backup og meta

6 Resepi Bubur Bayi 6 Bulan Ke Atas Yang Parents Boleh Cuba, Si Manja Pasti Suka!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 08/03/2024

    6 Resepi Bubur Bayi 6 Bulan Ke Atas Yang Parents Boleh Cuba, Si Manja Pasti Suka!

    Pernahkah ibu bapa terfikir mengenai resepi makanan bayi 6 bulan ke atas yang sedap, menarik dan berkhasiat buat si comel anda? 

    Bagi memastikan bayi membesar dengan sempurna, aspek pemakanan mereka perlu dijaga dengan sempurna.

    Selepas bayi dilahirkan, mereka akan bergantung sepenuhnya terhadap susu ibu.

    Selepas itu, anda boleh mula beralih kepada susu formula atau susu segar jika tidak mampu meneruskan penyusuan susu badan.

    Makanan apakah yang paling sesuai buat bayi selain susu? Jawapannya adalah bubur nasi untuk bayi 6 bulan.

    Namun begitu, apakah resepi resepi makanan bayi 6 bulan ke atas yang paling baik? Sila ikuti artikel ini dengan lebih lanjut untuk tahu jika ada menu bayi 6 bulan KKM yang bagus.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.

    Resepi makanan bayi 6 bulan ke atas

    Antara makanan pertama yang boleh ibu bapa berikan kepada bayi adalah puri atau bubur. Persoalannya, apakah jenis bubur yang sesuai untuk bayi anda?

    makanan bayi
    Makanan yang perlu dihindari bayi bawah 1 tahun.

    Berikut merupakan resepi bubur bayi yang boleh anda cuba sediakan buat si comel anda.

    1. Bubur nasi dengan susu ibu

    Hakikatnya, tiada makanan yang mampu menggantikan susu ibu. Oleh itu, apa kata jika anda campurkan bubur nasi untuk bayi 6 bulan dengan susu ibu?

    Sudah pasti ia akan penuh khasiat dan nutrisi serta disukai oleh bayi. Bahan yang diperlukan adalah nasi dan susu ibu.

    Cara memasaknya adalah seperti berikut:

    • Cuci beras bersih-bersih dan kisar halus. Masukkan air dan biarkan bubur mereneh
    • Kacau sekurang-kurangnya 10 minit dalam api perlahan. Kemudian, sedia untuk dihidang!

    Resepi makanan bayi 6 bulan ke atas #2: Bubur nasi dengan ayam

    Ini merupakan bubur nasi yang paling sedap dan merupakan kegemaran ramai individu tanpa mengira usia.

    Bahan-bahan yang diperlukan adalah beras dan ayam bahagian dada.

    Cara memasaknya adalah seperti berikut:

  • Cuci beras bersih-bersih dan kisar halus
  • Rebus dada ayam sehingga masak. Biarkan seketika sehingga sejuk
  • Masukkan sedikit sup ayam tadi bersama dada ayam ke dalam pengisar
  • Masak beras bersama air di dalam periuk. Biarkan ia mereneh dalam api perlahan
  • Kacau sekurang-kurangnya 10 minit. Setelah mendidih, masukkan ayam yang dikisar ke dalam bubur tadi
  • Masukkan sedikit lagi lebihan sup ayam. Kacau lagi
  • Kemudian, sedia untuk dihidang!
  • Resepi makanan bayi 6 bulan ke atas #3: Bubur nasi dengan kentang

    Jika bayi anda sudah mencapai usia 9 bulan ke atas, anda mungkin boleh cuba tawarkannya bubur nasi bersama kentang.

    Kentang sangat sesuai untuk dicampurkan ke dalam bubur nasi bayi kerana ia merupakan sumber karbohidrat yang baik.

    Bahan untuk bubur nasi bersama kentang ialah beras dan kentang.

    resepi makanan bayi 6 bulan
    Bubur untuk bayi umur 6 bulan ke atas.

    Cara memasaknya adalah seperti berikut:

    • Sangai beras dan goreng tanpa minyak
    • Kisar beras sehingga hancur
    • Masukkan beras, kentang yang dicincang kecil dan sedikit air
    • Masak dengan api perlahan
    • Lenyekkan kentang sebelum diberi kepada si manja

    4: Bubur nasi dengan bayam

    Bayi semakin besar dan boleh makan sayur?

    Selain brokoli, bayam juga amat sesuai untuk diberikan kepada si comel anda. Cuma, pastikan anda menghirisnya kecil-kecil terlebih dahulu.

    Bahan-bahannya ialah beras dan bayam.

    Cara memasaknya adalah seperti berikut:

    • Sangai beras dan goreng tanpa minyak
    • Kisar beras sehingga hancur
    • Masukkan beras, bayam yang dicincang kecil dan sedikit air
    • Masak dengan api perlahan
    • Lenyekkan bayam sebelum diberi kepada bayi

    Tips lain: Sama seperti brokoli, membasuh dengan melalunya di bawah air sahaja tidak mencukupi untuk sayur bayam.

    Anda perlu merendamnya dalam air sekurang-kurangnya 30 minit supaya semua kutu dan serangga yang tersembunyi di dalamnya keluar.

    Selain daripada jadual makan bayi 6 bulan dan sukatan makanan bayi 6 bulan dalam bentuk bubur nasi, terdapat pelbagai lagi makanan lain yang sangat sesuai buat bayi anda.

    Maka, ada 4 menu bubur nasi yang sihat dan sedap untuk bayi 6 bulan ke atas iaitu:

    1. Bubur nasi dengan susu ibu
    2. Bubur nasi dengan ayam
    3. Bubur nasi dengan kentang
    4. Bubur nasi dengan bayam

    Berikut merupakan antara resepi makanan bayi 6 bulan yang lain:

    resepi makanan bayi 6 bulan
    Puri sayur-sayuran dan buah-buahan.

    Resepi makanan bayi 6 bulan ke atas #5: Puri sayur-sayuran

    Bahan-bahan yang diperlukan:

    • 1⁄2 cawan sayur pilihan anda
    • Air yang secukupnya untuk mengukus

    Cara memasak:

    • Masukkan sayur pilihan anda ke dalam pengukus, letakkan di atas air mendidih dan kukus selama 15 minit atau sehingga ia lembut
    • Kisar dengan sedikit air ataupun sup ayam yang secukupnya
    • Puri sayur-sayuran boleh diberi begitu sahaja pada mula-mula untuk mengikuti 4 days wait rule apabila memperkenalkan makanan baru kepada si manja

    Resepi makanan bayi 6 bulan ke atas #6. Puri buah-buahan

    Bahan-bahan yang diperlukan:

    • 1 biji buah pilihan anda yang telah dibersihkan, dibuang kulit, diasing biji dan dipotong 
    • 1 cawan air

    Cara memasak resepi makanan bayi 6 bulan ke atas ini adalah:

    • Tuang air ke dalam kuali dan didihkan
    • Masukkan buah pilihan anda ke dalam periuk
    • Tutup dan renehkan selama 10 minit atau sehingga buah tersebut menjadi lembut
    • Lenyek buah tersebut dengan menggunakan garpu sehingga menjadi puri atau anda juga boleh kisarkan ia dengan mesin pengisar
    • Puri buah-buahan boleh diberi begitu sahaja ataupun dicampur dengan susu ibu

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Gabriel Tang Pei Yung

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 08/03/2024

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan