backup og meta

Vaksin Tidak Akan Menyebabkan Autisme, Jangan Mudah Terpedaya!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 27/05/2021

    Vaksin Tidak Akan Menyebabkan Autisme, Jangan Mudah Terpedaya!

    Sehingga kini, gerakan anti-vaksin di seluruh dunia semakin membesar dan membimbangkan dan kini, mereka berpendapat bahawa vaksin menyebabkan autisme dalam kalangan kanak-kanak.

    Vaksinasi atau imunisasi adalah satu tindakan memasukkan zat yang mengandungi antigen ke dalam tubuh badan untuk menghasilkan antibodi.

    Pun begitu, masih wujud golongan ibu bapa yang tidak memberikan vaksin kepada anak mereka kerana tidak mempercayainya. 

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.

    Apa itu vaksin?

    vaksin menyebabkan autisme

    Vaksin adalah satu bahan kimia yang mengandungi antigen. Ia diperolehi daripada sebahagian atau keseluruhan struktur virus, bakteria atau kuman yang telah dilemahkan atau dimatikan.

    Suntikan vaksin ini bertujuan untuk memberikan kanak-kanak perlindungan terhadap pelbagai penyakit berbahaya seperti campak, beguk, rubella (MMR).

    Vaksin adalah sangat penting kerana tanpanya, penyakit-penyakit berbahaya ini mampu menyebabkan kematian.

    Prosedur mengambil suntikan vaksin adalah sangat mudah, selamat dan telah terbukti berkesan menghasilkan imuniti dalam tubuh badan kanak-kanak sekali gus melindungi mereka daripada penyakit yang boleh membawa maut.

    Apa itu autisme?

    vaksin menyebabkan autisme

    Autisme adalah gangguan pertumbuhan tumbesaran kanak-kanak yang akan memberi kesan terhadap aspek mental yakni pemikiran mereka.

    Mengikut statistik, malangnya ia boleh terjadi kepada 1 atau 2 orang daripada 1,000 orang kanak-kanak dan lebih berisiko terhadap kanak-kanak lelaki. Kanak-kanak yang menghidap autisme akan mempunyai masalah dalam kemahiran-kemahiran seperti berikut:

    • Kemahiran kognitif
    • Kemahiran bertutur dan berkomunikasi
    • Kemahiran interaksi sosial
    • Kemahiran mengawal emosi dan tingkah laku

    Antara punca yang diketahui menyebabkan kanak-kanak menghidap autisme adalah faktor genetik, persekitaran, neurobiologi atau ibu atau bapa terlalu lewat usia ketika hamil.

    Dari mana timbulnya kepercayaan ini?

    Kesemua kanak-kanak yang dipilih menjadi bahan kajian ini oleh Dr. Andrew Wakefield bersama rakan-rakan penyelidiknya mengenai tanda awal autisme setelah menerima imunisasi MMR pada bulan sebelum penelitian dijalankan.

    Dalam pada itu lagi, kesemua kanak-kanak ini mempunyai gangguan pada sistem pencernaan mereka.

    Dr. Andrew bersama para pengkajinya mula menjalankan kajian dengan melakukan endoskopi terhadap kanak-kanak terbabit.

    Hasilnya, mereka menemui pembengkakan kelenjar pada organ pencernaan mereka. Dr. Andrew kemudiannya membuat kesimpulan bahawa ia berlaku disebabkan oleh suntikan vaksin MMR.

    Beliau menegaskan bahawa vaksin MMR mampu menyebabkan peradangan pada usus sehingga protein yang tidak sepatutnya berada dalam aliran darah boleh masuk dan mengalir sampai ke otak.

    Berdasarkan penemuan ini, Dr. Andrew mula mempercayai bahawa vaksin MMR ini akan menyebabkan gangguan pada perkembangan otak kanak-kanak mengakibatkan mereka menghidapi autisme.

    Fahaman ini disebarkan oleh beliau dan para pengkajinya dan penemuan mereka  mencetuskan gerakan anti-vaksin yang tidak mempercayai vaksin dan beranggapan vaksin menyebabkan autisme dalam kalangan kanak-kanak.

    • Menyebabkan kerosakan pada usus kanak-kanak lalu menyebabkan penyerapkan protein encephalopathic lalu menyebabkan mereka menjadi pelupa, keliru dan kesengsaraan.
    • Bahan  dalam vaksin seperti merkuri, aluminium dan lain-lain mampu menjadi toksik dalam sistem saraf tubuh badan kanak-kanak lalu merosakkannya.
    • Penggabungan ketiga-tiga vaksin yang menjadi satu ini menyebabkan sistem imun tubuh badan kanak-kanak tidak dapat menerimanya sekali gus.

    Adakah vaksin menyebabkan autisme?

    Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh National Autistic Society di Britain, fakta vaksin menyebabkan autisme tidak benar.

    Ia mungkin disebabkan oleh genetik, persekitaran atau pengambilan ubat-ubatan yang mampu mengganggu pertumbuhan otak kanak-kanak.

    Pun begitu, tiada satu bukti kukuh yang dapat mengaitkan vaksin menyebabkan autisme dengan vaksin MMR.

    Menurut mereka lagi, antara contoh ubat-ubatan yang boleh menyebabkan austisme adalah sodium valproate antidepressants dan anti-epileptic yang kebanyakan negara juga telah mengharamkan penggunaannya dan bukannya sebarang vaksin.

    Manakala di Denmark pula, seramai 2 juta kanak-kanak yang lahir di antara tahun telahpun dikaji untuk melihat sama ada vaksin menyebabkan autisme atau tidak.

    Keputusannya, ia adalah tidak benar sama sekali, hasilnya menunjukkan bahawa vaksin bukanlah penyebab autisme dalam kalangan kanak-kanak dan risikonya sebenarnya boleh berlaku terhadap kesemua kanak-kanak tanpa mengira mereka mengambil vaksin atau tidak.

    Kajian ini terpaksa dilakukan semula kerana kebimbangan terhadap vaksin dan perkembangan autisme tidak pernah tamat.

    Dan dengan gerakan anti-vaksin yang semakin kuat, trend ini sangat membimbangkan ahli perubatan di dunia.

    Pun begitu, hasilnya tetap sama iaitu tiada perkaitan secara langsung atau tidak langsung di antara pengambilan vaksin dengan autisme.

    Pada 2011, Institute of Medicine (IOM) mengeluarkan kenyataan bahawa vaksin adalah selamat untuk diambil setelah menjalankan kajian terhadap 8 individu dewasa dan kanak-kanak.

    Bahan-bahan yang terdapat dalam vaksin seperti merkuri dan aluminium juga telah terbukti tidak membuatkan vaksin menyebabkan autisme.

    Ini dapat disahkan dengan kajian saintifik yang dibuat oleh IOM dan CDC  yang dapat membuktikan vaksin tidak menyebabkan kerencatan pada otak kanak-kanak.

    Dalam erti kata lebih mudah, vaksin tidak memudaratkan dan fakta mengatakan vaksin menyebabkan autisme tidak benar.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Gabriel Tang Pei Yung

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 27/05/2021

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan