi yang negatif terhadap proses penyerapan dan metabolisme kanak-kanak.

Apakah itu sembelit?

Sembelit adalah penyakit yang biasa bagi setiap peringkat umur. Kondisi ini akan menyebabkan pergerakan usus dalam perut penderita menjadi sulit atau menurun. Selain itu, kondisi ini akan menyebabkan najis anda menjadi lebih keras dan kering lalu menyebabkannya lebih sukar untuk dibuang.

Mengapakah kanak-kanak mengalami sembelit?

Terdapat banyak punca berlakunya sembelit dalam kalangan kanak-kanak. Kondisi ini akan berlaku jika mereka tidak makan makanan berserat tinggi seperti buah-buahan dan sayur-sayuran. Selain itu, sembelit juga boleh berlaku jika anak anda kurang minum air putih atau terlebih minum susu. Kadangkala, penyakit yang menyebabkan perubahan pada selera makan anak anda akan memberi kesan kepada diet mereka, lalu menyebabkan sembelit.

Anda tidak perlu risau jika anak anda mengalami sembelit kerana ia adalah normal bagi kalangan kanak-kanak. Namun begitu, anda perlu berjaga-jaga jika anak anda mengalaminya lebih daripada dua minggu kerana ia sudah berada pada tahap yang teruk dan dipanggil sembelit kronik. Dalam kes ini, segera bawa anak anda berjumpa pakar pediatrik untuk mendapatkan rawatan.

Bagaimanakah mengetahui jika anak anda mengalami sembelit?

Sekiranya anak anda mengalami sembelit, mereka akan berasa sakit ketika membuang air besar. Lebih teruk kondisi sembelit tersebut, lebih sakit mereka akan rasa. Anda juga boleh memastikannya dengan memerhatikan jika terdapat simptom ini pada anak anda:

  • Mual
  • Sakit perut
  • Hilang selera makan
  • Berkelakuan pelik
  • Menangis atau menjerit ketika membuang air besar
  • Mengelak jika disuruh ke tandas
  • Muntah

Bagaimanakah merawatnya?

  • Beri anak anda makan lebih banyak serat seperti buah-buahan dan sayur-sayuran. Buah seperti pisang atau betik sangat berkesan dalam merawat sembelit. Berikan buah-buahan ini kepada mereka sehari sehari untuk melegakan kesakitan yang dialami.
  • Beri anak anda minum lebih banyak air putih untuk membuat najis mereka menjadi lembut.
  • Galakkan anak anda untuk minum air putih sekurang-kurangnya 1 liter sehari dan kurangkan minum susu.
  • Galakkan anak anda bersenam setiap hari untuk memastikan darah mengalir ke seluruh organ.
  • Urut perut anak anda. Bahagian yang perlu diberi perhatian adalah selebar tiga jari daripada pusat ke bahagian bawah dan tepi sebelah kiri perut. Urutkan dengan lembut menggunakan hujung jari anda.
  • Elakkan penggunaan ubat dan suplemen yang boleh mengundang masalah sembelit seperti suplemen zat besi yang tinggi dos atau ubat-ubatan narkotik.
  • Bawa anak anda berjumpa doktor sekiranya mereka mula tidak mahu makan atau mengeluarkan najis berdarah.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Rujukan
Anda mungkin berminat dengan artikel berikut