backup og meta

Nak Anak Genius? Beri Si Manja 8 Makanan Super Ini

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 06/07/2022

    Nak Anak Genius? Beri Si Manja 8 Makanan Super Ini

    Tahukah anda bahawa sesetengah pemakanan tertentu dapat membantu perkembangan otak si manja. Berikan anak anda makanan-makanan di bawah bagi merangsang minda mereka sekali gus membantu meningkatkan daya tumpuan serta ingatan kanak-kanak. Berikut 8 makanan super untuk lahirkan anak bijak. 

    8 makanan berkhasiat untuk anak bijak

    #1. Telur

    Kanak-kanak dan telur tidak dapat dipisahkan. Jadi, usahlah anda melarang si manja daripada makan telur kerana terdapat banyak khasiat pada makanan ini, khususnya dalam membantu merangsang minda anak anda. Kandungan asid lemak EPA yang ada pada telur amat baik untuk kecerdasan otak si manja. Lebih-lebih lagi, kuning telur yang kaya dengan choline, iaitu zat yang amat baik dalam membantu perkembangan memori dan daya ingatan kanak-kanak.

    Makanan super #2. Ikan salmon

    Jenis ikan berlemak seperti salmon ini adalah satu lagi sumber yang baik untuk asid lemak DHA Omega-3 dan EPA. Zat-zat ini adalah amat penting dalam perkembangan dan fungsi otak kanak-kanak. Malahan, kajian turut menunjukkan bahawa mereka yang mengambil lebih asid lemak dalam diet harian mempunyai minda yang lebih tajam. Salmon terlalu mahal? Tidak mengapa, Mama! Anda boleh tukarkan salmon kepada tuna ataupun ikan kembung.

    #3. Pasta

    Bagi merangsang fungsi otak, kanak-kanak memerlukan sumber karbohidrat kompleks yang ada pada pasta. Karbo kompleks yang diserap oleh tubuh akan dipecahkan kepada glukos, yang mana zat ini amat penting untuk penghasilan tenaga pada tubuh (dan juga otak). Jika si manja anda penggemar nasi, anda boleh masakkannya beras perang! Beras perang merupakan salah satu sumber karbo kompleks dan bijirin penuh yang kaya dengan serat.

    Anak bijak jika ambil #4. Susu

    Susu sering dikaitkan dengan kalsium untuk menguatkan tulang. Tapi, jangan tak tahu susu juga baik untuk minda kanak-kanak. Selain kalsium, susu juga kaya dengan protein dan vitamin B yang penting untuk perkembangan tisu otak si manja. Jadi, Mama! Teruskan pemberian susu kepada anak anda walaupun selepas dia sudah bercerai susu!

    #5. Avokado

    Avokado bukan sahaja menjadi makanan pejal pertama yang boleh diperkenalkan kepada si manja, bahkan juga anda masih boleh teruskan pemberian buah ini kepada kanak-kanak. Avokado kaya dengan lemak tak tepu yang boleh membantu meningkatkan perkembangan otak. Malahan, komposisi lemak avokado juga dikatakan sama dengan yang ada dalam susu ibu. Apa lagi, Mama! Boronglah buah hijau ini untuk si manja anda.

    Makanan super #6. Bayam

    Jika nak pupuk anak makan bayam, berilah dia tonton rancangan kartun Popeye. Dalam rancangan kartun itu, mungkin nampak Popeye menggunakan sayuran bayam untuk menjadikan dia kuat. Namun di sebaliknya, anda boleh lihat bahawa otak Popeye juga berfungsi dengan lebih tajam selepas makan bayam. Kandungan vitamin E dan vitamin K yang ada pada daun bayam yang berwarna hijau gelap amat baik untuk menajamkan ingatan kanak-kanak.

    #7. Kekacang

    Kekacang seperti kacang badam, hazel dan walnut adalah kaya dengan asid lemak dan folat serta vitamin E dan vitamin B6. Zat-zat ini membantu menajamkan minda kanak-kanak.

    #8. Daging pejal

    Daging pejal atau tanpa lemak mengandungi zink, zat besi dan protein yang amat baik untuk memastikan kesihatan otak si manja. Kandungan zat besi dalam daging tanpa lemak dapat membantu kanak-kanak kekal bertenaga dan memberi tumpuan di dalam kelas. Sementara, zink pula dapat membantu dalam memori kanak-kanak.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 06/07/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan