backup og meta

Gigi Anak Berlapis? Ini Puncanya Yang Ibu Bapa TAK SEDAR

Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli · Disemak pada 02/12/2022

    Gigi Anak Berlapis? Ini Puncanya Yang Ibu Bapa TAK SEDAR

    Masalah gigi berlapis sering dipandang enteng oleh masyarakat umum. Perkara ini perlu dititikberatkan kerana kelak, ia boleh menyebabkan masalah karies gigi dan masalah gusi bengkak. Tahukah anda bahawa masalah gigi lapis boleh disebabkan oleh gigi susu? Ikuti artikel ini untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut.

    Sebelum kita menyelami bagaimana gigi berlapis boleh terjadi, mari kita kenal terlebih dahulu dengan pesona utama artikel ini, gigi susu.

    Walaupun gigi mula tumbuh ketika bayi berusia di antara 6 ke 12 bulan, hakikatnya, ia mula terbentuk pada 6 minggu fasa kehamilan.

    Usia bagi pertumbuhan gigi susu adalah berbeza bagi setiap bayi maka jika anak anda masih tidak mempunyai gigi seawal 6 bulan, usah khuatir. Biar lambat, asal selamat. 

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.

    Memastikan keteraturan gigi kekal

    gigi berlapis

    Jika dilihat pada fungsi asas gigi susu, ia penting bagi membantu proses penghadaman yang baik buat anak-anak anda.

    Fungsinya adalah sama dengan gigi kekal iaitu untuk mengigit, mengoyak dan melumatkan makanan. Fungsi ini penting bagi memastikan nutrisi makanan dapat diserap masuk ke dalam tubuh badan.

    Namun begitu, tidak ramai yang tahu bahawa ia juga memainkan peranan penting dalam memastikan keteraturan susunan gigi kekal. 

    Gigi susu kebiasaannya akan patah secara semula jadi dan digantikan dengan gigi kekal pada usia sekitar 6 tahun.

    Sebelum daripada usia tersebut, gigi yang patah akan digantikan dengan gigi belakang bagi mengisi kekosongan di hadapan.

    Keadaan ini akan menyebabkan susunan asalnya menjadi tidak teratur seterusnya mengakibatkan kekangan ruang di antaranya untuk gigi kekal tumbuh.

    Kesannya, gigi kekal akan tumbuh sama ada di hadapan atau di belakang gigi sedia ada menjadikan gigi anda kelihatan berlapis.

    Gigi yang berlapis akan memberikan kesan negatif terhadap keyakinan diri anak-anak anda memandangkan keteraturan gigi penting dalam aspek penampilan diri.

    Bayangkan jika anak anda diejek dan dipulaukan oleh rakan-rakannya hanya disebabkan oleh masalah gigi berlapis. Ini akan menurunkan tahap keyakinan anak anda untuk menjalinkan hubungan sosial.

    Selain itu, ia juga memudahkan proses pengumpulan plak yang boleh meningkatkan risiko untuk mendapat karies gigi dan penyakit gusi bengkak (gingivitis).

    Baca juga:

    Ingin elakkan gigi berlapis, adakah gigi susu perlu dicabut?

    Kebanyakan gigi susu akan tercabut dengan sendirinya apabila tiba masa untuk gigi kekal tumbuh.

    Proses ini kebiasaannya berlaku pada sekitar usia 6 tahun dan berlanjutan sehingga tumbuhnya gigi geraham kekal pada sekitar usia 13 tahun.

    Jadi, adakah anda perlu membawa anak anda ke klinik untuk mencabut gigi? Terdapat beberapa situasi yang membolehkan anda untuk membawa anak anda berjumpa dengan doktor gigi:

    • Apabila anak anda mengalami karies gigi. 

    Gigi rosak atau berlubang boleh menyebabkan kerosakan sistem saraf yang terletak pada lapisan pulpa gigi. Gigi ini perlu dicabut untuk mengelakkan kesakitan yang boleh mengganggu selera makan dan tidur anak anda.

    gig berlapis

  • Apabila gig1 kekal mula tumbuh di bahagian belakang atau hadapan gigi susu. 

  • Situasi ini akan menyebabkan terbentuknya gigi berlapis yang boleh menyebabkan pelbagai jenis masalah berkaitan dengan kesihatan gigi dan gusi.

    Gigi susu perlu dicabut untuk memastikan keteraturan gigi kekal seterusnya mengelakkan risiko untuk mendapat karies gigi dan penyakit gusi.

    • Apabila gusi kelihatan merah, bengkak dan bernanah. 

    Ini adalah merupakan komplikasi daripada penyakit karies gigi.

    Apabila karies gigi telah merebak ke lapisan pulpa, gusi akan bengkak dan bernanah. Ia perlu dicabut untuk mengelakkan kerosakan serius pada saraf gigi.

    • Apabila gig1 kekal tidak tumbuh pada usia 8 tahun ke atas. 

    Dalam situasi ini, pertumbuhan gigi kekal terbantut kerana ia terletak secara langsung dibawah gigi susu. Ia perlu dicabut untuk memastikan gigi kekal dapat tumbuh dengan sihat. 

    Jadi sekarang anda sudah faham, bukan?

    Adalah penting untuk kita sebagai ibu bapa untuk memastikan dan mengajar anak-anak kita cara untuk menjaga gigi mereka dengan lebih baik.

    Tabiat ini boleh mengelakkan terjadinya masalah gigi berlapis yang boleh menyebabkan karies gigi dan penyakit gusi. Oleh itu, jangan abaikan penjagaan gigi anak-anak anda!

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Gabriel Tang Pei Yung

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli · Disemak pada 02/12/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan