backup og meta

Dua Makanan yang Perlu Dielakkan Pesakit Autisme

Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 29/11/2019

    Dua Makanan yang Perlu Dielakkan Pesakit Autisme

    Pemakanan ketika anda mempunyai masalah kesihatan mempunyai kesinambungan terhadap kesihatan anda sebagaimana makanan yang tertentu boleh mengeruhkan lagi keadaan anda. Sekiranya anda mempunyai autisme, inilah masanya untuk memikirkan makanan apakah yang boleh dan tidak boleh diambil. Mari kita lihat, makanan manakah yang boleh memberi impak kepada pesakit autisme.

    Makanan yang Mengandungi Gluten dan Kasein

    Autisme (atau autism spectrum disorder – ASD) merupakan kecelaruan dalam proses perkembangan otak. Pesakit autisme mempunyai masalah berkomunikasi dan berinteraksi dengan orang lain. Untuk mengurangkan simptom autisme, diet khas adalah disyorkan.

    Terdapat teori yang mengatakan pesakit autisme mempunyai alahan atau sangat sensitif terhadap makanan yang mengandungi gluten dan kasein. Apabila mereka makan makanan yang mengandungi gluten dan kasein, peptida dan protein akan diproses berbeza dengan bukan pesakit autisme. Dan perbezaan inilah yang akan memburukkan lagi simptom autisme. Otak pesakit autisme beranggapan bahawa protein ini adalah bahan kimia tiruan yang menyerupai opiate. Tindak balas terhadap bahan kimia ini akan mengubah tingkah laku pesakit tersebut. Para pengkaji telah menjumpai tahap peptida yang luar biasa di dalam cecair tubuh badan pesakit autisme.

    Gluten

    Gluten boleh dijumpai di dalam biji benih bijirin seperti gandum dan barli. Roti, pretzel, kek, pasta selalunya mengandungi gluten. Ia mungkin sukar untuk berhenti pengambilan gluten, tetapi anda boleh memeriksa label untuk mencari produk bebas gluten.

    Kasein

    Kasein boleh dijumpai di dalam makanan yang mengandungi laktos. Walaupun begitu, terdapat makanan yang dilabel bebas laktos atau bebas bahan tenusu yang masih mengandungi kasein. Malangnya, produk tenusu (mengandungi laktos) adalah kaya dengan sumber vitamin D dan kalsium. Maka, anda perlulah mencari makanan alternatif yang boleh memberikan sumber kalsium dan vitamin D yang mencukupi.

    Soya dan produk yang mengandunginya

    Soya dan produk yang mengandunginya mungkin telah melalui perubahan genetik dan menyebabkan alahan makanan dan ini akan menjadikan autisme anda bertambah teruk.

    Tambahan pula, terdapat hubungkait di antara penggunaan susu mengandungi soya dan sawan dalam kalangan kanak-kanak autisme. Ini bermakna sekiranya anda adalah kanak-kanak yang diberi produk yang mengandungi protein soya, anda adalah berkemungkinan untuk mengalami sawan (jika anda mempunyai autisme). Sawan adalah perubahan terhadap tingkah laku yang disebabkan oleh aktiviti elektrikal otak yang tidak normal.

    Soya boleh ditemui di dalam kicap, minyak soya, taufu, susu soya.

    Meskipun anda mungkin beranggapan bahawa autisme adalah masalah pada otak yang menjejaskan kebolehan anda untuk berkomunikasi dan makanan yang anda ambil tidak boleh memberi kesan kepada penyakit ini. Tetapi, faktanya adalah makanan tertentu boleh memburukkan simptom anda. Dalam senario ini, anda haruslah mengelakkan diri daripada gluten, kasein, dan soya.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Fakta Disemak oleh

    Hello Doktor Medical Panel


    Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 29/11/2019

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan