backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan

9 Cara Terbaik Bantu Si Manja Anda Hilangkan Sedu, No. 4 Paling Berkesan!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 4 minggu lalu

    9 Cara Terbaik Bantu Si Manja Anda Hilangkan Sedu, No. 4 Paling Berkesan!

    Sedu adalah perkara normal yang berlaku pada setiap manusia termasuklah bayi. Pun begitu, kasihan pula melihat mereka tersedu sebegitu sambil menangis bukan? Jadi, adakah terdapat sebarang cara hilangkan sedu untuk membantu si manja anda? Usah khuatir, Hello Doktor pasti akan membantu anda!

    Ikuti artikel ini untuk mengetahui cara hilangkan sedu bayi dengan lebih lanjut.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Keibubapaan, anda boleh klik di sini.

    Apakah yang menyebabkan bayi anda mengalami sedu?

    Buat anda yang tertanya-tanya, pita suara bayi yang tertutup dengan cepat pada masa yang sama dengan kontraksi diafragma akan mengakibatkan bayi tersedu.

    Ibu bapa yang berpengalaman mempercayai bahawa sedu akan mendatangkan ketidakselesaan pada bayi dan akan cuba menghilangkan sedu bayi dengan serta-merta.

    Jangan risau kerana ia mungkin tidak benar. Sebenarnya, sedu tidak akan memberi sebarang kesan kepada bayi. Mereka juga boleh tidur dengan normal walaupun sedang mengalami sedu.

    Pun begitu, sudah pasti kita akan berasa kasihan dengan mereka yang tersedu sambil menangis itu bukan? Ibu bapa, ini cara hilangkan sedu bayi dengan cepat yang anda perlu buat ya!

    Apa cara hilangkan sedu bayi yang ibu bapa boleh buat?

    penyebab bayi sedu
    Tip menghentikan sedu pada bayi.

    Ya, seperti mana yang kebanyakan kita tahu, ia mungkin merupakan sesuatu perkara biasa yang tidak akan menyebabkan berlakunya sebarang komplikasi yang lain. Pun begitu, tidakkah anda berasa kasihan terhadap si manja anda ini?

    Jadi, sila lakukan cara hilangkan sedu di bawah ini sekiranya ia berlaku kepada bayi anda:

    #1. Biarkan bayi anda sendawa

    Semasa menyuapkan bayi, ambil sedikit masa untuk membiarkan mereka sendawa. Bayi perlu melakukan ini untuk melepaskan gas yang boleh menyebabkan sedu ini berlaku.

    Jika bayi anda menyusu badan, biarkan mereka sendawa sebentar sebelum menyambung kembali penyusuan.

    Jika mereka sedang dalam waktu makan pula, biarkan mereka sendawa setiap 50 hingga 80 gram pengambilan makanan, sesuai dengan saranan American Academy of Pediatrics.

    Tip: Semasa bayi sedang sedu, jangan menampar atau memukul sebaliknya usap belakang bayi dengan lembut.

    Cara hilangkan sedu bayi dengan cepat #2. Gunakan puting palsu

    Sedu pada bayi akan berlaku bergantung kepada banyak sebab, bukan sahaja makan.

    Oleh itu, jika bayi anda secara tiba-tiba sahaja tersedu, sumbat puting palsu dalam mulutnya dan biarkan mereka menghisapnya. Ini mampu membantu diafragma mereka untuk relaks lalu melegakan sedu.

    #3. Biarkan sedu berhenti sendiri, antara petua hilangkan sedu berpanjangan

    Jika dibiarkan, sedu si manja akan berhenti sendiri. Oleh itu, jangan buat bayi anda rasa tidak selesa dan biarkan sedu itu berhenti dengan sendiri.

    Sekiranya sedu masih lagi tidak berhenti, segera dapatkan bantuan doktor. Dalam beberapa kes, sedu mungkin merupakan petanda kondisi kesihatan yang perlu dibimbangkan.

    Cara hilangkan sedu bayi #4. Berikan bayi minum gripe water

    Jika sedu si manja dilihat mengganggu bayi anda, cuba berikan mereka gripe water yng diperbuat daripada herba (halia, adas, kayu manis dan chamomile) dipercayai dapat membantu masalah dalam perut dan kolik.

    Walau bagaimanapun, anda perlu dapatkan nasihat daripada doktor terlebih dahulu untuk memastikan tiada sebarang risiko terjadi kepada bayi anda jika menggunakannya.

    Tip: Jika anda mendapatkan gripe water ini daripada pasar raya, pastikan anda membaca labelnya terlebih dahulu dengan berhati-hati.

    Bagaimanakah mengelak berlakunya sedu pada bayi?

    cara hilangkan sedu
    Ubat untuk hilangkan sedu bayi.

    Disebabkan punca sedu susah diketahui, cara cara hilangkan sedu juga adalah agak sukar. Namun, tip berikut mungkin dapat membantu untuk hilangkan sedu berpanjangan:

    • Semasa menyuapkan bayi, pastikan bayi kekal tenang. Untuk memastikannya, suap bayi dengan perlahan-lahan
    • Sebaiknya, jangan tunggu sehingga mereka terlalu lapar atau mereka akan menjadi sukar dikawal
    • Selepas menyuapkan bayi, pastikan bayi tidak melakukan terlalu banyak pergerakan yang berat
    • Selain itu, pastikan juga bayi tidak terus bermain dengan penggunaan tenaga yang terlalu banyak sejurus selepas makan atau menyusu
    • Setiap kali selepas menyuapkan bayi, dukung bayi dalam posisi menegak sekurang-kurang 20 minit
    dukung bayi
    7 Cara gendong bayi dengan selamat dan selesa.

    Kesimpulan

    Hakikatnya, bayi sedu selepas menyusu adalah tidak berbahaya dan tidak akan mendatangkan apa-apa komplikasi kepada kita. Sedangkan kita yang dewasa ini juga pasti akan mengalaminya.
    Namun, ketahuilah bahawa ia sudah tentu akan mendatangkan ketidakselesaan kepada si manja. Jadi, lakukanlah cara hilangkan sedu dalam artikel ini jika bayi anda mengalaminya okay!

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Muhamad Firdaus Rahim

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 4 minggu lalu

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan