Ibu dan bapa anda boleh membawa cucu kesayangan mereka pergi memetik buah di kebun, memancing ikan di tepi sungai atau tali air sawah padi, mandi di telaga atau menolong neneknya membuat kuih.
#5. Bantuan kecemasan
Ia kedengaran seperti tidak masuk akal, tetapi ia benar-benar berkesan apabila anda mengalami sesuatu kecemasan berkaitan anak anda. Sebagai contoh, bagaimana kalau bayi atau anak anda menangis tanpa henti pada jam 3 pagi?
Anda pasti akan menelefon ibu atau bapa anda terlebih dahulu untuk mendapatkan pandangan mereka. Ini kerana mereka lebih mengenali anda dan bayi anda berbanding babysitter anda.
Sekiranya ibu dan bapa anda tinggal beredekatan, mereka tidak akan keberatan untuk datang melawat ke rumah anda sekiranya sebarang pertolongan diperlukan. Mereka juga lebih mengetahui bagaimana untuk menenangkan anda.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen