backup og meta

Cirit-Birit Dalam Kalangan Anak Kecil, 5 Tanda Bahaya Kalian Ibu Bapa Kena Tahu!

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 11/07/2023

    Cirit-Birit Dalam Kalangan Anak Kecil, 5 Tanda Bahaya Kalian Ibu Bapa Kena Tahu!

    Boleh dikatakan cirit-birit adalah masalah yang lazim. Ia merupakan penyakit biasa dalam kalangan kanak-kanak, dan cara rawat cirit birit juga boleh dilakukan di rumah sahaja. Bagaimana?

    Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Keibubapaan, anda juga boleh klik di sini.

    Punca cirit-birit dalam kalangan kanak-kanak

    Cirit-birit ialah keadaan di mana najis kanak-kanak lebih cair daripada biasa.

    Penyakit ini selalunya berlaku apabila kanak-kanak makan makanan atau minuman tercemar atau tersentuh najis orang yang telah dijangkiti.

    Sesetengah punca lazim cirit-birit dalam kalangan kanak-kanak adalah virus, jangkitan bakteria, parasit atau alergi dan keracunan makanan.

    Komplikasi cirit-birit dalam kalangan kanak-kanak

    Cirit-birit, jika berterusan, selalunya menyebabkan malnutrisi yang teruk.

    Bahaya ketara untuk si manja yang mengalami cirit-birit adalah masalah penyahhidratan.

    Oleh itu, apabila anak anda mengalami penyahhidratan, anda perlu memberi mereka minum banyak air dan elektrolit, serta probiotik untuk menyeimbangkan mikrob tali perut.

    Memastikan anak anda mendapat penghidratan sempurna adalah kunci untuk melawan cirit-birit.

    Cirit-birit, jika tidak dirawat dengan baik, akan menyebabkan gangguan penghadaman, yang membawa kepada malnutrisi, kekurangan daya tahan badan, dan kematian.

    cara rawat cirit birit

    Cara rawat cirit-birit untuk si kecil anda

    Pemakanan memainkan peranan yang penting dalam cara rawat cirit-birit.

    Pemakanan yang mencukupi akan membantu sistem penghadaman berfungsi dengan baik, memendekkan tempoh cirit-birit dan memperbaiki status pemakanan bayi.

    Ramai orang yang percaya bahawa makan hanya akan memburukkan lagi keadaan, yang mana ianya tidak benar!

    Malah, anda perlu terus memberi anak makan makanan yang mudah dihadam seperti bubur daging atau bubur ayam dengan lobak merah dan ubi kentang.

    Selain itu, anda juga perlu memastikan anak mendapat probiotik yang cukup sebagai rawatan cirit birit di rumah.

    Probiotik dapat membantu menyediakan mikro-flora bermanfaat, meningkatkan tentangan sistem penghadaman dan membantu kanak-kanak melawan kembali pathogen seperti virus, bakteria, dan parasit.

    Jangan biar masalah ini terus berlanjutan

    cara rawat cirit birit

    Walau bagaimanapun, hubungi doktor anda segera jika anak anda:

  • Mengalami cirit-birit lebih daripada dua hari
  • Kelihatan nyahhidrat
  • Najis berdarah
  • Muntah dan tidak boleh terima makanan atau minuman
  • Demam panas
  • Bagi mengelakkan cirit-birit, ibu bapa perlu memberi perhatian teliti terhadap kebersihan pemakanan anak termasuklah:

  • Makan makanan yang bersih atau dimasak
  • Jangan makan makanan yang dijual di lorong kaki lima
  • Minum air yang bersih
  • Basuh tangan bersih-bersih sebelum makan
  • Ia boleh dielakkan jika ibu bapa berhati-hati tentang kebersihan kanak-kanak.

    Lebih baik jika ibu bapa melengkapkan diri dengan pengetahuan yang perlu bagi mengenali simptom dan penyebab cirit-birit kepada si kecil, dan belajar untuk menanganinya dengan cepat dan betul.

    Cara rawat cirit birit terbaik adalah dengan membawa anak anda ke doktor untuk pemeriksaan yang rapi.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 11/07/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan