Sakit Gigi dalam Kalangan Kanak-kanak: Bagaimana Menghadapinya?

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Gigi terbentuk dalam pelbagai saiz, bentuk dan lokasinya di rahang. Perbezaan ini membolehkan gigi berfungsi bersama-sama untuk membantu anda mengunyah, bercakap dan tersenyum. Malahan gigi juga membantu memberikan wajah terbentuk. Pada setiap kelahiran, seseorang biasanya mempunyai 20 gigi bayi (primer), yang mana mula terhasil pada usia kira-kira 6 bulan. Kemudian ianya tertanggal atau tercabut pada pelbagai masa sepanjang zaman kanak-kanak. Menjelang umur 21, kesemua 32 gigi kekal biasanya terhasil.

Perkembangan Gigi Kanak-kanak

sakit gigi

Apakah peringkat perkembangan gigi anak anda? Perkembangan gigi kanak-kanak adalah proses transformasi berterusan sehingga mereka memasuki alam dewasa. Berikut adalah pecahan pertumbuhan gigi anak anda.

Jenis-jenis gigi

Terdapat empat jenis gigi utama. Setiap satunya adalah unik serta memberi fungsi dan kegunaan yang berbeza:

  • Gigi kacip adalah gigi depan atas dan bawah. Apabila kita menggigit makanan, gigi kacip akan berfungsi seperti gunting untuk memotong makanan tersebut.
  • Gigi taring adalah tajam, dan mengapit gigi seri pada rahang atas dan bawah. Gigi taring berfungsi untuk mengoyak makanan.
  • Gigi geraham depan adalah gigi berpermukaan rata pada bahagian belakang mulut di sebalik gigi taring dan berfungsi untuk menghancurkan makanan.
  • Gigi geraham belakang terletak di bahagian belakang dan lebih besar daripada gigi geraham depan. Jenis gigi ini juga rata dan juga digunakan untuk menghancurkan makanan.

Gigi sebelum lahir

Semasa dalam kandungan lagi, bayi anda sudah mula membentuk gigi pada awal kehamilan. Hakikatnya, tisu pertama tunas gigi bayi terbentuk pada minggu keenam semasa dalam rahim ibu. Enamel mula untuk berkembang apabila fetus berada pada usia tiga ke empat bulan. Apabila bayi lahir, mereka selalunya sudah mempunyai 20 gigi susu di bawah gusi.

Gigi selepas lahir

Kanak-kanak akan mula fasa hendak tumbuh gigi (teething) sekitar usia mereka enam bulan. Ini adalah proses di mana gigi susu hendak keluar melalui gusi bagi membolehkan gigi berfungsi. Kanak-kanak selalunya tumbuh kesemua 20 gigi susu sebelum usia mereka 24 bulan. Gigi bayi selalunya akan keluar dalam turutan tertentu termasuklah gigi kacip, gigi geraham depan, gigi taring dan gigi geraham belakang.

Gigi geraham belakang kekal mula tumbuh pada usia kanak-kanak 5 tahun. Gigi geraham ini berada di bahagian belakang dan tumbuh terakhir sekali. Seterusnya, gigi kacip tengah pada rahang bawah akan tercabut dan digntikan dengan gigi kacip kekal. Meskipun ini adalah turutan standard, namun setiap kanak-kanak mengalami pertumbuhan gigi berbeza dan giginya boleh tercabut pada masa atau turutan yang berbeza.

Dari usia 5 hingga 11 tahun, kanak-kanak akan hilang gigi susu yang lain dan digantikan dengan gigi kekal.

Kanak-kanak akan tumbuh gigi geraham belakang kedua sekitar usia 11 atau 12 tahun. Ini adalah gigi paling belakang yang tumbuh sebelum gigi bongsu, yang akan tumbuh sekitar usia 17 hingga 21 tahun. Namun, bukan semua orang akan tumbuh gigi bongsu. Walau bagaimanapun, jika kesemua gigi sudah terbentuk, seorang dewasa akan mempunyai 32 batang gigi.

Bagaimana menangani kehilangan gigi

Walaupun ia merupakan proses semula jadi, namun kehilangan gigi boleh jadi menyakitkan untuk kanak-kanak, terutamanya bagi anak kecil. Namun, sesetengah kanak-kanak juga ada yang tidak merasai kesakitan semasa gigi tercabut. Sebagai ibu bapa, anda perlu membantu anak anda menangani proses ini secara fizikal dan emosi. Setiap ibu bapa perlu menenangkan anak mereka dengan cara menerangkan bahawa setiap kanak-kanak akan merasai pengalaman proses kehilangan gigi dan tumbuh gigi kekal. Bagi melegakan kesakitan akibat kehilangan gigi, anda boleh meletakkan ubat antikeradangan atau kompres-dingin tanpa preskripsi bagi melegakan ketidakselesaan. Berbincang dengan doktor gigi anak anda untuk mendapatkan saranan bagi ubat yang boleh mengurangkan sakit gigi kanak-kanak.

Sakit Gigi dalam Kalangan Kanak-kanak

sakit gigi

Apakah sakit gigi pada kanak-kanak?

Sakit gigi (pulpitis) adalah apabila pulpa di dalam gigi menjadi meradang dan dijangkiti. Pulpa adalah bahagian lembut di dalam gigi yang mempunyai saluran darah dan saraf.

Apa punca sakit gigi pada kanak-kanak?

Sakit gigi sering berlaku selepas kecederaan pada gigi. Bentuk yang paling biasa untuk kecederaan gigi adalah dari rongga. Ia adalah lubang dalam gigi atau dengan bahasa mudah keadaan gigi berlubang.

Satu rongga sering disebabkan kebersihan gigi yang lemah. Gula dan kanji dalam makanan membolehkan bakteria di dalam mulut merosakkan gigi. Bakteria di dalam mulut memakan gula dan kanji dan membuat asid yang boleh dimakan melalui gigi. Ini membawa kepada kerosakan gigi.

Apakah simptom sakit gigi pada kanak-kanak?

Setiap kanak-kanak mungkin merasakan simptom yang sedikit berbeza. Tetapi di bawah adalah simptom yang paling biasa bagi keadaan sakit gigi:

  • Sakit yang berterusan, berdenyut dalam gigi
  • Sakit gigi menjadi lebih teruk apabila ianya disentuh
  • Sakit gigi semakin buruk dengan makanan atau cecair panas atau sejuk
  • Rahang sekitar gigi terjejas bengkak/sakit
  • Demam
  • Secara amnya letih dan berasa teruk (malaise)

Bagaimanakah sakit gigi pada kanak-kanak didiagnosis ?

Pembekal penjagaan kesihatan anak anda sering boleh mendiagnosis sakit gigi dengan sejarah kesihatan lengkap dan pemeriksaan anak anda. Dia mungkin akan merujuk anak anda kepada doktor gigi untuk penilaian dan penjagaan.

Ketika di doktor gigi, anak anda mungkin melakukan X-ray. Sinar X menghasilkan imej tisu dalaman, tulang, dan gigi. Doktor gigi juga boleh memeriksa rongga menggunakan peranti yang dipanggil transilluminator. Ia tidak menggunakan radiasi.

Simptom sakit gigi mungkin kelihatan seperti masalah kesihatan atau pergigian yang lain. Pastikan anak anda berjumpa pembekal penjagaan kesihatannya atau doktor gigi untuk diagnosis.

Bagaimanakah merawat sakit gigi pada kanak-kanak?

Jika anak anda mengalami sakit gigi, anda perlu membuat temu janji dengan doktor pergigian am atau pediatrik di kawasan anda. Rawatan akan bergantung kepada simptom, umur, dan kesihatan umum anda. Ia juga bergantung kepada keterukan keadaannya.

Selain itu, anda boleh memberikan bantuan sementara dengan rawatan di rumah. Rawatan boleh merangkumi:

Bilasan air garam suam

Pastikan anak anda berkumur dan membilas mulutnya dengan air suam yang dicampur dengan garam. Ini kerana garam berfungsi untuk membuuh bakteria, sementara air suam dapat membantu meringankan rasa sakit dan mengurangkan bengkak dalam gusi. Anda boleh melakukan ini berulang kali sepanjang hari.

Minyak bunga cengkih

Sapu beberapa titisan minyak cengkih ke dalam bola kapas sehingga sedikit basah, kemudian sapukan langsung ke gigi untuk meringankan rasa sakit. Minyak cengkih boleh membantu menenangkan sakit gigi dan membuatkan mati rasa atau kebas pada mulut di sekeliling gigi. Anda juga boleh memerah beberapa titis ke dalam bahagian minyak kelapa dan berkumur dengan campuran itu. Minyak kelapa itu sendiri boleh mengurangkan pembentukan plak, melawan penyakit gusi dan mencegah kerosakan gigi, jadi walaupun anda tidak mengalami sakit gigi, anda boleh menggunakannya.

Ubat sakit bukan preskripsi

Mengambil ubat melegakan kesakitan OTC boleh membantu meredakan kesakitan, tetapi sila ikuti dos yang disyorkan untuk kanak-kanak.

Tuam sejuk

Tuam sejuk di luar pipi anak anda boleh membantu rasa sakit dan melegakan bengkak jika sakit gigi disebabkan oleh trauma atau kecederaan dan bukannya kerosakan gigi atau plak.

Hidrogen peroksida

Bilas sedikit hidrogen peroksida dengan air dan berkumur seperti cecair mulut. Ia boleh membawa anda melegakan dan menangkis gingivitis. Walau bagaimanapun, anda perlu berhati-hati bahawa anak anda tidak menelan atau memakannya kerana ia boleh menyebabkan masalah perut.

Pudina (Peppermint)

Tumbuhan aromatik ini sering digunakan untuk mengurangkan sakit kepala, selesema dan loya dan ia juga boleh menyembuhkan sakit gigi. Cuba kaedah ini:

  • Letakkan daun pudina segar pada gigi anda.
  • Biarkan kantung teh pudina sehingga ia panas, kemudian tekan pada gigi.
  • Campurkan minyak pati  pudina dengan minyak cengkih, sapu pada satu bola kapas dan letakkannya pada gigi untuk menentang kerengsaan untuk merawat sakit gigi.

Bawang putih

Untuk meringankan sakit gigi, bawang putih boleh digunakan sebagai antibiotik semula jadi. Anda boleh mencincang halus bawang putih, menghancurkannya dan, setelah membiarkannya selama 10 atau lebih minit, sapu terus ke kawasan terjejas itu. Selepas satu atau dua minit, bilas mulut anda dengan air garam suam, jika boleh.

Lain-lain kaedah untuk merawat sakit gigi adalah:

  • Antibiotik
  • Penyingkiran gigi
  • Menghidapi infeksi penuh nanah (abses), jika diperlukan
  • Penampalan mudah, jika diperlukan
  • Pembedahan untuk mengeluarkan pulpa yang meradang dari bahagian tengah gigi (saluran akar)

Sekiranya jangkitannya teruk, anak anda mungkin dirawat di hospital. Dia mungkin memerlukan antibiotik melalui tiub IV (intravena).

Bagaimana Pula dengan Pereputan Gigi Kanak-kanak?

sakit gigi

Pereputan gigi dalam kalangan bayi dan kanak-kanak selalunya dikaitkan dengan penggunaan botol susu mereka. Ini kerana gigi boleh mereput akibat pendedahannya kepada cecair manis yang mengandungi gula seperti (susu ibu, susu formula dan jus buah-buahan) dalam tempoh yang lama. Bakteria di dalam mulut akan bergerak balas dengan gula lalu mengeluarkan asid yang boleh merosakkan gigi. Ini akan menyebabkan gigi mereput dan keadaan ini dikenali sebagai baby bottle tooth decay (BBTD).

Apakah tanda-tanda dan simptom BBTD?

Berbeza dengan kaviti yang selalunya tidak dapat dilihat dengan mata kasar, kondisi ini akan menyerang bahagian hadapan gigi anak anda yang jelas kelihatan. Kebanyakan ibu bapa tidak akan perasan akan gejala ini kerana kerosakan gigi ini pada mulanya tidak akan terlihat sehinggalah lapisan enamel gigi terhakis dan memperlihatkan gigi yang sudah reput.

Sebaiknya, bawalah anak anda berjumpa dengan doktor gigi sekiranya anda perasan gigi anak anda mulai rosak atau anak anda mengadu sakit pada bahagian mulut mereka.

Apa yang perlu dilakukan?

Ada beberapa langkah yang boleh membantu mencegah pereputan gigi berlaku. Ini termasuklah mempraktikkan penjagaan gigi mulut pada awal usia anak anda lagi. Berikut merupakan apa yang boleh dilakukan untuk mengelak pereputan gigi:

  • Bersihkan dengan lembut menggunakan pad atau kapas yang bersih setiap kali selepas makan
  • Mula berus gigi anak anda tanpa menggunakan ubat gigi sejurus gigi pertamanya mulai tumbuh
  • Bersihkan dengan lembut bahagian gusi yang masih belum tumbuh gigi
  • Flos gigi anak anda selepas ia mulai tumbuh
  • Pastikan anak anda mendapatkan florida yang mencukupi untuk membantu menghilangkan kaviti. Jika air di kawasan anda diami tidak mempunyai florida, berhubunglah dengan doktor gigi atau doktor anda untuk mendapatkannya
  • Bawa anak anda berjumpa doktor gigi menjelang ulang tahun pertama kelahirannya untuk membuat pemeriksaan dan mendapatkan rawatan.

Sebenarnya, ibu bapa tidak perlu takut untuk menghentikan sesuatu tabiat buruk anak anda. Cuba halang anak anda daripada melakukan tabiat seperti menggigit botol susu semasa tidur untuk mengurangkan risiko pereputan gigi dengan:

  • Secara beransur-ansur, cairkan kandungan botol dengan air selama 2 hingga 3 minggu
  • Setelah tempoh itu tamat, isi botol tersebut dengan air putih

Sentiasa ingat bahawa penjagaan gigi anak anda semasa kecil akan memberi kesan kepada kesihatan gigi dan mulut dewasa kelak.

Bagaimana menghalang pereputan gigi daripada berlaku?

Berikut merupakan beberapa tip untuk menghalang berlakunya pereputan gigi:

  • Jangan isi botol anak anda dengan cecair yang mengandungi kandungan gula seperti gelatin, punch atau minuman berkabonat
  • Cuba tidurkan anak anda dengan botol air berisi air putih sahaja bukannya jus, susu atau minuman lain
  • Beri anak anda yang berumur 6 hingga 12 bulan hanya susu formula di dalam botol
  • Alihkan botol susu setelah anak anda sudah tertidur
  • Elakkan anak anda untuk berjalan dengan botol susu sebagai pengganti puting palsu. Selain itu, jangan biasakan anak anda dengan puting palsu serta jangan celupkan puting palsu mereka ke dalam madu atau sebarang bentuk sirap atau gula
  • Ajar anak anda untuk minum menggunakan cawan sekitar berusia 6 bulan. Berhenti menggunakan botol apabila mereka sudah mencecah usia 12 hingga 14 bulan
  • Hadkan jus kepada 6 auns sahaja pada setiap sajian

Tip penjagaan gigi anak anda:

  • Setiap kali selepas makan, lapkan gigi dan gusi anak anda dengan menggunakan pad atau kapas yang bersih untuk menanggalkan plak
  • Mula berus gigi anak anda sejurus gigi mulai tumbuh. Jadikan ia sebagai rutin bersama sebelum anda tidur. Jika anak anda sudah mula meningkat usia, gunakan pad atau kapas lembut berserta ubat gigi yang tidak mempunyai fluorida dan sapukannya perlahan-lahan pada gigi mereka. Anda boleh mula menggunakan ubat gigi dengan fluorida apabila anak anda sudah pandai untuk meludahkannya semula selepas memberus gigi. Pastikan anak anda menggunakan berus gigi yang lembut dan kecil selain amaun ubat gigi yang sedikit sahaja
  • Mula flos gigi anak anda apabila semua gigi susu sudah tumbuh (biasanya sekitar berusia 2 ½)
  • Jika anak anda berusia 6 bulan atau lebih, anda boleh mula gunakan sumber air atau suplemen yang mempunyai fluorida
  • Periksa gigi anak anda dengan kerap dan bawa mereka berjumpa doktor apabila kesemua gigi susu anak anda sudah tumbuh pada usia 2 hingga 3 tahun

Masalah Pergigian Lain yang Sering Dialami Kanak-kanak

sakit gigi

Terdapat beberapa masalah mengenai pergigian yang sering berlaku pada kanak-kanak. Walaupun gigi mereka sebenarnya akan berganti dengan gigi yang kekal kelak, memastikan gigi mereka kekal sihat adalah sangat penting untuk kesihatan menyeluruh anak anda.

Menghisap Ibu Jari

Selain patung beruang dan selimut kegemaran mereka, perbuatan menghisap ibu jari sendiri juga merupakan antara perkara yang paling menyenangkan buat mereka. Adakah perkara ini perlu dibimbangi? Dalam kebanyakan kes, tidak. Ini kerana perbuatan ini adalah kelakuan semula jadi buat kebanyakan kanak-kanak. Namun begitu, jika perbuatan ini masih berterusan dilakukan sehingga mencecah usia 5 tahun (bila gigi kekal mula tumbuh), masalah pergigian akan berlaku. Perbuatan ini akan menyebabkan masalah pada penjajaran gigi dan rahang, pembentukan lelangit serta kemampuan untuk bertutur yang akan menyebabkan gigi jongang dan sering menyebabkan kejadian tergigit lidah sendiri.

Menggigit bibir

Perbuatan menggigit bibir dilakukan dengan meletakkan bibir bawah di antara gigi atas dan gigi bawah lalu menghisapnya. Ia juga mungkin akan dilakukan serentak dengan perbuatan menghisap ibu jari. Perbuatan ini juga akan menjejaskan penjajaran gigi serta kemampuan untuk bertutur.

Menggigit lidah

Perbuatan menggigit lidah dilakukan dengan meletakkan bahagian hujung lidah di antara gigi atas dan gigi bawah. Sama seperti perbuatan menghisap ibu jari dan menggigit bibir, perbuatan ini juga akan menjejaskan penjajaran gigi yang akan menyebabkan gigi jongang dan sering menyebabkan kejadian tergigit lidah sendiri. Perbuatan ini juga akan menjejaskan kemampuan untuk bertutur.

Kehilangan gigi awal

Kanak-kanak akan kehilangan gigi akibat pereputan, kecederaan ataupun kekurangan ruang pada rahang. Jika gigi anak anda tercabut sebelum gigi kekal mulai tumbuh, gigi yang terdekat akan berubah tempat lalu merosakkan penjajaran gigi kanak-kanak kelak. Perubahan tempat gigi juga akan menyebabkan gigi kekal tumbuh jongang, berlapis ataupun bersiung. Penjajaran gigi yang tidak betul pula akan menyebabkan pelbagai masalah pergigian kelak.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

Rujukan
Anda mungkin berminat dengan artikel berikut