backup og meta

Bahayanya Minuman Panas! Jika Tertumpah, Kulit Anak Anda Boleh Melecur

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli · Disemak pada 06/07/2020

    Bahayanya Minuman Panas! Jika Tertumpah, Kulit Anak Anda Boleh Melecur

    Pada tahun 2018, seramai 900 orang kanak-kanak di bawah usia 2 tahun telah ditimpa kecederaan kebakaran (burn injury) di dalam rumah. Semuanya disebabkan oleh kelalaian ibu bapa meletakkan minuman panas di sudut penjuru meja.

    Eh, ramainya sampai 900 orang, betul ke? Ikuti artikel ini untuk mengetahui dengan lebih lanjut.

    Teriakan kesakitan dek terkena minuman panas

    Kadangkala sifat ingin tahu boleh memudaratkan, terutamanya kepada si anak kecil yang suka mencapai benda di sekeliling mereka.

    Bayangkan anda sudah siap membancuh Milo panas dan anda meletakkannya di penjuru meja. Anda kemudiannya, berlari-lari anak untuk mengambil jemuran kerana hari sudah hujan.

    Tiba-tiba anda terdengar teriakan kecil dari ruang tamu. Anak anda menangis dalam keadaan basah dan kemerahan, terkena minuman panas. 

    Menurut pakar, minuman panas yang telah dibancuh 15 minit yang lalu pun masih boleh menyebabkan kulit kanak-kanak melecur.

    Kecederaan ini boleh mengakibatkan komplikasi yang serius selain daripada ia akan meninggalkan kesan parut buat seumur hidup.

    Artikel berkaitan:

    Kecederaan kebakaran boleh mengancam nyawa individu, malangnya ia merupakan jenis kemalangan yang sering berlaku terutamanya dalam kalangan kanak-kanak.

    Data yang telah dikeluarkan oleh NHS telah menunjukkan 50% daripada jumlah keseluruhan kes kecederaan kebakaran (35,000) di England dan Wales untuk tempoh 5 tahun dalam kalangan mereka yang berumur di bawah 16 tahun adalah diakibatkan oleh makanan dan minuman panas.

    Statistik ini telah mendorong The Royal College of Surgeons dan British Burn Association untuk mendesak ibu bapa supaya lebih berhati-hati dalam meletakkan makanan atau minuman panas di atas meja.

    Lebih tepat lagi adalah untuk meletakkan makanan atau minuman panas jauh daripada pandangan kanak-kanak.

    Mencegah lebih baik daripada mengubati

    kecederaan kebakaran

    Masa adalah merupakan faktor penting dalam merawat mereka yang ditimpa kecederaan kebakaran.

    Ramai ibu bapa yang tahu akan kepentingan menggunakan air sejuk sejurus selepas kejadian dalam memberikan rawatan awal untuk mereka yang terkena air panas.

    Namun, jika kemalangan tersebut meninggalkan parut yang besar, ia mungkin tidak akan membesar selari dengan usia kanak-kanak tersebut.

    Ini kebiasaannya diatasi dengan beberapa jenis terapi dan pembedahan.

    Namun perlu diingatkan, ia merupakan cabaran yang besar perlu ditempuhi oleh anak anda dari sudut psikologi untuk jangka masa panjang.

    Bayangkan jika parut tersebut berada pada kawasan muka.

    Ia boleh menyebabkan anak anda disisih oleh rakan sebaya kerana perbezaan pada rupa luaran seterusnya merendahkan keyakinan diri mereka untuk menjalinkan hubungan sosial yang sihat.

    minuman panas

    Sebab itulah penting bagi ibu bapa untuk memahami kepentingan bagi mencegah perkara tersebut daripada berlaku terlebih dahulu.

    Pada tahun 2018, jumlah kanak-kanak di bawah 2 tahun yang telah dirawat oleh unit kebakaran hospital di England dan Wales mencecah 1,576 individu.

    900 daripadanya mengalami kecederaan kebakaran disebabkan oleh tertumpahnya minuman teh dan kopi yang panas.

    Baca juga:

    Namun apa yang perlu kita tahu adalah statistik ini berkemungkinan lebih kecil jumlahnya berbanding dengan jumlah sebenar mereka yang dirawat disebabkan oleh insiden yang sama.

    Ini kerana statistik ini tidak mengambil kira kecederaan kecil yang dirawat di unit kecemasan hospital.

    Konklusi

    minuman panas

    Jadikan satu kebiasaan buat anda untuk meletakkan minuman atau makanan panas jauh daripada penjuru meja.

    Letakkan anak-anak anda yang aktif bergerak ke sana ke mari di dalam katil atau kerusi bayi sebelum anda meninggalkan mereka untuk mengerjakan sesuatu.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli · Disemak pada 06/07/2020

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan