backup og meta

Minuman Berkhasiat untuk Kanak-kanak

Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 27/11/2019

    Minuman Berkhasiat untuk Kanak-kanak

    Umum mengetahui akan kepentingan kanak-kanak untuk mendapatkan makanan yang berkhasiat. Namun ramai yang tidak mengambil berat tentang minuman mereka. Terdapat banyak minuman yang berkhasiat untuk kanak-kanak, antaranya jus, susu dan soya. Minuman-minuman ini menyumbang kepada pertumbuhan kanak-kanak dengan membekalkan kalsium untuk pertumbuhan tulang, tenaga dan mineral yang diperlukan untuk sistem imun.

    Air kosong

    Tiada minuman lain yang boleh menggantikan air kosong. Air kosong membantu menstabilkan suhu badan, melembabkan kulit, mengelakkan sembelit dan jangkitan saluran air kencing tanpa menambah kalori atau gula. Air juga bagus sebagai sumber fluorida yang sangat penting untuk gigi kanak-kanak. Oleh itu, ibu bapa perlu menggalakkan anak untuk minum air kosong dalam jumlah yang sepatutnya.

    Susu lembu

    Susu lembu merupakan sumber kalsium, vitamin D, protein dan nutrien penting yang bagus untuk pertumbuhan kanak-kanak. Kanak-kanak berumur 1 tahun boleh minum susu segar kecuali mereka yang berisiko tinggi mengalami obesiti. Kanak-kanak berumur 2 tahun pula seharusnya minum susu rendah lemak. Ibu bapa diingatkan untuk tidak memberi susu dalam jumlah yang terlalu banyak kepada anak mereka pada setiap hari untuk mengelakkan mereka muak dan hilang selera.

    Susu badan

    Susu badan merupakan minuman yang terbaik untuk kesihatan dan tumbesaran bayi. Susu badan memberi tenaga dan nutrien yang secukupnya. Dengan menyusu badan juga, hubungan antara ibu dan anaknya akan menjadi lebih rapat. Untuk 6 bulan pertama, ibu seharusnya memberi susu badan sahaja. Dalam masa yang sama, tambah makanan berkhasiat lain untuk membantu tumbesaran kanak-kanak.

    Susu soya

    Susu soya tidak mengandungi lemak tepu atau kolestrol yang tidak baik untuk kesihatan. Susu soya sangat bagus untuk kesihatan kanak-kanak. Walaubagaimanapun, susu soya kurang mengandungi nutrien berbanding susu lembu. Jika seseorang ibu memilih susu soya sebagai ganti kepada susu lembu untuk anaknya, dia perlu memberi perhatian yang lebih terhadap diet bayinya. Penambahan vitamin dan mineral sangat membantu untuk mengelakkan malnutrisi.

    Jus buah-buahan

    Jus buah-buahan mengandungi vitamin dan mineral untuk badan. Selain itu, jus buah-buahan juga dapat membantu melegakan kepenatan, membantu fungsi otak dan melancarkan sistem darah kanak-kanak. Walaubagaimanapun, jangan beri anak anda jus yang mengandungi gula dan elakkan jus yang mengandungi bahan perasa makanan. Terdapat banyak jus buah-buahan yang terdapat di pasar raya yang diperbuat daripada gula dan perasa buatan manusia tanpa sebarang buah-buahan yang betul di dalamnya. Jadi baca label dengan berhati-hati sebelum membeli apa-apa jus. Seeloknya, buat jus sendiri di rumah untuk mengawal kandungan gula.

    Minuman bukan sahaja memberi hidrasi tetapi turut melengkapkan keperluan nutrien yang lain dalam proses tumbesaran kanak-kanak. Ternyata minuman sama penting dengan makanan. Oleh itu, ibu bapa perlu beri perhatian yang lebih terhadap minuman anak anda.

    Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Fakta Disemak oleh

    Hello Doktor Medical Panel


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 27/11/2019

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan