backup og meta

Ibu Bapa, Ini Cara Yang Betul Untuk Ukur BMI Anak Anda!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 20/07/2022

    Ibu Bapa, Ini Cara Yang Betul Untuk Ukur BMI Anak Anda!

    Sudah menjadi impian ibu bapa untuk memastikan anak mereka mempunyai berat badan ideal yang sesuai dengan umur, jantina dan tinggi mereka. Jadi, adakah anda pernah atau selalu cek BMI anak? 

    Bagi memastikan impian ini tercapai, anda sebagai ibu bapa perlu lebih berhati-hati dan prihatin terhadap perkara ini terutamanya yang melibatkan Body Mass Index (BMI).

    Apakah itu BMI?

    Indeks jisim tubuh atau Body Mass Index (BMI) merupakan satu formula yang digunakan oleh doktor untuk mengira jumlah lemak yang terdapat dalam badan individu.

    Formula ini menggunakan ukuran ketinggian dan berat badan individu bagi mendapatkan jumlah tertentu yang menjadi ukuran sama ada anda kurang berat, normal atau terlebih berat.

    Berikut merupakan kategori BMI:

    • Kurang berat badan: lebih daripada 18.5
    • Berat badan normal: di antara 18.5 sehingga 24.9
    • Terlebih berat badan: di antara 25 sehingga 30
    • Obesiti: 30 ke atas

    Formula ini boleh diguna pakai oleh setiap individu sama ada lelaki atau wanita tetapi agak sedikit rumit untuk golongan kanak-kanak.

    Jom cuba mencapai target anda dengan menggunakan kalkulator BMI kami, di sini.

    Formula mengukur BMI anak

    BMI anak

    Formula yang digunakan untuk mengukur BMI anak adalah berbeza bagi lelaki dan perempuan. Ini kerana, kadar pertumbuhan dan amaun lemak dalam badan adalah berbeza bagi kanak-kanak mengikut jantina.

    Berikut merupakan kategori BMI yang sangat perlu diberi perhatian untuk memastikan berat badan yang ideal dalam kategori kanak-kanak. 

    • Kurang berat badan: BMI berada di bawah 5 persentil untuk umur, jantina dan tinggi
    • Berat badan normal: BMI berada pada sama tahap atau lebih daripada 5 persentil dan kurang daripada 85 persentil untuk umur, jantina dan tinggi
    • Terlebih berat badan: BMI berada di atas 85 persentil dan kurang daripada 95 persentil untuk umur, jantina dan tinggi
    • Obesiti: BMI berada pada 95 persentil dan ke atas untuk umur, jantina dan tinggi

    Apapun, pastikan anda mendapatkan ukuran tinggi dan berat badan yang setepatnya terlebih dahulu dengan berjumpa doktor. Selepas itu, boleh guna kalkulator BMI ini untuk kiraan yang lebih tepat. 

    Apa ibu bapa perlu buat jika BMI anak tidak normal? 

    BMI anak

    Jika anak anda kurang berat badan:

    Jika anak terlalu kurus, anda tidak perlu risau kerana ini merupakan perkara normal sebelum mereka mencapai tahap akil baligh. 

    Selain itu, tumbesaran setiap kanak-kanak juga berbeza mengikut individu. Ini membuktikan bahawa anak anda masih belum lagi mencapai potensi berat badan mereka yang sepatutnya.

    Namun perlu berhati-hati dan melihat sekiranya anak anda mengalami gejala seperti batuk, demam, sakit perut, cirit-birit atau sebarang masalah kesihatan, segera bawa mereka berjumpa doktor.

    Ini kerana segelintir kanak-kanak yang mengalami masalah kurang berat badan mungkin menghidapi gangguan pemakanan seperti anoreksia atau bulimia.

    Jika BMI anak terlebih berat atau obesiti:

    Jika mendapati bahawa anak anda terlalu gemuk atau obesiti, ibu bapa perlu lebih memberikan perhatian terhadap tabiat pemakanan mereka. 

    Sebagai ibu bapa, anda perlu memastikan mereka mengambil diet yang seimbang bagi memastikan makanan tersebut tidak mempunyai terlalu banyak kalori hingga menyebabkan kegemukan. 

    Pantau dan nasihat anak untuk menjauhi makanan ringan dan makanan segera.

    Sebaliknya, galakkan anak untuk mengambil makanan yang sihat seperti sayur-sayuran dan buah-buahan segar bagi menjamin kesihatan yang baik. 

    Minta pendapat doktor mengenai BMI anak

    Berbincanglah dengan doktor mengenai tinggi, berat, BMI anak, keadaan kesihatan, aktiviti fizikal dan tabiat pemakanan mereka.

    Informasi ini sudah pasti akan membantu anda mengenal pasti punca masalah berat badan anak. 

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Muhamad Firdaus Rahim

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 20/07/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan