backup og meta

Bolehkah Bayi Makan Makanan Pedas?

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Helma Hassan · Disemak pada 17/01/2023

    Bolehkah Bayi Makan Makanan Pedas?

    Apabila kanak-kanak membesar, mereka perlu membiasakan diri dengan pelbagai jenis makanan. Makanan bayi tidak semestinya hambar dan tidak menarik. Sesetengah pakar menyarankan ibu bapa memperkenalkan rasa yang berbeza kepada bayi. Walau bagaimanapun, ramai ibu bapa percaya makanan pedas akan menyebabkan sakit perut atau masalah pencernaan pada bayi. Dan terdapat juga ibu bapa yang lebih terbuka tentang memperkenalkan pelbagai jenis makanan kepada anak-anak mereka, termasuklah makanan pedas. Tetapi adakah ia satu perkara yang baik?

    Sudah tentu, mencampurkan herba dan rempah yang kuat ke dalam makanan bayi bukanlah cadangan yang baik. Sistem pencernaan bayi masih lemah. Makanan terlalu pedas seperti cili akan menyebabkan masalah perut pada bayi anda. Oleh itu, lebih baik anda memberi bayi anda makan perisa yang sederhana terlebih dahulu.

    Apakah rempah dan herba dengan rasa pedas yang selamat untuk bayi anda?

    • Kulit kayu manis: Selama berabad-abad, kulit kayu manis telah digunakan untuk tujuan perubatan. Sebagai sumber manganese, besi, serat, dan kalsium, kulit kayu manis membantu menyokong sistem pencernaan dan membunuh beberapa bakteria seperti E.coli. Menghidu kulit kayu manis dipercayai meningkatkan fungsi otak. Anda boleh memperkenalkan kulit kayu manis kepada bayi anda dengan menambah beberapa serbuk kulit kayu manis pada bubur atau sup mereka.
    • Bawang putih: Bawang putih bukan sahaja antioksidan yang kuat, ia juga berfungsi sebagai penambah rasa untuk makanan. Rasa bawang putih tidak terlalu kuat dan pedas seperti rempah lain, jadi anda boleh menambahnya dalam mi, pasta atau sup.
    • Halia: Halia dikenali sebagai penawar berkesan untuk masalah perut. Ia biasanya disyorkan sebagai ubat untuk pelbagai jenis penyakit. Ia melindungi tubuh bayi daripada bakteria jahat dan juga membantu menyingkirkan angin daripada usus bayi anda.
    • Lada: Di kebanyakan negara Asia, kanak-kanak terdedah kepada cili merah, lada hitam, dan lada putih pada waktu yang sangat awal. Jika anak anda masih terlalu muda, anda harus bermula dengan sedikit lada hitam dan lada putih terlebih dahulu untuk membiarkannya terbiasa dengan rasa pedas yang baru itu. Kemudian anda boleh menambah cili merah sedikit pada kari untuk mereka cuba.

    Satu perkara yang harus diperhatikan adalah anda dinasihatkan untuk hanya memperkenalkan herba dan rempah-rempah kepada anak anda apabila mereka berusia lebih dari 6 bulan. Herba dan rempah-rempah ini mesti diberi secara berasingan supaya anda dapat melihat jika anak anda mempunyai tindak balas alahan kepadanya.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Muhamad Firdaus Rahim

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Helma Hassan · Disemak pada 17/01/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan