“Chicken Pox”: Cacar Air terhadap Kanak-kanak

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 07/01/2020 . 3 minit bacaan

Cacar air merupakan penyakit yang kebanyakannya terjadi kepada kanak-kanak. Penyakit ini mampu untuk sembuh dalam tempoh beberapa minggu sahaja tetapi dalam beberapa kes, boleh mendatangkan bahaya. Artikel ini akan menyentuh lebih lanjut berkenaan informasi asas mengenai kondisi ini dan bagaimana untuk melindungi anak anda daripadanya.

Simptom-simptom cacar air

Beberapa hari selepas ruam timbul pada kulit, anak anda mungkin akan mengalami simptom-simptom berikut:

Ruam akan timbul kira-kira 10 hingga 21 hari selepas anak anda dijangkiti cacar air daripada individu yang menghidapinya. Anak anda kebiasaannya akan mendapat 250 ke 500 ruam. Ruam ini akan timbul melalui 3 peringkat, iaitu:

  • Bintik: bintik yang kemerah-merahan akan timbul pada bahagian muka dan dada kemudian tersebar ke bahagian tubuh badan yang lain dari hari ke hari.
  • Cacar: selepas beberapa hari, cacar yang mempunyai cecair di dalamnya akan timbul pada bahagian atas bintik-bintik sebelum pecah dan mengalirkan cecair.
  • Keruping: selepas beberapa hari, cacar akan mengering lalu menyebabkan keruping. Keruping ini pula akan tertanggal dengan sendiri dalam masa seminggu.

Bintik-bintik akan terus timbul. Dalam beberapa kes, parut tidak akan terbentuk selagi tidak terinfeksi oleh bakteria. Jika kanak-kanak anda merupakan kanak-kanak yang sihat, cacar air yang berlaku tidak akan terlalu serius. Dalam beberapa kes pula, ruam akan meliputi seluruh bahagian tubuh badan termasuklah pada bahagian muut, mata, anus dan vagina.

Bilakah waktu yang sesuai untuk mendapatkan rawatan?

Anda seharusnya membawa anak anda berjumpa doktor jika anda tidak pasti sama ada anak anda dijangkiti cacar air atau tidak. Doktor akan memeriksa ruam yang terdapat pada badan anak anda dan bertanya tentang simptom-simptom yang dihadapi mereka. Doktor juga mungkin akan memberi preskripsi ubat-ubatan untuk merawat penyakit ini.

Beritahu doktor sekiranya anak anda mengalami tanda-tanda yang tidak normal, seperti:

  • Anak anda mengalami ruam di bahagian mata.
  • Anak anda mengalami kesakitan pada bahagian kulit.
  • Anda melihat ada cecair berwarna hijau mengalir keluar daripada ruam. Ruam tersebut kemudian akan menjadi kemerah-merahan, hangat dan mudah pecah. Ini merupakan tanda-tanda anak anda menghidapi tahap infeksi yang lebih serius.
  • Anak anda mengalami ketegangan leher, pening kepala, degupan jantung yang pantas, batuk-batuk, muntah-muntah serta demam yang melebihi 38.9°C.

Apakah yang menyebabkan anak anda dijangkiti cacar air?

Anak anda mungkin akan dijangkiti cacar air dengan mudah sekiranya mereka tidak pernah dijangkiti penyakit tersebut. Jika anak anda pernah dijangkiti penyakit ini, mereka akan mendapat imunisasi dan tidak akan dijangkiti lagi sekali.

Cacar air juga mampu tersebar melalui cecair yang keluar daripada bintik-bintik. Selain itu juga, penyakit ini boleh tersebar sekiranya individu yang dijangkiti batuk atau bersin.

Anak anda akan terjangkiti cacar air sekiranya:

  • Mereka menyentuh permukaan atau objek yang telah tercemar.
  • Mereka menyentuh bintik-bintik yang terdapat pada bahagian badan individu yang telah terjangkiti.
  • Mereka berinteraksi dengan individu yang telah terjangkiti.

Merawat cacar air sendiri di rumah

Cacar air boleh dirawat sendiri di rumah. Walaubagaimanapun, anda perlu membawa anak anda berjumap doktor sekiranya simptom-simptom tidak bertambah baik selepas beberapa hari mendapatkan rawatan.

  • Jangan biarkan anak anak menggaru-garu bintik-bintik yang dialami untuk mengelakkan infeksi dan parut. Potong kuku mereka dan pakaikan sarung tangan dan sarung kaki.
  • Bantu mereka melegakan kegatalan pada bintik-bintik dengan menggunakan tuala yang lembab kepada kulit atau gunakan losyen calamine.
  • Pastikan mereka minum air yang banyak untuk mengelakkan dehidrasi.
  • Beri anak anda ubat-ubatan seperti paracetamol untuk melegakan demam dan simptom-simptom cacar air. Namun anda diingatkan untuk tidak memberi aspirin kepada anak anda sekiranya mereka berumur bawah 16 tahun.
  • Pastikan ruam yang dialami mereka kering dan bersih.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Ini Sebabnya Kenapa Perlu Cuci Rahim Selepas Gugur, Ibu Lepas Keguguran Kena Tahu!

    Dilation and curettage atau prosedur D&C adalah kaedah cuci rahim yang perlu dijalani oleh wanita selepas keguguran. Tetapi kenapa ia perlu dilakukan?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Kehamilan, Penjagaan Ibu hamil 10/08/2020 . 3 minit bacaan

    Wanita Penghisap Vape, Ada Risiko Jika Anda Menyusukan Bayi, Si Manja Akan Dapat Sakit Ini!

    Semasa vaping, nikotin di dalamnya diserap masuk ke sistem badan. Tetapi adakah terdapat kesan nikotin vape dalam susu badan jika ibu penghisap vape?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Keibubapaan, Penyusuan Badan 10/08/2020 . 3 minit bacaan

    Jaga-jaga Si Rabun, Masalah Mata Boleh Buat Anda Berisiko Jadi Nyanyuk Di Usia Tua Nanti!

    Masalah penglihatan boleh jejaskan struktur otak anda. Kajian terbaharu menunjukkan, semakin teruk gangguan penglihatan, semakin teruk risiko untuk nyanyuk!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Penjagaan Warga Emas 10/08/2020 . 3 minit bacaan

    Ujian Pap Smear Untuk Kesan Kanser Serviks, Tapi Boleh Juga Ke Wanita Nak Check Kanser Ovari?

    Anda mungkin tahu prosedur pap smear boleh mengesan kanser serviks pada peringkat awal. Namun, bolehkah ia mendiagnosis masalah kanser ovari?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Wanita 10/08/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    bengkung bersalin

    Nak Kembali Langsing Lepas Bersalin, Pakai Bengkung, Tapi Benarkah Ini Manfaatnya? Atau Ada Mudarat?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 11/08/2020 . 3 minit bacaan
    suami isteri bersetubuh

    Kantoi Depan Anak Tatkala Asyik Asmaradana! Apa Yang Ibu Bapa Perlu Lakukan?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 10/08/2020 . 3 minit bacaan
    penyakit vulvitis

    Sakit Bahagian Faraj? Bahaya! Anda Mungkin Alami Vulvitis, Radang Pada Bibir Kemaluan Wanita

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 10/08/2020 . 3 minit bacaan
    diet pritikin

    Lupakan Atkins, IF @ Keto, Ada Diet Lebih Berkesan Turunkan Berat Badan, Elak Penyakit Jantung Juga!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 10/08/2020 . 3 minit bacaan